Wednesday, July 11

BAGAIMANA MENCEGAH ANEMIA



Kita selalu dengar berkenaan anemia. Malahan ia menjadi lebih popular atau sinonim dengan ibu hamil yang seakan lumrah menghidap anemia apabila mengandung. Tapi, bagaimana untuk mencegah anemia? adakah anemia hanya berlaku kepada mereka yang hamil saja? Jom baca artikel ini seterusnya untuk mengetahui bagaimana mencegah anemia.


Image result for sel darah merah
                                                            kredit : Google Image

APA ITU ANEMIA?
anemia berlaku apabila hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Fungsi hemoglobin di dalam sel darah merah adalah mengangkut oksigen dan zat makanan ke otak dan seluruh badan. Seperti yang kita tahu, otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan baik.

Jika anemia ini berlaku, anda akan mudah mengalami :-

  • kurang daya tumpu dalam apa yang anda buat
  • kurang cergas dan cerdas
  • mudah rasa letih dan mengantuk
  • mudah merasa lesu
  • mudah pitam.
APA TANDA TANDA KITA MENGHIDAP ANEMIA
jom kita teruskan membaca untuk mengetahui apa pula tanda tanda yang senang untuk kita ketahui samada kita menghidap anemia atau tidak ( ini hanyalah tanda tanda asas dan untuk pengesahan samada anda mengalami anemia atau tidak, anda perlu membuat pemeriksaan lanjut dengan berjumpa doktor )

* pucat terutama di bibir dan kelopak mata
* sering lesu dan mengantuk
* mudah berdebar debar
* bentuk kuku berubah rubah
* rambut mudah putus/ gugur
* kerap pening dan pitam

jika ada tanda tanda bergini dan ia berpanjangan, saya galakkan anda berjumpa doktor untuk pengesahan.



Image result for mudah lesu
                                                             kredit : Mr google


BAGAIMANA MENCEGAH ANEMIA
Jadi, kita sama sama belajar atau mendapat tahu bagaimana mencegah anemia melalui pemakanan dan untuk mengelakkan ia menjadi lebih serius.

Anemia boleh dicegah dengan mengambil atau memakan makanan yang tinggi kandungan zat besi. Banyak jenis makanan yang mengandungi zat besi dan ia dikategorikan dalam 3 jenis sumber zat besi.


  1. SUMBER ZAT BESI BAIK : Kismis, sayur sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam, kailan.
  2. SUMBER LEBIH BAIK : daging, ayam, ikan, sotong, ikan blis
  3. SUMBER PALING BAIK : kerang, hati, ayam, hati lembu, paru lembu.
Berapa banyak sumber zat besi yang perlu anda makan setiap hari atau dalam sehari?

tahu tak, kita perlu makan sekurang kurangnya satu jens makanan yang kaya dengan zat besi yang datang dari sumber haiwan setiap hari. Ini kerana penyerapan zat besi dari sumber haiwan adalah lebih baik.

Related image


sumber zat besi yang perlu kita ambil setiap hari ialah :-
-  daging 2 keping  ( dalam ukuran satu tapak tangan )
- 2/3 ikan bilis
- 1 ekor ikan sederhana
- 1 ketul bahagian dada ayam
- 20 biji kerang sederhana
- 2 ekor sotong sederhana
- 2 ketul hati ayam

TAHUKAH ANDA?

➽buah dan sayur meningkatkan penyerapan zat besi. Oleh itu, makanlah buah dan sayur di dalam hidangan anda atau minum jus buah selepas makan. Anda juga boleh makan makanan kaya zat besi bersama pencicah seperti sambal buah buahan tapi pastikan sambal itu adalah sambal sihat ( tanpa perisa tambahan).
➽jika kita ingin mengambil makanan atau minuman seperti kopi, teh, susu, minuman berkola, minuman bercoklat yang mana ini semua mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi, pastikan ia diambil diantara waktu makan utama atau sekurang kurangnya 1 hingga 2 jam dari waktu makan utama.
➽ Bagi remaja pula , pastikan minum 1-2 gelas susu sehari untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi. Jadi , minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang dan minu malam. 



email : sitinorizasaleh@gmail.com
whatsapp : 013-7374 958/013 -7065 178
fanpages : JEJAK VITAMIN
instagram : damiapitshop

kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, Johor yang aktif sejak tahun 2011 lagi.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli dengan kami, anda boleh klik ikon di bawah untuk isi maklumat anda, dan kami akan hubungi anda segera!!.


sebelum itu, anda perlu baca ini :-







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015