Kisah sedih ini betul2 buat aku terpana dan begitu kagum dengan ketabahan hati seorang wanita ini........dia bukanlah calang2 wanita dan bukanlah hebat untuk kita kagumi..,..tapi, amik ikhtibar disebalik cerita hidupnyer.
wanita ini, berkelulusan dari Mesir dlm jurusan undang-undang syariah.....berumahtangga ketika hampir lg sebulan utk menamatkan degreenya...disini, terdpt percanggahan antara keluarga wanita dan suaminya...keluarga wanita ini inginkan dia menghabiskan pembelajarannya yg tinggl hanya sebulan sajer.....satu jangka masa yg tak lama...tapi, atas desakan keluarga lelaki, perkahwinan gantung itu berlaku......
khabar gembiranya, sekembalinye dia dari mesir, dia disahkan mengandung....musnah impian si ibu wanita ini utk melihat anaknya bekerja dan merasa "hasil" dr pengorbnannyer terhadap wanita itu....tapi, si ibu menyimpan impian yg satu hari nanti, dia akan "merasa" hasil dr pengorbanannya itu,....
ikutlah si wanita yg sudah bergelar isteri ini ke pangkuan suami.....dia melupakan cita-citanya untk menjadi seorang peguam syariah...bekerjalah dia sebagai seorang kerani dan bermcm2 kerja yg dilakukan untuk menampung hidupya...genap setahun perkawinan, dia dikurniakan seorang cahayamata..........berapalah sgt gaji kerani yg dia perolehi...apatalah lagi, dia menggunakan sijil SPMnya utk memohon kerja...kenapa dia tak menggunakan degree luar negara?....dia "terlupa" waktu gemilangnya utk mengambil sijil itu diwaktu konvokesyennyer....dia pulang ke tanah air terlalu awal....di saat, kawn2 yg lain bergembira meraihkan kejayaan mereka menggenggam segulung ijazah, dia sibuk tertungkus lumus utk membesarkan anaknya....di bulan puasa, dia sibuk memerah keringt menjual air dan puding di bazar ramadhan....niatnya utk membeli brg2 raya utk dirinya dan juga utk mengembirakan hati ibunya di kampung........
bila dia dah lama melupakan cita-citanya, dia beralih ke kerjaya yg agak tidak setimpal dengan pelajarannya...menjadi seorang guru KAFA......dgn gaji hanya rm650....Alhamdulillah..dia dikurniakan Allah kebolehan yg lain....yg mana, ianya bolh memberi sdkit duit poket bg dirinya dan keluarga.....dia menetap di umah mertuanya.........yg mana, cita-citanya semakin sukar utk digapai.....dia membela ipar-iparnya dengan hati yg ikhlas...w,pun, kkdg hatinya cukup tercalar bila mertuanya seakan tidak bolh menerimanya yg hanya bekerja sebagai cikgu tadika....bila adaorg tanya menantunya keje apa?...dia cuma berckp, alah...cikgu tadika je...keje biasa2 je....betapa dia lupa yg menantunya itu terpaksa berpindah ke rumahnya dan mmbuatkan dia behenti keje sebgai kerani hnaya utk menjaga dia....sedangkan, anak2 dia hanya pulang ke kampung bila ada hal-hal penting...dia terima dirinya seadaanya...
ujian semakin hebat menimpanya apabila ibu mertuannya meninggal dunia....,,...yg tinggal di rumah pusaka tu hanyalah dia, suaminya, anaknya dan juga bapa mertuanya yg dia tidak pernah membezakan antara bapa mertua dan bapanyer sndiri......tapi, bapa mertuanya seprt cacing kepanasan bila isterinya meninggalkannya...hampir2, dia "diratah" oleh bapa mertuanya sndiri...itu pun, dia pendamkan sndiri dan hanya berserah pada Allah agar Allah dpt menyelamatkan harga dirinya....
kini, bila dia menyambung usaha niaga ibu mertuanya, dia ditudh oleh ipar2nya sebagai seroang yg ingin membolot harta keluarga mertuanya....betapa hasad dengki telah merasuk ipar duainya menyebabkan perniagaan yg dia uruskan, dirampas oleh mereka....keuntungan dr perniagaan tu, dibahagi antara mereka...apa yg wanita ini dpt?..hanyalah rm400 beserta cincin zhulian....betapa segala pengorbanan seorang menantu yg begitu menjaga maruah dan aib keluarga mertuanya, di perkotakkatikkan sebegini...sehingga, motor buruk yg dia bawa utk pergi mengajar, di ambil kerana bpkr wanita ini suka2 mnggunakan harta keluarga mertua....sampai hati.........w,pun, selama hmpir 8 tahun, dia bersabar, akhirnya, dia menyerah kalah.....dia ingin membawa hatinya keluar dr rumah itu....sesungguhnya semoga Allah memblas segala perngorbanannya ini dengan dilimpahi rezeki yg byk dan diberikan keharmonian dlm rumah tangganya......aminnnnnnnnnnnnnnn..
p/s : segala idea mahupun cadgan, bolhlah diberikan..Insya Allah akan disampaikan kepada wanita ini yg sudah mula berputus asa....