Thursday, March 31

LOKASI PUMPING - agak x terurus, tapi sesuai utk aku

Hari ni hasil susuanku utk sesi pam yg pertama jam 11 pg tadi...Alhamdulillah...byk rezeki Zafran hr ni...tp hari ni bukan nak cter pasal hasil tenusuku, tp nak cter di mana aku mengepam...he he he...jom......


botol pun dah x nmapk no oz dah...ha ha ha



dalam 8-9 oz gitu kot.....



nielah peti sejuk yg ada dlm pantry kt opis aku..Alhamdulillah...senang ckt ada peti sejuk comel ni....x yah aku nak angkut2 cooler beg ke opis....comel jekan...beli peti sejuk ni kongsi2 ngn rakan opis dan juga bos lama...



Nie station utk aku pam...agak serabut kan?..tp ok..agak2 time pam, haus, leh terus minum air..ada kerusi, leh smbil baca, smbil ngepam....




pantry merngkap stor ni, agak kecik...tp oklah...dr kene pam kat surau yg x de extension tu...hik hik hik..



tengok...wa,pun peti sejuk tu kocit, tp, mcm2 bolh masuk...yg 2botol tu, hasil susu yg pagi tadi...
oh silap...patutnyer ltk kt dlm ckt...kengkawan, jgn ltk botol kt depan cm aku buat tu ye..hik hik....nnti aku ltk balik botol tu kt dlam ckt...




Ini pandangan pintu dr dlam...so, bila aku pam, aku menghala ke arah pintu....smbil jaga line kalau ada org nak masuk amik air...tp, kantol gak hr tu ngn bos...apalah bos aku tu...ish ish..



INi pintu pantry dr pandangan luar...aik...nampak tak signboard mcm no entry tu?....jom..kita close up ckt....






treng,,..treng.....................




ha ha ha ha.....sign board ni dipasang selepas bos aku menyerbu masuk pantry betul2 time tgh aku pam...ciskek nyer bos..buat malu aku je tau.....

my small shop :-http://www.damiapitshop.com/

Friday, March 25

DIA BELUM MERANGKAK YE.....



iyer kawan2.....anak bujang aku ni dah menganjak 8 bulan......dan iyer...dia masih belum merangkak....aku risau?...x lah...aku x risau....sbbb,.,.....2 minggu dia x sihat dan perkembangan dia agak terbantut...terbantut sbb dia nak angkt tnangn pun x larat apatah lagi nak angkt perut yg gumuks dan montot yg gebus tu...ha ha ha ha....

hri ahad hri tu ( 20/03/2011 ), dia baru sihat dan mula aktif balik.....dia mula blajr utk berenang ke depan...sebelum ni berenang ke belakg je....gear reverse....skrg dia pndai cari gear 1, 2 ,3 4 ...he he he he...

tp, part yg best plus x best, dia dah tumbuh gigi....satu gigi bawah dan satu gigi atas...aduhai...time dia ngasah gigi dia, hu hu hu sakitnyer time dia nyusu.....notti sungguh...ngn muka x bersalah dia menarik puting ku ittew.....tersengih2 bila aku marah dia.....x pelah nak....asah gigi tu yerk.....

dan bila dia dah tumbuh gigi, mulut dia semakin kepoh dan kepoh.....aku rasa, dia leh join akak dia bila besar nnti...menanya dan menanya dan menanya....komplen komplen dan terus mengomplen.......

my small shop :-http://www.damiapitshop.com/

Wednesday, March 23

BILA SUAMI TERPINGGIR SEBAN MENYUSUKAN ANAK

Terpanggil utk kongsi artikel ni yg aku baca kat : http://www.iluvislam.com.

ada org ckp, kalau kita still susukan anak, suami akan jauh hati dan terpinggir...hanya sebab, kita lebihkan anak...iyerlah..dah anak nangis kan..he he h...tp dlm artikel ini, ada cara-cara cmne kita nak jaga ati 2 2 org insan kesayangan kita ini..

Assalamualaikum,
Suami-Isteri yang berada di depan komputer
Yang dirahmati Allah
Orang bujang pun boleh baca.

Asas pergaulan suami isteri ialah:

"... Dan bergaullah dengan mereka (isteri) secara yang paling baik (ma'ruf). Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu (terhadap perangai isteri), padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak". An Nisa':19

Suami bertanggungjawab memimpin isteri. Kita kena banyak bersabar atas karenah isteri kerana semuanya itu adalah pahala dan kebaikan yang banyak dari Allah jika kita mampu mengurusnya.

"Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bercampur dengan isteri kamu, mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu...." Al Baqarah: 187.

Berdasarkan keizinan dari Allah ini kepada suami untuk mencampuri isterinya di malam bulan puasa, menunjukkan satu penghormatan kepada wanita yang bernama isteri yang mampu menyelamatkan nafsu suami. Allah Maha Mengetahui atas kelemahan suami terhadap kehendak hubungan kelamin ini. Dengan ini kenyataan "isteri dijadikan tempat memuaskan nafsu suami" perlulah kita lihat dari sudut yang positif. Ia adalah satu ibadah sebagai suruhan Allah kepada isteri untuk menyelamatkan kehendak nafsu suami ini.

Mari kita renung kembali ayat di atas tadi, sedangkan berpuasa selama 12 jam disiang hari pun telah menyebabkan suami (tak semua le kot) tidak dapat menahan nafsunya, apa lagi yang terpaksa menunggu lepas bersalin dalam pantang 40 hari. Ditambah pula halangan-halangan dari anak kecil yang diletakkan di tengah-tengah tidur sekatil berbulan-bulan lamanya. Bila rengekan anak kecil tu, cepat dapat habuannya, tetapi jika rengekan ayah yang besar tu, gigit jarilah tuannya.

Apa yang boleh kita buat:

Bak kata pakar-pakar motivasi keluarga bahagia, komunikasi kedua pasangan suami isteri amatlah penting sekali demi kebahagian mereka. Bersyura dalam membuat keputusan amatlah dituntut.

"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, dan seorang ayah kerana anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (berhenti menyusu badan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan bersyura, maka tidak ada dosa atas keduanya..." Al Baqarah:233

Jika punca isteri tidak dapat melayani suami kerana kehadiran anak kecil ini, sama ada satu "and beyond", pada pandangan saya di sana ada jalan penyelesaiannya. Konsep ayat di atas tadi ialah "janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, dan seorang ayah kerana anaknya".. menunjukkan kita boleh berbuat sesuatu kepada anak itu demi keselesaan dan kehendak kita suami isteri.

Cuba kita lihat kebanyakkan isteri-isteri sama ada full time housewife atau part time house wife, yang nampak sengsara mendukung anak kecil di sebelah kiri dan di sebelah kanan pula anak yang berumur 3 tahun bergayut memaut jubah umminya ke hulu ke hilir ke mana saja umminya pergi. Dan bukan ayahnya tak mahu tolong tetapi memang anak-anak tu terlampau manja (bergantung) kepada umminya. Nampak sekali imbas menggambarkan isteri tadi seorang yang "caring" tetapi dua kali imbas memaparkan kesilapan sendiri terlampau memanjakan anak pula.

Jika kita boleh didik anak-anak ini agar lebih berdikari pada usia yang lebih singkat, pastinya isteri kita tadi lebih cepat bebas dan boleh berfungsi sebagai seorang isteri yang produktif kepada suaminya dengan kadar yang lebih segera. Bila umur anak tu meningkat 8 bulan, sudah boleh tidur di bilik yang berasingan. Maka dengan ini, ibu dan ayah mereka ini akan lebih cepat kembali menjadi pasangan yang sedang berbulan madu dan lebih mobile dalam kerja-kerja dakwahnya.

BAGAIMANA CARANYA?

Nasihat untuk isteri:

Bila anak kecil itu berumur 8 bulan, pada jam 9.00 malam atau lebih sedikit, berikan anak itu menyusu badan hingga dia kenyang. (Laparkan dia pada waktu senja tu). Kemudian tidurkan anak itu di bilik lain yang berpisah dari bilik tidur anda tetapi biarlah boleh anda dengari tangisannya. Apabila dia menangis kali pertama, tunggu 5 minit barulah anda menghampirinya dengan hanya menepuk badannya sahaja. (jangan angkat atau dukungnya).

Bila senyap, tinggalkan. Bila dengar dia menangis kali kedua, tunggu 10 minit pula, baru anda menjeguknya. Kali ini jangan tepuk, hanya tunjukkan muka yang anda sedang melihatnya. Bila dia senyap, maka tinggalkan. Bila dia menangis kali ketiga, tunggu 15 minit, baru menjenguknya. Biasanya selepas ini dia akan terus lena hingga ke pagi.

Teruskan taktik ini untuk malam yang berikutnya. Biasanya selepas malam ketiga, anak ini telah faham akan peraturan yang telah kita jalankan kepadanya. Dengan mudah dia sendiri akan masuk ke bilik tidurnya (bila dah boleh berjalan) apabila masuk waktu 9.00 malam. Anak itu lebih berdikari. Umminya akan lebih berseri. Ayahnya pasti tak cari lagi.




my small shop :-http://www.damiapitshop.com/

Tuesday, March 22

BILA MIA DENGKI ADIK DIA ( MAMA DIA LAYANKAN JUGA)



ni muka asal Zafran yg dah penat, plus batuk plus lelah...sian anak mama...



si kakak ni marahkan mama dia sbb mama dia x nak makan kek sama-sama ngn dia...so, dia kacau adik dia dan sibuk main tudung mama dia...



ni sebelum aku pin kan tudung dia..aku pun datang gak giler..ha ha ha







mesti zafran ckp"apa jelah mama ngn akak aku ni....giler agaknyer"..



uiks...mama amik gmbrlah..,,,



dahlah mama wei....zafran dah penat posing ni dah ni..



apalah nasib aku ni..hu hu hu




my small shop :-http://www.damiapitshop.com/

KENAPA KO BANYAK SUSU EK?

Dah lama x update blog ni sejak 2 3 minggu ni kesihatan anak asyik tergangggu....bukan terganggu sb gangguan makhluk halus ye...no...no...no....tp sbb kesihatan yg merosot.....hinggakan, sampai satu tahap, aku terduduk smbil menangis.....hu hu hu,..ish...x moh cter sedih2 ni...x moh...xmoh....

aku nak cter bila ada 2 3 org kwn2 aku yg bf/baru bersalin, menanyakan aku kenapa aku boleh byk susu dan mampu kumpul stok byk2...Alhamdulillah..syukur atas rezeki kurniaan Allah.....ok....memula, aku rasa, kita semasa peknen, ketepikan segala cter khurafat (he he he ) yg dah biasa menyelubungi diri dan minda kita....cth:-
- alah, aku anak 1st dulu pun mmg x de susu...so, yg ni pun samalah x de susu gak..
- alah....aku mmg keturunan susu ckt...
- alah....breast aku kocit arr...mcmana nak byk susu...
- alah..lecehlah bf ni..nnti breast aku melayut, kocit....nnti asben komplen..
- alah...lecehlah bf ni....nnti anak manja
- alah...leceh nak selak2 kalau bby tetibe nangis
-alah....x leh nak dress up arr ...cmne nak kai baju kocit2 or cntik2...
dan 1001 pelbagai alsan lg.....

cerita aku pula....

- naper anak 1st dulu aku x fully bf:-
1) tiada ilmu pengetahuan - oh...aku mmg x tau susu bolh simpan smpai 6 bulan..hik hik..
2) x terpkr nak fully bf...
3) kesiankn org yg nak jaga mia..- hu hu hu...
4) alah..nak belikan susu formula yg mahal dan byk dha, aa, axyz...dan mcm2 lah dlm FM tu...
5) tiada support dr saper2 pun....


sebab aku nak fully BF utk anak 2nd:-
1) Menyesal giler atas kesilapan sbb x bfkan MIa...- i;m sorry dear..
2) Mula mendapat maklumat mengenai breastfeeding dlm mjlah PA & Ma...
3) NIat kalau peknen lg nak fully BF...
4) SUka tgok org kumpul stok byk2....he he he....

so, aku rasa...langkah-langkah permulaan utk kita sedia fully bf:-

1) NIat dr sebelum bersalin, maknanyer start kita peknen...cm aku, dr belum peknen dah niat..hik hik...kita niat yang kita inginkan anak kita hanya minum susu kita sejak dr lahir hingga 2 tahun atau semaksimum yg mungkin....- Insya Allah..
2) KIta sediakan diri kita dengan pengetahuan mengenai susu...cara simpan, cara perah, alat perah, tmpt simpanan, etc..
3) KIta sediakan duit utk sediakan peralatan pengepaman - pam susu, botol susu, storage, liner, beg, cooler beg, etc..peti sejuk pun boleh masuk dlm budget ni..
4) Kita bgtau org sekeliling - asben org yg paling utama yg boleh jadi nadi penggerak semangat kita utk fully BF...
5) Sedia fizikal dan mental - kalau mental kata nak pam susu, tp kita x buat, x ke mana kan...
6) Keazaman dan komited itu penting....
7) Bila tiba masanyer, kita usaha .....
8) Jaga pemakanan, minuman utk penghasilan susu badan....
9) Usaha untuk mengepam, menyusui anak.....
10) Usaha + tawakal = Insya Allah berjaya......



my small shop :-http://www.damiapitshop.com/

Saturday, March 19

8 BULAN - PENYUSUAN ( SET TRIAL SET B - SHAKLEE)

Alhamdulillah.....perjalanan aku stkt ni berjalan lancar.....dan juga susu ku semakin meriah sejak aku mengambil set trial B ( breastfeeding ) dari Hasmah, buatku rasa bersyukuar sangat,,,betapa mudah perjalanan aku utk terus ke peringkat sebelum ni....

aku mula mengambil set trial Shaklee ni bila aku mengalami kemerunduman (pergh ayat) susu....bila sesi pam , aku cuma dapt 2 oz ( aduh) aku nak mula mengelabah....mula sibuk nak buat power pumping dan di akhir sesi,. aku cuma dpt 4 oz...bila pkr2 balik, oh mungkin sbb aku dah period...so, akunyer pengeluaran susu ada merundum....

dan secara kebetulan pulak, breast pump aku rosak, lg membuat aku mengelabah x leh nak buat stok susu..hu hu hu...seb bek aku pernh hadiri SGM kt jb hr tu mengenai teknik Marmet, boleh aku guna teknik tu..Alhamdulillah...still boleh suplly utk Zafran utk guna keesokan harinyer....

so, mencari alternatif lain, aku mencuba set trial Shaklee tu...Alhamdulillah...serasi sgt ngn aku...masuk hari ke 3, set tu membuahkan hasil....bestnyer....aduhai....semangat betul nak mengepam......seminggu lps tu, pam aku dah ok..yess.......masa nilah utk aku buat stok balik....best2 best.....

dan part yg best lpas amik set ni, time nyusukan zafran, breast sblh pun rasa penuh...dah 2 3 buln x rasa cm tu..best sgt...kkdg, smpai basah baju sbb x perasan susu mengalir....dan part yg best, bila buat sesi pam, dpt kkdg jejak 12-14 oz...Alhamdulillah......syukur ssgt...buat double pam time ngn zafran pun, still leh dpt 4 5 oz....wah...serasi bersama sungguh set trial ni....

selain menambah susu, badan pun x rasa cepat letih....dan ini mmg aku perasan, bila minggu ni, aku diduga dengan zafran dan mia jatuh sakit serentak, aku still boleh bertahan....w.pun x cukup tido, aku still boleh gi kerja...

so, bagi saper2 yg nak mencari milk booster dan inginkn kesannyer dengan kadar segera, bolhlah mencuba set trial ni....x mahal...rm80...free postage lagi.....he he he...

boleh hubungi Nor Hasmah ( http://www.ibuhakimhaikal.com) - 012-6538729....

jangan malu-malu kalau kita ada masalah susu kurang atau mudah menyerah kalah.....

yang penting, dalam mencapai penyusuan ekslusif kita kene ada keyakinan, keazaman dan kekuatan ( Jangan Malas )...

kita kene usaha, rajin dan sentiasa pam , pam, pam, pam......jaga pemakanan, minuman dan yang penting, kita Tawakal pada Allah....Insya Allah, niat kita akan dipermudahkan untuk meneruskan penyusuannyer.........Amin.....



my small shop :-http://www.damiapitshop.com/

Friday, March 11

JANGAN MALU UNTUK MENGEPAM SUSU

SILA DAPATKAN KOSMO HARI INI YE.........

sumber : kosmo (11/03/2011)


Usah malu mengepam susu badan




MENYUSU badan kini sudah kembali sebagai trend malah, ramai ibu muda pada masa kini tanpa mengeluh tetap akan mencari sudut privasi bagi menyusukan anak walaupun di pusat beli-belah, kedai makan mahupun dalam majlis keramaian.

Jika tidak diberi menyusu terus dari payu dara, lambakan jenama dan jenis pam susu badan manual mahupun elektrik menjadikan wanita yang berkerjaya juga mampu memberikan susu badan secara eksklusif kepada bayi mereka.

Menyusukan anak secara eksklusif bermakna bayi disusukan dengan susu ibu sahaja tanpa diberi air masak, susu formula atau makanan tambahan lain selama enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun.

Justeru itu, pemilihan pam susu yang bersesuaian perlu dititikberatkan untuk mengelakkan proses mengeluaran susu tidak terganggu akibat kejutan terutama dari segi sedutan.

Menurut Kaunselor Laktasi dan Pengarah Urusan Sarakids, Nor Farah Farhan Abdul Fattah, pemilihan pam yang bergred hospital amat penting kerana ia lebih selesa digunakan, mengikut sedutan seperti mulut bayi selain tidak menyakitkan.

Menceritakan lebih lanjut, wanita yang mesra disapa Farah, 30, mencadangkan supaya ibu-ibu yang bekerja membuat kaji selidik menerusi Internet, rakan-rakan yang berpengalaman ataupun berjumpa dengan pakar laktasi sebelum membeli gajet tersebut.

Katanya, sekiranya tersilap memilih kerana mahu yang murah, mungkin pam tersebut tidak bergred hospital sekali gus membantutkan proses pemerahan susu apabila payu dara ibu berasa sakit dan tidak selesa.

“Pemilihan pam yang betul sangatlah penting kerana ciri-ciri pam yang sepatutnya dipilih adalah sedutan yang menyerupai hisapan mulut bayi,” jelasnya.

Tambahnya, bagi ibu yang bekerja, lebih mudah sekiranya mereka memilih pam berganda (double-pumping) kerana ia amat menjimatkan masa, iaitu mereka boleh memerah susu pada kedua-dua belah payu dara secara serentak untuk tempoh 20 hingga 30 minit.

Kelengkapan pam




Selain pemilihan pam susu, ibu juga sudah boleh mula mencari produk penyusuan susu ibu di pasaran seperti beg penyejuk, gel ais dan beg yang bersesuaian untuk memudahkan ibu semasa hendak mula bekerja nanti.

Kata Farah, susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk dua pintu (pintu atas) selama tiga bulan, peti sejuk satu pintu selama dua minggu dan peti sejuk beku selama enam bulan.

Bagi wanita yang bekerja, memang diakui, pada mulanya pasti ramai yang agak malu untuk melakukan proses mengepam di tempat kerja yang sudah tentu menarik mata nakal rakan lelaki yang memandang.

“Sebenarnya mudah sahaja untuk mengepam di pejabat, yang paling penting pemilihan baju serta pakaian dalam yang mudah untuk diselak untuk mencekup corong pam susu dengan mudah.

“Selain itu, pemilihan pam elektrik yang kurang mengeluarkan bunyi, malah boleh juga ditempatkan motor pam itu di dalam beg khas untuk mengurangkan gegaran dan juga bunyi pam,” katanya yang turut mereka pam elektrik jenama sendiri, Modu hasil kerjasama dengan Insan iaitu sebuah syarikat di Korea.

Kelebihan susu badan

Bagi ibu yang meninggalkan anak di rumah pengasuh, oleh kerana kebanyakan pengasuh sudah terbiasa memberikan susu formula kepada bayi di bawah jagaan mereka, ia menyebabkan kemungkinan bekalan susu perahan yang disediakan tidak mencukupi selama di rumah pengasuh.

Ini kerana ramai yang keliru mengenai kuantiti susu diperlukan oleh bayi yang membesar dari bulan ke bulan.

Ia menyebabkan ramai ibu berada dalam dilema sama ada terus memberi anak susu badan apabila si kecil di bawah jagaan pengasuh.

Nasihat Farah, konsep permintaan dan pembekalan perlu difahami ibu supaya mereka tidak tersalah anggap dengan kebolehan badan menghasilkan susu untuk anak-anak.

“Sebenarnya ramai ibu yang tidak tahu bahawa pengambilan susu perahan oleh bayi dari umur satu bulan hingga 6 bulan adalah sama dan tidak berubah. Ia adalah lebih kurang tiga auns sekali minum dengan empat hingga lima kali dalam tempoh ibu bekerja.

“Diakui pada awalnya, bayi akan merengek dan memberi isyarat seperti mahu menghisap susu lagi, namun ibu boleh melatih pengasuh untuk mendukung, bermain dan memberi lebih perhatian kepada bayi.

“Ini kerana kebiasaannya ramai yang beranggapan susu badan harus ditambah untuk bayi seiring dengan peningkatan usia sehingga 6 bulan.

“Bagaimanapun, pendapat itu mungkin hanya sesuai untuk susu formula sebagaimana yang tercatat pada label pada tin.

“Keunikan susu ibu adalah apabila Allah telah pun menetapkan khasiatnya mengikut keperluan umur,” jelasnya sambil menerangkan bayi sememangnya mempunyai naluri menghisap namun, keadaan ini bukanlah bermakna bayi tidak cukup susu.


SUSU badan yang dipam boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh bertahan antara tiga hingga enam bulan.


Pengalaman sendiri

Berkongsi pengalaman sebagai wanita yang bergelar ibu, Farah juga menginginkan yang terbaik buat tiga orang buah hatinya, Puteri Sara Azalea, 4, Puteri Syasya Adalea, 3, dan Putera Shafik Adrian, 4 bulan.

Isteri kepada seorang jurutera, Saiful Azwan Rasidi itu sedar perkara asas yang terbaik untuk anak-anaknya sejurus selepas dilahirkan adalah dengan memberi susu ibu secara eksklusif.

Lulusan bidang Mikrobiologi dari Universiti Teknologi Mara itu sanggup meninggalkan jawatan sebagai pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta selepas dia melahirkan anak sulungnya.

“Saya akui dulu semasa anak sulung, saya kurang pengalaman dan persediaan. Malah, ketika anak saya berumur 8 bulan, saya diberikan rezeki untuk mengandungkan anak kedua pula, ketika itulah saya berhenti memberi susu badan kepada anak sulung kerana mendengar cakap orang yang lebih tua.

“Ada yang kata tidak elok untuk kesihatan bayi yang dikandung kerana bimbang, khasiat makanan ibu yang sepatutnya diambil bayi dalam kandungan, ‘dicuri’ anak yang sedang menyusu,” katanya yang berjaya melengkapkan kursus penyusuan yang melayakkannya bergelar kaunselor laktasi dari Pusat Perubatan Universiti Malayia (PPUM).

Enggan mengulangi kesilapan pertama, Farah memilih menyusu secara eksklusif bagi anak kedua dan ketiganya.

“Ia adalah nikmat tak ternilai bagi seorang ibu, malah sokongan daripada orang tersayang iaitu suami amat saya hargai,” katanya yang ternyata puas kerana dapat menyusukan anak-anaknya tanpa susu formula.

Dengan kesedaran yang ada, Farah bertekad menubuhkan sebuah pusat sehenti bagi barangan bayi dan gajet lengkap untuk penyusuan susu ibu yang diberi nama Sarakids.

Sarakids kini mempunyai lima cawangan utama seluruh negara dan turut melebarkan sayapnya ke Brunei, Singapura dan Korea.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sarakids, boleh ke laman web www.sarakids.com atau ke kedai di alamat 42-1, First Floor, Jalan Opera L U2/L, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.



my small shop :-http://www.damiapitshop.com/

Monday, March 7

BERSAWANG.......FUH FUH FUH....

Aduh....bersawang sungguh blog aku ni.....tuan rumah bukan busy sgt...cuma asyik kuar masuk opis sejak 2 minggu ni.....asyik jalan2 ke JB...he hehe.....ade yg rindu ke?...hik hik hik....byk cerita dan gmbr utk diupload,...tp,,,,utk saper yg rindu kt anak2 aku, aku kasi gmbr terbaru utk tatatapn semua....



mia yg semakin petah bercakap dan semakin garang.....hu hu hu hu



zafran diusia 8 bulan.....aku selalu gigit bahu dia..nak gigit pipi, nnti ada kesan...kang kene marah ngn ayah dia..hik hik hik...






my small shop :-http://www.damiapitshop.com/

YEAH YEAH YEAH....

yeah eayh...menang....yeah yeah..

akhirnyer, percubaan pertama join contest membuahkan hasil..

tima kasih tuan penganjur...hadiah pun buat aku rasa lg syokkkkk........milk booster kegemaran ku.......bestnyer2,,,......


TERIMA KASIH YE



ARISSA

promosi ckt......;puan penganjur ni pun ada jual vitamin shaklee tau...so, saper2 berminat utk menjaga kesihatan dan kencatikan, boleh cari puan arissa ni ye.....



my small shop :-http://www.damiapitshop.com/
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015