Showing posts with label SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label SHAKLEE. Show all posts

Wednesday, December 21

VITAMIN TAMBAH TENAGA LELAKI


Kali ni saya nak bercerita pasal vitamin yang sesuai untuk lelaki pulak...oppss...bukan dan beralih arah,tapi ada pembaca blog ssaya tanya nape semua vitamin atau masalah dalm blog saya ni hanya utk wanita?...vitamin shaklee ni untuk wanita je ke?....oppsss....tidak...vitamin SHAKLEE ni sesuai untuk semua golongan samada wanita, lelaki, kanak-kanak, golongan emas, dan sewaktu dengannya..he hehe....

kali ni, saya nak tertumpu pada msalah utama lelaki dalm hubungan seksual bersama isteri. opsss..bukan cerita dalam kainnya....

ada lelaki rasa, dia tidak mampu untuk puaskan hati isteri sebb dia sndiri dah penat bekerja...keinginan untuk bersama ada, tetapi bila badan dah penat, semua tak jadi apa..he hehe..jika anda seorang lelaki tidak mempunyai nafsu atau keinginan untuk "bersama" dengan isteri, itu bukan "mati pucuk" ye..itu adalah kerana anda kekurangan hormon yang di panggil"Hormon Testosteron".

kenapa hormon ini bolh berkurangan?... ini dalam bahasa saya tau..bukan bahasa sains..he hehe...kekurangan hormon ini berlaku adalah disebabkan tekanan kerja, pemakanan yang tidak seimbang, penyakit yang berkaitan hati dan jantung....salah satu sebab utama adalah, hati dan jantung anda mula menghadapi masalah...kekurangan hormon juga adalah sebab faktor peredaran usia anda....ada terbaca, kekurangan hormon ini akan berkurangan 1.4% setiap tahun.....

Kesan dari kekurangan HORMOM TESTOSTERON :-

* Tahap tenaga rendah * Kurang daya tumpuan * Mendapat serangan kepanasan * Cepat letih * Jumlah lemak dalam badan meningkat * Tekanan * Ereksi pada waktu pagi berkurang * Mengalami masalah eraksi* Mudah menjadi sugul dan murung * Jisim otot menyusut * Otot menjadi lemah * Ukuran pinggang meningkat * Kesihatan keseluruhan mula terjejas

SO, anda juga perlu jaga kesihatan anda..kerana, kekurangan hormon testosteron dalam diri anda, hampir keseluruhan fungsi dalam badan anda akan menjadi tidak bermaya...

di SHAKLEE, kami juga ada sediakn vitamin yang sesuai untuk anda yang bergelar suami dan lelaki....





Zinc merupakan komponen penting dari tubuh dan merupakan konstituen penting dari sel. Unsur Zinc ini adalah elemen penting untuk mengaktifkan fungsi beberapa enzim dalam tubuh yang memainkan peran penting dalam kegiatan metabolisme tubuh yang berbeda. Di samping itu, memainkan peran utama dalam penyembuhan luka, membangun sistem kekebalan tubuh, dan dibutuhkan dalam sintesis DNA. Di antara banyak fungsi, Zinc mendukung pertumbuhan normal dan perkembangan selama kehamilan, dan merupakan komponen yang sangat diperlukan dalam pengembangan sperma, ovulasi, dan pembuahan.


Vitamin yang memberikan ketenangan dan kesegaran dalam badan dan antara salah satu vitamin yang meningkatkan tenaga dan menghasilkan hormon seks.
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.
Protein adalah salah satu asas bagi diet bina otot. Kandungan protein meningkatkan testosteron yang berkaitan dengan otot. Juga memberi tenaga kepada anda

Iron dalam multivitamin ini merupakan salah satu mineral yang mana fungsinya adalah untuk meningkatkan pengeluaran hormon testosteron dan juga untuk menambah sperma lelaki.



Siti Noriza | ID: 852453
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com
FB: Siti Noriza Binti Saleh
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

TESTIMONI SET BERPANTANG SHAKLEE

Masih mencari-cari set bersalin yang sesuai dengan anda?Tak mahu makan jamu yang pahit-pahit?Atau risau set bersalin 'panas' yang boleh menyebabkan baby cirit birit atau ruam-ruam? Jum cuba Set Bersalin berasaskan supplement. Dijamin tidak 'panas'.

Apa kata Shima Samat yang berpantang sendiri menggunakan Set Bersalin Shaklee..



memang berbaloi bila berpantang dengan vitamin shaklee...
Shima Samat Badan sangat selesa. Lepas operation dah cergas. Susu sangat meriah. Sekali pump boleh dpt 14 oz. 1 hari boleh simpan 24oz. Deep frezer dah nak penuh walaupun br 29 hari.
  • Azrin Mohd Alhamdulillah..mmg berbeza kan?kakak ipar sy baru2 ni bersalin anak ke 3 dan sy pun bg dia set bersalin.tau dia ckp apa?mcm x dlm pantang pon..bdn cergas je..rs nk g shopping..hehhe...
    December 10 at 12:01am via mobile ·

  • Shima Samat Memang mcm bkn dlm pantang. Saya ni jaga diri sendiri, baby, ank2 n hubby. Blk dr hospital hari ketiga dah masak sendiri. Mengemas rumah sendiri. Alhamdulillah.



Apakah yang terkandung dalam set C atau set Bersalin sebenarnya? Set berpantang ini mengandungi 4 jenis vitamin iaitu


  • Vitalea with iron formula
  • Vitamin C 500mg sustained release.
  • B complex with Folic Acid
  • Zinc



Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Vitamin C 500mg sustained release
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

credit to ; Azrin

Jika inginkan produk ini, jangan lupa hubungi saya :-


Siti Noriza | ID: 852453
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com
FB: Siti Noriza Binti Saleh
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, October 30

LANDMARK STUDY : MELEBIHI 20 TAHUN KAJIANNYA

Kenapa saya selesa memilih produk Shaklee sebagai makanan tambahan saya sekeluarga?

Banyak syarikat hanya mendakwa tentang kehebatan produk mereka. Tetapi di Shaklee, mereka ada bukti tersendiri yang ditunjukkan melalui kajian sainstifik dan ujian klinikal. 
Kajian ini juga boleh didapati oleh sesiapa melalui lebih dari 100 buah buku atau jurnal penerbitan yang mengesahkan tentang keberkesanan produk shaklee.
Malahan lebih US 250 juta dilaburkan oleh pihak shaklee ke dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Dalam salah satu kajian Landmark Shaklee yang paling penting dan pernah dilakukan ke atas pengguna produk shaklee ialah kesan penggunaan shaklee yang telah bekerjasama dengan penyelidik dari University UC Berkeley.

Apakah kajian itu??
Ia adalah mengenai kesan penggunaan shaklee kepada pengguna dalam tempoh 20 TAHUN dan apa hasilnya???

Mereka mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding kumpulan yang hanya mengambil satu multvitamin dan kumpulan mereka yang langsung tidak mengambil suplemen.



Malahan, untuk jangka masa panjang, pengguna suplemen shaklee didapati mempunyai kesihatan yang lebih baik dengan amat ketara sekali iaitu :
* paras trigliserida 33% lebih rendah
* nisbah 11% lebih rendah daripada jumlah kolesterol untuk kolesterol HDL.
* tahap homosisten 36% lebih rendah
* tahap protein C-reactif 60% lebih rendah.

Ini antara sebabnya kami sekeluarga memilih Shaklee. Ianya dijamin selamat, berkesan dan semestinya mesra alam.

#tsunamishaklee
#hunt2team
#thedreambuilders
#damiapitshop

Monday, August 29

KENAPA SAYA SUKA DENGAN SHAKLEE?

ko ni taksub sangat dengan Shaklee. Macamlah takde compnay lain yang hebat macam Shaklee?


Persoalan ini selalu ditanya oleh saya bila diaorang follow saya punya fb. asyiklah up pasal Shaklee. lepas tu kawan kawan facebook pun ramai budak shaklee. jadi, saya nak share dengan anda semua kepada saya suka dengan Shaklee.

Memula saya memang jatuh cinta dengan Shaklee sebab produknya. produk Shaklee semuanya berkesan. Tapi berkesan bukan dalam masa 24 jam!!! hah, pelik tak? patutnya saya kena suka produk yang nampak kesannya cepat. baru bestt!!! tapi yang menyebabkan produk shaklee ni tidak berkesan dalam tempoh yang sekejap, adalah bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk tersebut. bahan yang neutral, semulajadi dan diproses dengan cara yang lebih sesuai untuk mengelakkan kandungan nutrisi dalam sesuatu bahan mentah tu hilang atau berkurangan dengan terlampau banyak.

Selepas saya jatuh cinta dengan produknya, saya jatuh cinta pula dengan pelan pemasaran syarikat Shaklee ni. apa yang buat saya suka dengan pelan pemasaran Shaklee ialah ia menguntungkan bagi kedua dua belah pihak iaitu antara pengedar bebas Shaklee dan syarikat Shaklee itu sendiri. hah, nak bagitahu ni, pelan pembayaran bonus Shaklee kepada pengedar bebasnya juga telah dipaternkan jadi tiada mana mana syarikat atau MLM lain yang boleh meniru skim pembayaran bonus Shaklee ini. syok arrr. Jika dikira, hampir 40% bayaran balik akan diterima oleh pengedar Shaklee berbanding hanya 20% yang diterima oleh ahli MLM syarikat lain. besar tu tau.
selain itu, tiada had maksimum untuk pembayaran bonus kepada ahlinya. kalau dalam sebulan tu bonus yang diterima ialah RM600, 000 sebulan maka Shaklee akan tetap membayarnya setiap bulan tanpa GAGAL!!! jadi, peluang untuk mendapatkan pendapatan tanpa batas adalah di Shaklee!!

kenapa saya suka dengan Shaklee?? ada lagi sebab!!.

sebab yang ketiga ialah Shaklee ada landmark study yang mana ia dilakukan oleh pihak ketiga ( yang bebas ) tanpa terikat dengan Shaklee. kajian dilakukan selama 20 tahun yang mana pemerhatian itu dipecahkan kepada 3 golongan. Golongan orang yang makan suplemen lain selain Shaklee, golongan orang yang makan Shaklee dan golongan orang orang yang tidak mengambil apa apa suplemen.Roger Barnett ( pemilik Shaklee Corporation), sanggup melaburkan duit yang banyak semasa kajian ini dilakukan. dan dia bersedia menerima apa jua keputusan yang dapat dari pemerhatian tersebut. sebab dia ingin tahu sejauh mana keberkesanan setiap produknya bukan hanya untuk jangka masa pendek tapi juga untuk jangka masa yang panjang. ---------->>>> nanti saya buat entry khas berkaitan ini.

Sebab keempat kenapa saya suka dengan Shaklee ialah hubungan yang terjalin antara ahli dalam Shaklee. Upline, downline, sideline saling bantu membantu. Saling memberi tips tips hebat dan juga berkongsi idea bagaimana untuk memastikan produk Shaklee diterima oleh semua penduduk Malaysia. ini saya sangat kagum!!! macam tiada perasaan "eh. ko nak tahu pasal rahsia aku pesal?,., atau alah.kang aku bagitau tips aku, banyak pulak sales dia". Sungguh!! tak nampak benda tu ada dalam group kami. malahan kalau berjumpa, macam adik beradik. sungguh sungguh bersalam, sungguh sungguh nak berselfie. kih kih kih.

jadi, apa pula sebab ada tidak suka dengan Shaklee??

SAYA PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI,JOHOR
SAYA PENGEDAR SHAKLEE FELDA SEMENCHU, KOTA TINGGI, JOHOR.


hubungi saya jika anda berminat mendapatkan produk shaklee atau jika anda juga ingin join group kami yang hebat ini!!

SITI NORIZA SALEH
013 7374 958

Wednesday, May 6

BERCUTI DI HOTEL PINE RESORT, KOTA KINABALU...

Bila kita nak buat, kita akan buat!! salah satu perkara yang tidak pernah saya terpikir ialah, naik kapal terbang dan bermalam di hotel yang harganya atas rm200 semalam!!! saya memang seorang yang dulunya rasa, semua tak mampu. iyerlah dengan gaji hanya RM1400 sebulan, saya fikir banyak kali nak bermalam di hotel yang mewah sebab saya fikir, macam macam boleh beli dengn RM200 tu. tapi Alhamdulillah, bercuti di Hotel Pine Resort, Kota Kinabalu menyaksikan keinginan dan kesungguhan saya dalam perniagaan ini boleh dicapai jika kita benar benar nak.




ini kenangan kami semasa berada di Kota Kinabalu, kami memilih bercuti di Hotel Pine Resort, Kota Kinabalu pada tahun 2014. ia adalah hari di mana kami di bawah naungan Puan Azrin Mohd, pemilik Dazzlingmoms membuat perancangan untuk bercuti ke Kota Kinabalu. saya terus ke website Air asia untuk survey harga tiket al maklumlah. kali pertama nak beli tiket kapal terbang.  kali pertama naik kapal terbang pun dari senai ke KL, itu pun free sebab company yang taja. Kali ni, saya lak yang taja suami dan anak anak saya naik kapal terbang dan stay di hotel mahal. (ye, mahal bagi saya yang suri rumah ni). yang best juga, semua perbelanjaan makan minum, tiket kapal terbang, hotel, sewa kereta adalah hasil dari bonus yang saya terima dari Shaklee. Alhamdulillah, gaji suami langsung tak terusik. memang bersyukur sangat. dan ia buatkan saya suka dan tak menyesal memilih shaklee. Kerana, sya tau, ia boleh menjadikan segala impian saya akan menjadi kenyataan. 


 Hotel Pine Resort, Kota Kinabalu ni di atas bukit dan sepatutnya kita boleh nampak puncak gunung Kinabalu dengan lebih terang dan jelas kalau ianya diizinkan macam gambar kat atas ni. Bestkan??? tapi Allah tak beri kami peluang untuk lihat ciptaanNya yang terindah ini. suasana berkabus dan hujan menyambut kedatangan kami kat sana. Sejuk dan nyaman sekali ..oh ya, kat hotel ni takde aircond okey..so, jangan fikir alah, boleh  matikan air cond.. ha ha ha, saya dan suami macam nak request selimut tambahan je sebab, kalau tak hujan, suasananya memang sejuk. Jadi bayangkan bila hujan???? fuh!!! sampai ke tulang sum sumlah gamaknya.



ini bilik yang kami sewa. Menghadap ke lembah dan kita boleh lihat pemandangan yang lebih cantik. Harga bilik ini dalam range RM190 - RM210 semalam ( harga pada tahun 2014). Kami bermalam selama 2 hari di sini. Dan sangat sesuai untuk mereka yang nak honeymoon!! sejuk wei...kih kih kih.



yang bestnyer Hotel Pine Resort, Kota Kinabalu ni depan bilik ada balkoni. so boleh lepak lepak kat depan bilik dengan kawan kawan atau family. takdelah lepak kat atas katil kan? kita layan gambar je dulu.


 ini En suami saya, Mohd Zamri pemilik blog RAKITTERJONGKET .. bolehlah korang jalan jalan ke blog dia. banyak juga info menarik dari blog en suami tu.





bestkan dapat bawak family cuti cuti. bahagiakan anak anak dan keluarga, pasti kita akan lebih bahagia. Rezeki anak anak, saya dan suami hanya tumpang rezeki mereka. Syukur, anak anak sukakan kedamaian di sini.


 ni jiran sebelah bilik kami, Puan Dilla Jalil dan en suaminya Tuan Hafiz. diaorng ni "adik beradik" shaklee kami. Pemilik blog MAMAQAIREEN.


So, sesiapa yang nak beecuti cuti ke Kota Kinabalu dan ingin melihat puncak gunung Kota Kinabalu, saya suggestkan anda untuk memilih Hotel Pine Resort, Kota Kinabalu ini sebagai salah satu hotel yang perlu anda pilih.

nanti saya share lagi pengalaman saya bercuti di Kota Kinabalu. Wah ni pengalaman dah nak setahun dah ni. hik hik hik. saya cuma nak share pengalaman saya yang tidak pernah saya jangkakan dapat dpenuhi hanya selepas setahun saya bergelar WAHM dan menjadikan Shaklee sebagai punca pendapatan saya. syukur, Alhamdulillah :)



PROMOSI BULAN MEI 2015

Wah wah, shaklee makin gila tau, suka kasi offer yang bukan bukan penggemar suplemen ni. kali ni sempena ulangtahu kelahiran produk utamanya iaitu VITALEA WITH IRON, shaklee membuat tawaran khas untuk anda yang ingin mendaftar sebagai ahli shaklee.
iaitu, dengan pendaftaran ahli dan pembelian barang ( tak kira berapa RM nilai barang tersebut), anda semua LAYAK MENDAPAT PERCUMA SEBOTOL VITALEA WITH IRON!!! ADA 120 BIJI TAU.KEGUNAAN SEHINGGA 4 BULAN. dan yang paling best, korang nak tau harga sebotol VITALEA tu?????


HARGANYA RM 88.75!!!!!! wahhh..jimat sangat gilerr....kalau korang nak lebih faham , jom kita sama sama tekan kalkulator..


YURAN DAFTAR AHLI : RM69 ( tak masuk pos )
BELI BARANG ; CTH - ZINK ( RM 33.75 )
TOTAL : RM102.75 - total yang korang kena bayar kalau nak jadi ahli...

tapiiiiiiiiiiiiii

FREE VITALEA WITH IRON - hrga ahli RM88.75. jadi korang sepatutnya kena bayar RM191.50 untuk yuran ahli + zink + vitalea. so, jimat RM88.75!!

so, korang nampak tak betapa beruntungnya jadi ahli pada bulan ni.
ini salah satu offer bulan ni ye... ada offer yang lain gak tapi ini untuk saya suggestkan kat korang yang ada budget yang kecil untuk jadi ahli.


hah, nak maklumat lanjut???? meh meh...kita bisik bisik lagi.



SITI NORIZA SALEH
SENIOR COORDINATOR SHAKLEE
013 7374 958 / 010 300 7299
MAKE YOUR DREAMS COME TRUE
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR
PENGEDAR SHAKLEE FELDA SEMENCHU
PENGEDAR SHAKLEE TAMAN PASAK INDAH

Thursday, March 19

TESTIMONI - B COMPLEX DAN OSTEMATRIX ATASI MORNING SICKNESS

“Morning sickness” atau muntah-muntah ialah masalah yang biasa berlaku dikalangan wanita hamil. Ia boleh berlaku bila bila masa. Kebanyakkan bermula seawal 6 minggu pertama dan berakhir pada lewat 16 minggu. Walaubagaimanpun, terdapat segelintir dari wanita yang hamil mengalami masalah ini sehingga ke peringkat akhir kandungan. Syukur saya hanya penah mengalaminya dalam 3-4x sahaja semasa awal-awal trimester pertama. ^__^


Saya faham perasaan ibu-ibu yang mengalami morning sickness..Kalau boleh nak cepat-cepat habis fasa 'muntah-muntah pening-pening' ni. But it's all about our hormone. Harap bersabar. Kerana ganjaran yang anda akan terima setelah melalui macam-macam perubahan adalah sangat-sangat tidak ternilai.. Anak itu anugerah Allah yang paling istimewa kan?

Anda boleh mendapatkan ubat tahan muntah dari doktor. Atau anda boleh mencuba Set Pregnancy . Di dalam set ini terdiri daripada:

1. Multivitamin / Vitalea
2. B Complex
3. Vitamin C
4.Ostematrix / Kalsium

Yang mana satukah di antara supplement-suplement di atas boleh mengurangkan morning sickness?
Jawapannya ialah B Complex dan juga Ostematrix!

Kenapa B Complex?

Kerana B Complex Shaklee lengkap dengan vitamin B 6.Vitamin B 6 merupakan salah satu daripada lapan vitamin B. Kesemua lapan  Vitamin B memainkan peranan penting dalam membantu tubuh manusia untuk menukar makanan, terutamanya lemak dan protein kepada tenaga. Ia juga perlu untuk kulit yang sihat, rambut dan mata, dan sangat penting untuk fungsi hati dan sistem saraf. Tubuh juga memerlukan vitamin B6 untuk membuat hemoglobin, molekul dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke sel-sel badan.

B6 juga telah digunakan sejak tahun 1940-an untuk mengelakkan morning sickness. Ramai wanita mendapati bahawa mengambil B6 tambahan semasa bulan-bulan awal kehamilan sangat mengurangkan morning sickness. Beberapa kajian mendapati B6 ia adalah rawatan berkesan untuk loya. 
Source: http://www.grannymed.com/remedies/conditions/morning-sickness/vitamin-b6-for-morning-sickness

Kenapa Ostematrix
Tahukah anda Ostematrix boleh mengurangkan migrain a.k.a pening-pening?
Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


credit : mama azrin


Wednesday, December 3

7 RAHSIA VITAMIN E YANG PERLU ANDA TAHU


BULAN NOVEMBER NI, sya panggil BULAN BERKASIH SAYANG....he hehe...bukan valentine MOnth ye...tapi sbb bulan ni, saya nak promote dan nak pecahkan rahsia Vitamin E...


JOM BACA 7 RAHSIA VITAMIN E
1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan.Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.
2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.
3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.
4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.
5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.
6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.
7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

rahsia lain...~~~ vitamin E juga membantu mengurangkan strecth mark... ni kata mommy icha~.."baru-baru saya ada update kat Facebook yang makan vitamin E boleh hilangkan stretchmark masa mengandung. ye memang betul pun... saya tak tipu.. malah saya tak sapu apa-apa krim pun tau kat perut saya (sebab malas). stretchmark tu memang sangat pudar di perut saya, cuma yang jelas garisan linea.." negra tu

Lain2 rahsia yang anda perlu tahu:
nantikan lagi banyak rahsia yang akan dibongkar selepas ini... :-)

.apa bezanya vitamin E shaklee dengan yang ada di pasaran/farmasi?....Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium. Bagaimana?berminat dengan Vitamin E?


"ingin dapatkan produk ini?,..boleh hubungi saya melalui email : damia_pitshop@yahoo.com atau 013-7374958. bagi pembelian produk dari saya, saya akan berikan tips EKSLUSIF khas untuk anda dari saya.....

Monday, November 10

KEISTIMEWAAN SHAKLEE BERBANDING SYARIKAT MAKANAN TAMBAHAN MLM LAIN

Keistimewaan Shaklee


Falsafah Produk Shaklee
Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.


SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 250 juta pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.
Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California


kredit to : http://www.shaklee.com.my
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015