Showing posts with label CURAHAN RASA. Show all posts
Showing posts with label CURAHAN RASA. Show all posts

Wednesday, June 26

KENAPA KITA BERNIAGA?

Kenapa Siti memilih untuk berniaga pada mulanya?

orang kata , bila kita ada darah daging berniaga ni, kita pun akan terjebak untuk berniaga. Tapi Siti memilih untuk bekerja dan kena pula Siti bukan jenis yang suka jumpa orang. Tu salah sebab kenapa Siti memilih untuk berniaga secara online.

Perniagaan pertama yang Siti ceburi adalah menjual Cloth Diapers. Masa sekitar tahun 2005 gitu, Cloth Diapers sangat glamer dan menjadi pilihan ibu bapa yang suka dengan benda benda alami ni. Termasuk Siti. Tapi, pada mulanya bukan sebab untuk dapatkan duit lebih sebab bekerja masa tu, cuma nak gunakan untung runcit dari jualan tu untuk beli Cloth Diapers yang lain. ha ha ha ha.  Tapi lama lama , ia menjadi satu keseronokan sebab boleh sebarkan kebaikan Cloth Diapers dan dapat bantu meringankan masalah kewangan ibu bapa.

Artikel ni bukan nak cerita pasal perniagaan apa yang Siti ceburi. Tapi kenapa Siti memilih untuk berniaga. Ia adalah kerana betapa Siti dah merasa susah bila tak cukup duit, bila terpaksa tebalkan muka untuk pinjam duit dari mak ayah dan kawan kawan. Eh, betul. Siapa cakap Siti tak pernah susah. Sebab tu, bila ada kawan kawan nak pinjam duit, Siti usahakan untuk beri pinjam walaupun masa tu Siti sendiri tak cukup duit.

Tapi, berpegang pada " bila kita ringankan masalah seseorang, pasti Allah akan balas bila kita perlukannya nanti". lepas tu, Siti terbaca pula pasal cerita viral yang seorang ayah ditangkap mencuri roti, tapi akhirnya ketua Balai Polis membayar harga roti yang dicurinya. Malahan ada ayat yang buat siti tahu tindakan siti selama ini betul dan pasti Allah akan bantu siti bila siti memerlukannya nanti.

Apa ayat tersebut ?  “kalau nampak org tengah susah, jangan ingat Allah tengah uji orang tu, sebaliknya Allah tengah uji kita, Allah nak tengok apa yg kita boleh buat untuk tolong org susah tu”. Sangat terkesan kat hati Siti. 

Jadi, bila dah terjebak dengan bisnes Shaklee ni, lagi banyak rupanya Allah uji Siti bila Allah datangkan kawan kawan yang nak pinjam duit. Memula memang sakit hati sampai ada masanya Siti cakap " aku susah susah usaha, ko main nak pinjam pinjam je.". Allah, betapa sombongnya Siti masa tu.

Tapi satu ketika, bila Allah uji Siti dengan masalah kewangan dan Siti pula melalui fasa meminjam dan merayu pada kawan kawan, baru tahu apa perasaan sebenarnya. Malu, geram dan rasa nak putus kawan pun ada. Iya, itulah agaknya apa yang kawan kawan rasa bila mereka jumpa siti dan mereka tidak dapat apa yang mereka perlukan dari Siti.

Bila siti mula terlalu mengharapkan orang yang siti rasa boleh bantu, tapi sebenarnya mereka tidak membantu pun. Tapi bila kita minta dengan Allah untuk membantu kita, tanpa kita duga, orang yang kita tidak sangka boleh bantu kita, akhirnya dia yang membantu kita.

masa ni kita akan tahu sebenarnya, bukan ramai kawan yang sanggup susah bersama dengan kita. Oh, teringat masa Siti masih belajar di Politeknik. Kami masa tu semester ke 6, dan masih menunggu duit pinjaman belajar masuk ke akaun bank. Duit yang parents bagi makin lama, makin susut. Kami masa tu masing masing dari latar belakang keluarga yang tidak berapa senang. Jadi nak minta duit saja saja dengan mak ayah pun segan. 

Jadi, seorang kawan Siti ni mencadangkan buat pajak gadai barang kemas yang kami ada. Ya Allah masa tu tak terfikir lansung sampai ke situ nak mendapatkan duit. Lepas tu pula, Siti bukan jenis yang suka pakai barang kemas dan takde walau sebentuk cincin pun masa tu. Tapi dia cakap , tak pe . kita guna je apa yang ada. Dapat berapa berapa pun tak kisah asal ada duit untuk makan. hu hu hu. sedih sangat dan sampai sekarang, peristiwa tu berkesan di hati Siti. 

Jadi, ada masanya kita atau kawan kita akan berada di bawah, dan ada masanya kita akan berada di atas. Tapi bagaimana kita nak mengawal situasi tersebut yang membezakan kita.

Tips siti,kalau kita rasa susah nak membantu bila kawan mohon pertolongan atau kita rasa tidak yakin dia akan menggantikan balik ( kebiasaannya wanglah kan), maka cuba beri jumlah yang kita rasa kita tidak terasa sangat kalau dia tidak mengembalikannya. Contohnya , dia ingin pinjam rm300, tapi kita rasa dia mungkin tidak akan pulangkan secepat mungkin, jadi kita mungkin boeh bagi dia RM150 atau nilai yang kita tidak perlukannya dalam masa terdekat.

terpulanglah pada kita. cuma, kebaikan kita jangan sampai ada yang ambil kesempatan.




Friday, May 10

SALAM CERIA!!!!




WAH....bersarang giler rumah lama ni...soh...soh...sohhhh.....Alhamdulillah...hari rasa terpanggil panggil nak jenguk rumah lama....Insya Allah, akan cuba kembali mewarnai dunia berblogging ini...cikgu bahasa melayu jangan marah ye :).

sajer nak share, masuk bulan ni, dah 4 bulan aku menjadi WAHM ( WORKING AT HOME MOTHER )...
menjalankan sepenuh masa perniagaan MLM SHAKLEE dan CLOTH DIAPERS...syukur...ia adalah keputusan yang terbaik dalam hidup aku.dan yang best, ianya di persetujui dan diredhai oleh suamiku....memang banyak kata-kata negatif yang aku terima bila nak buat keputusan ini,,malahan, adik beradik, sedara mara juga tidak berapa setuju..tapi, aku tekadkan hati, bulatkan semangat, demi anak-anak dan suami, inilah jalan untukku..

seakan petanda dan petunjuk dari Allah, zafran semakin hari semakin tidak selesa berada di nursery...dan aku juga, semakin hari semakin rasa x bestnyer buat kerja yang sama..yang tiada cabaran, yang sudah sebati dalam hidup...apa taknya, dah 10 tahun aku bekerja..itulah kerja pertama aku dan yang teakhir ( maybe ) yang aku akan buat...

tapi sekarang???? tengok perkembangan anak di depan mata, menjaga kesihatan anak-anak, buat aku rasa gembira...syukur sangat...dan perniagaan aku semakin berkembang..alhamdulillah...

Insya Allah, aku akn cuba buat 1 entry setiap hari...dah lama x blogwalking kt blog kwn2 lain...ntah ingt lagi ke tak..he heh...

bye..bye..bye..




kedai online SHAKLEE saya : Puan Siti Noriza Saleh Shaklee Independent Distributor [ID No : 852453] 013-7374 958 |
admin@damiapitshop.com 

Wednesday, November 7

TINGGAL SEJARAH DAN KENANGAN MANIS :)


Bismillahirrohmannirohim.....

Alhamdulillah...perjalanan penyusuan aku untuk zafran sudah melepasi 2 tahun....dan khidmat bakti breastpum aku sudah ditamatkan.,,,,sedih tapi gembira kerana aku menggunakan sepenuhnya khdimat spectra ini sepanjang 2 tahun ini....

Bermula dari 4 bulan pregnant, aku mula mengumpul pelbagai maklumat mengenai SUSU IBU....dan aku juga mengumpul modal untuk membeli peralatan penyusuan agar impian aku berjalan dengan lancar....Alhamdulillah...pelbagai rintangan dan rasa sedikit pilu sbb semuanya duit aku, tapi aku gembira sebab semuanya dalah untuk anak aku Zafran.... Alhamdulillah......zafran berikan kerjasama yang sangat baik...

sekarang, breastpum ini aku salurkan khidmatnya pada kawan aku yg bersemangat untuk meneruskan penyusuan nya....semoga breastpum ini juga memberikan kerjasama yang baik pada tuannya yang baru.....



kedai online SHAKLEE saya : 
 Puan Siti Noriza Saleh 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 852453] 
013-7374 958 |
damia_pitshop@yahoo.com 
twitter : @damiapitshop
website : www.damiapitshop.com


Saturday, November 3

SAAT ITU PASTI AKAN TIBA

Saat itu pasti akan tiba/....itulah yang aku selalu cakpkan dengan suami aku bila dia tanya "bila nak benti keje yang"...

aku rasa, dari mia dlm perut lagi pertanyaan tu sntiasa menghantui aku.....tapi aku postpone, postpone dan postpone....

alasan popular, aku banyk hutang ( kereta, hutang belajr dan hutang lain2)...masuk anak kedua, soalan yang sama suami aku ajukan lagi.....masih alsan yang sama.....cuma kali ni, hati makin rapuh....mendengar tangisan zafran setiap pagi, ye, dia tak suka kena hantar gi nursery....dan kadang2 aku rasa, mcm drama melayu....datang hangin dia, dia boleh keluar dari kereta dan masuk kerumah balik....sayu hati tengok dia mcm tu...dah hampir 2 tahun sekarang umur dia...tapi, masih menangis dan menangis....bagilah makanan ke, susu ke, bila dia nmpak je "jalan" hala ke nursery, dia akan menangis.....

kali ni, setelah 10 bertahun berkerja,,,,, aku rsa, sudah sampai masanya.......dan menanti dengan penuh debar detik itu....doakan semuanya berjalan lancar ye....Insya Allah...



kedai online SHAKLEE saya : Puan Siti Noriza Saleh
Shaklee Independent Distributor [ID No : 852453]
013-7374 958 |
damia_pitshop@yahoo.com
twitter : @damiapitshop

Thursday, August 16

SAYA TAK SUKA CERITA MELAYU :(

Seiyes...saya mmg tak suka tgok cerita melayu...bukan sebab saya ni daouble standard...tapi, saya tak suka!!!! memang tak suka!!!...

sebabnya, hampir kebanyakkan cerita melayu banyak memaparkan penderaan anak-anak...saya tak suka!!!! mcm semalam, saya terbuka tv9..saya tak pasti apa tajuk dia..tapi mcm "ampunkan daku"...tertengok lak scene yang masa tu si pelakon pompuan tu tengah maki hamun anak dia yg aku rasa umur 5 6 tahun...terkebil-kebil budak tu kena maki hamun.....aku TAK SUKA!!!!...

aku rasa boleh buat aku jadi tekanan perasaan dan rasa tak sampai hati ...memanglah org ckp, kalau kita sedih, kita marah dengan pelakon tu, bermakna pelakon tu seorang yang hebat!!! tapi, aku tetap tak suka...hu hu hu...

lagi-lagi kalau pasal yang part family miskin, family x cukup sifat...aku mmg tak suka...aku tak sampai hati nak tengok..tak smpai hati nak tahu jalan ceritanya...cukuplah apa yang aku baca dalam internet dan paper...tak sanggup nak tengok realiltinya dalam tv....

nota siput : luahan perasaan sbb sakit hati tgok orang-orng giler yang suka buat sesukati kt anak-anak mereka.....

kunjungi kedai online saya :- http://www.damiapitshop.com/
 
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015