Saturday, October 20

UBAT TAMBAH TENAGA LELAKI

Antara produk yang laku keras dalam pasaran di Malaysia ini ialah ubat kuat atau ubat tambah tenaga lelaki. Betul tak? Sehinggakan ubat yang disyorkan untuk mereka yang ada masalah penyakit pun disalah gunakan untuk ubat kuat seperti Viagra. Ingin tahu apa ubat tambah tenaga lelaki yang lebih selamat untuk anda gunakan? Baca artikel ini seterusnya.

Related image

Saya maklum isu kesihatan dalaman ini sangat malu untuk dibicarakan secara umum, akan tetapi ia bukanlah asing di kalangan media sosial sehinggakan penjualan produk ubat tambah tenaga lelaki ini begitu berleluasa di internet samada yang di benarkan oleh KKM atau diharamkan oleh pihak berkuasa.

Jom kita tengok apa yang sepatutnya dielakkan oleh kalangan yang mencari ubat tambah tenaga lelaki ini.

* elakkan pembelian ubat yang tidak di daftarkan oleh KKM
* elakkan pembelian ubat tanpa bungkusan yang sepatutnya
* elakkan pembelian ubat dari perseorangan tanpa nasihat dari doktor
* Elakkan terpengaruh dengan iklan iklan yang belum tentu kesahihannya

Tapi, kami syorkan anda satu ubat tambah tenaga lelaki ini yang mana ianya terbukti berkesan malahan ia bagus untuk jantung anda. Hah, kami namakan mereka berdua ni SET TAMBAH TENAGA LELAKI. apa kah produk tersebut?



COQ TROL PLUS

* produk ini Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. Pengambilan CoQ10 membantu:

* Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.
* Meningkatkan pergerakan sperma.
* Meningkatkan kualiti ovum.

Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, anda boleh menjalani hari anda dengan bertenaga, cergas, dan berkeyakinan! Peningkatan CoQ10 membantu:

* Meningkatkan kekuatan otot.
* Mempercepatkan pemulihan luka.

CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung anda kuat dan sihat. Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, anda memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu:

* Menguatkan otot-otot jantung.
* Menyokong fungsi jantung yang sihat.
* Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin.




Zink adalah mineral yang kuat yang menyokong kesejahteraan optimum merangkumi pertumbuhan sel, penyembuhan luka dan meningkatkan sistem imun. Walaupun zink didapati dalam jumlah yang kecil dalam tubuh, ia adalah komponen di dalam lebih daripada 200 enzim yang mana menyokong mekanisme badan.

ZINK penting untuk: UNTUK:

* Memastikan anda kekal berfikiran tajam dengan ingatan yang kuat dan kebolehan belajar.
* Mengekalkan kesihatan reproduktif supaya anda kekal subur.
* Mengekalkan kekuatan otot untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
* Menyokong pengeluaran tenaga untuk memastikan anda kekal aktif.
* Melindungi sperma anda dari serangan radikal bebas.
* Memastikan sperma sihat supaya mereka berenang ke arah yang betul.
* Mengekalkan paras testosteron yang sihat untuk penghasilan sperma yang sihat.

Testosteron adalah hormon penting dan utama untuk fizikal dan kesihatan seksual lelaki. ZINK menyokong:

* Tahap kesuburan.
* Dorongan seksual.
* Kesihatan seksual jangka panjang.
* Perkembangan testis dan prostat yang sihat.
* Perkembangan otot dan jisim tulang yang sihat.
* Mengekalkan tahap kesihatan testosteron untuk menjadi lelaki sejati.

Tahap optimum ZINK dan Vitamin E meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma. Ia juga memastikan sperma bergerak menuju arah yang betul menembusi telur untuk persenyawaan, seolah-olah sperma itu dilengkapi dengan GPS.

Vitamin E adalah antioksidan dan ia penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Vitamin E juga membantu mengekalkan sistem imun yang kuat di mana kajian menunjukkan bahawa Vitamin E meningkatkan fungsi imun dikalangan orang-orang tua.1


Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.




atau, boleh membuat pembelian melalui transfer / bank in ke akaun saya dengan menghubungi saya di talian yang diberikan. Kami juga membuat penghantaran ke rumah atau lokasi yang berhampiran dengan kami.


FB : Siti Noriza Binti Saleh ( 852453 - ID shaklee )
email : sitinorizasaleh@gmail.com
whatsapp : 013-7374 958/013 -7065 178
fanpages : JEJAK VITAMIN
instagram : damiapitshop

kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, Johor yang aktif sejak tahun 2011 lagi.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli dengan kami, anda boleh klik ikon di bawah untuk isi maklumat anda, dan kami akan hubungi anda segera!!.


sebelum itu, anda perlu baca ini :-


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, July 29

CARA MENGATASI MIGRAIN ( SAKIT KEPALA YANG TERUK )

ramai yang rasa mereka hanya sakit kepala tanpa mengetahui sakit kepala yang mereka alami itu adalah migrain. Apa beza migrain dan sakit kepala? apa pula kesan buruk dari migrain ini? nanti saya huraikan lebih lanjut mengenai migrain dan cara mengatasi migrain atau sakit kepala yang teruk.

Image result for migraine

APA ITU MIGRAIN?
migrain adalah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran drah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.

Kebiasaannya penghidap migrain ini akan merasa sakit atau berdenyut hanya pada sebelah kepala saja dan lama kelamaan ia akan merasai pada kedua dua belah kepala. Pada tahap teruk, migrain boleh menyebabkan rasa pening yang teruk, muntah, cirit birit dan juga sensitif kepada cahaya dan bunyi.

sesetengah kajian dan penyelidikan mendapati kekurangan magnesium dalam badan boleh mengakibatkan migrain. pengambilan dapat melindungi tubuh daripaada sakit kepala dengan cara merehatkan pembuluh darah.

selain itu, magnesium dikatakan berkesan untuk menenangkan fikiran yang berada dalam keadaan tegang sepanjang sakit kepala melanda.

TANDA TANDA MIGRAIN

  1. mudah rasa tertekan.
  2. sukar untuk tidur dan menyebabkan penghidap mudah penat
  3. hidung tersumbat atau mata berair
  4. selera makan yang tidak stabil disebabkan hilang selera makan
  5. sakit berdenyut di sebelah kepala atau kedua dua belah kepala
  6. sakit belakang mata
  7. sakit tengkuk
  8. kerap kencing tanpa sebab
  9. kerap letih dan mengantuk
  10. mula rasa kebas dan hilang deria rasa
  11. cepat loya dan muntah muntah
  12. sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau
  13. percakapan yang sukar difahami atau tidak jelas
  14. lemah sebelah badan seolah olah kena strok.

BEZA SAKIT KEPALA BIASA DENGAN MIGRAIN












Tuesday, July 17

SUPLEMEN UNTUK ANEMIA

Sebelum ini saya ada berkongsi dengan anda bagaimana mencegah anemia di link ini. Ia mengenai bagaimana untuk mencegah anemia melalui makanan. Tapi kali ini, saya nak berkongsi kepada semua bagaimana mencegah anemia melalui pengambilan suplemen. saya nak berkongsi kepada semua mengenai suplemen untuk anemia yang boleh diambil setiap hari selain dari penjagaan makanan.
Related image
kredit : Mr google

Suplemen untuk anemia ini lebih dekat dengan saya kerana saya juga menghadapi masalah HB rendah walaupun bukan semasa kehamilan. bacaan HB saya ialah 11 dan ia membuatkan saya tidak dibenarkan membuat pendermaan darah. Sedih juga. sebab dah 3 kali mencuba, tapi masih tidak dibenarkan oleh nurse. 

Malahan, hari hari biasa pun buat saya cepat penat apatah lagi kalau perlu banyak bergerak atau memerlukan pergerakan fizikal. semestinya juga, bila dah cepat letih , saya kerap berdebar debar walaupun tanpa sebab. Selepas membuat pemeriksaan, saya ada anemia yang tidak berapa serius dan nurse menggalakkan saya untuk menjaga pemakanan dengan melebihkan makanan yang mengandungi zat besi. 

Masa kehamilan lagi teruk. ada beberapa selepas ujian darah, HB saya mencecah 9.5 dan pada hujung trimester, saya pernah hampir nak pitam dan dimasukkan ke dalam ward. Dan masa tu, tidak kenal lagi suplemen shaklee dan bergantung suplemen di farmasi seperti yang dicadangkan oleh doktor di klinik kesihatan.

Tapi bila saya mula tahu mengenai produk shaklee ini, saya mengenali suplemen untuk anemia yang mana ia bukan saja bagus untuk ibu hamil, ibu berpantang malahan ia bagus untuk mereka yang sememangnya ada masalah anemia ini.  Apakah suplemen tersebut?

ada 4 jenis suplemen untuk anemia ini dan ia sesuai untuk diambil oleh ibu hamil juga. 


Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015