Monday, August 18
KEMANA SAYA MENGHILANG - PART PERASAN
lama saya mnghilang..menghilang bukan kerana dok terperuk tak buat apa apa kt rumah...sejak pindah ke Taman Pasak Kota Tinggi ni, kehidupan 360 darjah berubah...dan part paling terkesan ialah betapa seksa jiwa raganya saya sebab line tenet macam siput sedut..ha ha ha...
internet ni dah mcm satu keperluan pulak bagi saya. of cos saya memang tak brapa gemar nak bersosial dan tak berapa gemar nak buat aktiviti luar rumah ni. lebih suka dok terperuk kat rumah sampaikan salah satu cita cita saya ialah nak jadi Pustakawan di perpustakaan negeri..kih kih kih...dok baca buku, timba ilmu, sangat best.. dan salah satu sebab juga saya tidak terima tawaran untuk "lompat" menjadi pengawas masa sekolah dulu adalah sebab tak mahu kelebihan memasuki pusat sumber di sekolah tersekat. Ya, saya memang suka buku..kemas buku di rak pun boleh jadi satu terapi untuk saya. kini anak saya Damia suka baca buku..Alhamdulillah.
Brada di rumah sendiri, lain rasa nya dengan rumah sewa. sayangnya seperti menjaga harta sendiri walaupun rumah tu tidak boleh dipeluk erat. Ia adalah perlindungan dari suami saya untuk kami sekeluarga. tempat perteduhan kami. rahmat untuk kami sekeluarga, walaupun ianya rumah kos sederhana rendah.. Alhamdulillah.
Insya Allah, saya akan mulakan blogging ini semula.. doakan saya agar dipenuhi idea idea menarik untuk kita share cerita di dalam blog ini....
kedai online SHAKLEE saya : Puan Siti Noriza Saleh
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 852453]
013-7374 958 |
damia_pitshop@yahoo.com
website saya :-
www.damiapitshop.com
http://jejakvitamin.blogspot.com
Friday, December 9
AL-KISAH MIA DAN ZAFRAN
Wednesday, June 22
KENANGAN SEWAKTU BERSALIN
Kali ni ku sajer nak join GA dari mamaqaireen @ dilla.....ceritanye pasal kenangan sewaktu bersalin.....ku nak cter pasal kenangan waktu bersalinkan mia...sbb tragis sgtt..ha ha ha...
Tarikh: 25/11/2007...
tarikh ni mmg aku ingt sbb tarikh ni, aku dah lbh 40 minggu "bawak" mia ke hulur hilir...semua petua org tua atau org2 ckp aku buat....kene gi makan kfclah, mkn pizzalah, semua aku makan..smpaikan, satu Plaza Angsana kt JB tu aku redah semata2 nak soh mia "keluar"..tp, x jalan juga....last2, tarikh ni aku serah diri kat PUteri...hu hu hu.....
kul 9 mlm, ku kene induce utk buat gesaan.....dlm kul 12 mlm, ku dah mula sakit2 pinggang....aduh..cm nak tercabut pinggang aku....tp, ntah nape aku x rasa mcm tu sakit nak bersalin.....padahal nurse dah ckp, kalau sakit je, terus panggil dia org....tp aku ttp bertahan smpai aku tertido......ha ah a..sakit2 pun boleh tertido...
26/11/2007...
8.oo am - doc panggil aku utk buat CTG....smbil buat ctg dia tanya"eh, mlm tadi x sakit ke?"....."erk...sakit gak..tp cm sakit biasa je...xlah sakit sgt"ceh.jwpn berlagak..ha haha...lpas tu, dia cek ve..katanyer baru buka 2cm...hah?>.baru 2cm..adeh...dan aku terpandangkan 2cm kat pembaris kat opis aku tu..ha hah....ha ha ha....
hasil ujian CTG, aku terus kene stay kt labaour room sbb jantung baby dah mula "slow"......
kul 8.30 am -induce kali kedua.....kali ni tmbh lg dos.....dan kul 9 aku dah mula sakit ssgt....dan aku tolak pelawaan nurse utk amik gas..sbb aku mmg teringin nak rasa betapa sakitnyer sewaktu bersalin.....nak merasa betapa susah payahnyer mak aku bersalinkan aku dah adik beradik yg lain....nak merasa "sakit" bersalin itu sndiri....
kul 10.30 am...doc dtg cek ve lg.....up ckt...dah buka 4cm...aku kira2, mau ptg baru aku bersalin ni......asben setia menanti di sisi aku...genggam erat tgn dia mgm x dpt aku lupakan....
kul 12.00 tghari - induce kali ketiga....sbb bby dah mula x bergerak......dan kali ni ku pujuk "mia" utk bg kerjesama......ku pujuk2 dia soh keluar sbb aku dah x tahan sakit dan tak tahan asyik kena seluk je ngn doc...hu hu hu.....
kul 3 ptg, aku merasa sakit yg amat sgt dan mesin CTG yg sntiasa terpasang kt perut aku mula menunjukkn yg bby bergerak aktif....mungkin nak kuar kot..he he he....kul 3.30 ptg, doc cek ve dan bukaan baru 5 cm dan doc dah dpt pegang rambut baby..Alhamdulillah...sukanyer........aduh.....kali ni, aku mmg dah menyerah....aku amik gas.....dan bila doc ckp, dlm kul 6 atau 7 ptg, aku baru bersalin, aduhai....cmm 6 7 tahun rasanyer...
kul 5 ptg, sesuatu yg tak terduga berlaku.....bukaan ve aku tertutup balik ke 3 cm....uwa...aku dah menangis dah masa tu...Ya Allah...kuatnyer Allah bg dugaan kt aku sebeblum dia kasi cahayamata kt aku....nangis ssgt...Asben dah kuar masuk, kuar masuk labour room...adik badik aku dan ipar dah mula kumpul......mesti diaorg agak aku dah bersalin...tp rupanyer masih belum bersalin..hu hu hu....
doc cadangkan tunggu smpai kul 7 ptg dan baru buat keputusan.....kul 6.30 ptg, asben aku srankan aku buat operation...tp aku x nak...aku ttp nak cuba bersalin normal...tp, nurse kt situ nasihatkan aku c-zer sbb bby dah menunjukkn tanda2 semakin lemah.......hu hu hu...dan aku pun dah penat dia takut ada komplikasi kt bby atau aku....dengan sadis, aku sign gak surat c-zer tu...hu hu hu....
kul 7.30 mlm, aku minta maaf kt asben aku ( alamk, dia nangis pulak)...hu hu hu...sedih2......mcm nak operation apa je..hu hu hu//minta maaf gak kt mak bapak aku, adik badik aku....sewaktu kene sorong masuk ke bilik bedah, aku tgok mak ngn akak aku nangis...alah...apalah diaorh ni...nangis2...aku lg nak nangis tau..hu hu hu.....
kul 8.00 mlm, doc siapkn aku utk pmbedahan.....sakitnyer kene inject kt tulang belakang...ku amik half bius sbb aku nak tgok dr cermin lampu tu cmne diaorh bedah..ha ha ha.....dn Doc bius tu mmg sgt baik hati..dia bacakn ayat2 Al-Quran diubun-ubun ku...sejuk je hatiku...tp mata ku ttp melingas tgok nurse2 dn doc pegang mcm2 pisaulah, alat torehlah..he he eh....dan part bila Doc kata dia nak mula tarik bby dr perut, buat aku rasa mcm perut ke kene seluk dan rasa senak ssgt.....
akhirnya, kul 8.30 mlm, kuarlah mia....Alhamdulillah......menangis aku masa tu..bersyukur sgt bbyku sihat...dan bila doc tunjuk baby kt aku, badan dia penuh ngn najis2.....kalau aku rasa lmbt lg bby dikeluarkan, mungkin dia akan lemas......maka, ku namakan dia NUR DAMIA MAISARAH....
smpai sini je ye kenangan ku......
my small shop :
-http://www.damiapitshop.com/
jom dapatkan produk shaklee di kedai saya:-
http://cergascerdasdamiapitshop.blogspot.com
Wednesday, March 23
BILA SUAMI TERPINGGIR SEBAN MENYUSUKAN ANAK
ada org ckp, kalau kita still susukan anak, suami akan jauh hati dan terpinggir...hanya sebab, kita lebihkan anak...iyerlah..dah anak nangis kan..he he h...tp dlm artikel ini, ada cara-cara cmne kita nak jaga ati 2 2 org insan kesayangan kita ini..
Assalamualaikum,
Suami-Isteri yang berada di depan komputer
Yang dirahmati Allah
Orang bujang pun boleh baca.
Asas pergaulan suami isteri ialah:
"... Dan bergaullah dengan mereka (isteri) secara yang paling baik (ma'ruf). Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu (terhadap perangai isteri), padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak". An Nisa':19
Suami bertanggungjawab memimpin isteri. Kita kena banyak bersabar atas karenah isteri kerana semuanya itu adalah pahala dan kebaikan yang banyak dari Allah jika kita mampu mengurusnya.
"Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bercampur dengan isteri kamu, mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu...." Al Baqarah: 187.
Berdasarkan keizinan dari Allah ini kepada suami untuk mencampuri isterinya di malam bulan puasa, menunjukkan satu penghormatan kepada wanita yang bernama isteri yang mampu menyelamatkan nafsu suami. Allah Maha Mengetahui atas kelemahan suami terhadap kehendak hubungan kelamin ini. Dengan ini kenyataan "isteri dijadikan tempat memuaskan nafsu suami" perlulah kita lihat dari sudut yang positif. Ia adalah satu ibadah sebagai suruhan Allah kepada isteri untuk menyelamatkan kehendak nafsu suami ini.
Mari kita renung kembali ayat di atas tadi, sedangkan berpuasa selama 12 jam disiang hari pun telah menyebabkan suami (tak semua le kot) tidak dapat menahan nafsunya, apa lagi yang terpaksa menunggu lepas bersalin dalam pantang 40 hari. Ditambah pula halangan-halangan dari anak kecil yang diletakkan di tengah-tengah tidur sekatil berbulan-bulan lamanya. Bila rengekan anak kecil tu, cepat dapat habuannya, tetapi jika rengekan ayah yang besar tu, gigit jarilah tuannya.
Apa yang boleh kita buat:
Bak kata pakar-pakar motivasi keluarga bahagia, komunikasi kedua pasangan suami isteri amatlah penting sekali demi kebahagian mereka. Bersyura dalam membuat keputusan amatlah dituntut.
"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, dan seorang ayah kerana anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (berhenti menyusu badan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan bersyura, maka tidak ada dosa atas keduanya..." Al Baqarah:233
Jika punca isteri tidak dapat melayani suami kerana kehadiran anak kecil ini, sama ada satu "and beyond", pada pandangan saya di sana ada jalan penyelesaiannya. Konsep ayat di atas tadi ialah "janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, dan seorang ayah kerana anaknya".. menunjukkan kita boleh berbuat sesuatu kepada anak itu demi keselesaan dan kehendak kita suami isteri.
Cuba kita lihat kebanyakkan isteri-isteri sama ada full time housewife atau part time house wife, yang nampak sengsara mendukung anak kecil di sebelah kiri dan di sebelah kanan pula anak yang berumur 3 tahun bergayut memaut jubah umminya ke hulu ke hilir ke mana saja umminya pergi. Dan bukan ayahnya tak mahu tolong tetapi memang anak-anak tu terlampau manja (bergantung) kepada umminya. Nampak sekali imbas menggambarkan isteri tadi seorang yang "caring" tetapi dua kali imbas memaparkan kesilapan sendiri terlampau memanjakan anak pula.
Jika kita boleh didik anak-anak ini agar lebih berdikari pada usia yang lebih singkat, pastinya isteri kita tadi lebih cepat bebas dan boleh berfungsi sebagai seorang isteri yang produktif kepada suaminya dengan kadar yang lebih segera. Bila umur anak tu meningkat 8 bulan, sudah boleh tidur di bilik yang berasingan. Maka dengan ini, ibu dan ayah mereka ini akan lebih cepat kembali menjadi pasangan yang sedang berbulan madu dan lebih mobile dalam kerja-kerja dakwahnya.
BAGAIMANA CARANYA?
Nasihat untuk isteri:
Bila anak kecil itu berumur 8 bulan, pada jam 9.00 malam atau lebih sedikit, berikan anak itu menyusu badan hingga dia kenyang. (Laparkan dia pada waktu senja tu). Kemudian tidurkan anak itu di bilik lain yang berpisah dari bilik tidur anda tetapi biarlah boleh anda dengari tangisannya. Apabila dia menangis kali pertama, tunggu 5 minit barulah anda menghampirinya dengan hanya menepuk badannya sahaja. (jangan angkat atau dukungnya).
Bila senyap, tinggalkan. Bila dengar dia menangis kali kedua, tunggu 10 minit pula, baru anda menjeguknya. Kali ini jangan tepuk, hanya tunjukkan muka yang anda sedang melihatnya. Bila dia senyap, maka tinggalkan. Bila dia menangis kali ketiga, tunggu 15 minit, baru menjenguknya. Biasanya selepas ini dia akan terus lena hingga ke pagi.
Teruskan taktik ini untuk malam yang berikutnya. Biasanya selepas malam ketiga, anak ini telah faham akan peraturan yang telah kita jalankan kepadanya. Dengan mudah dia sendiri akan masuk ke bilik tidurnya (bila dah boleh berjalan) apabila masuk waktu 9.00 malam. Anak itu lebih berdikari. Umminya akan lebih berseri. Ayahnya pasti tak cari lagi.
my small shop :-http://www.damiapitshop.com/
Monday, March 7
YEAH YEAH YEAH....
akhirnyer, percubaan pertama join contest membuahkan hasil..
tima kasih tuan penganjur...hadiah pun buat aku rasa lg syokkkkk........milk booster kegemaran ku.......bestnyer2,,,......
promosi ckt......;puan penganjur ni pun ada jual vitamin shaklee tau...so, saper2 berminat utk menjaga kesihatan dan kencatikan, boleh cari puan arissa ni ye.....
Wednesday, September 29
BESDAY AYAHKU
Mia yg semakin membesar......
Ayahku, mamaku dan zafranku....suka arr kene dokong..
my jurnal breastfeeding: http://tiadapenghujung.blogspot.com/
my small shop online : http://www.damiapitshop.com/
Saturday, August 28
HARINYA AKAN TIBA
Monday, July 5
MEMPERSEMBAHKAN..JENG.....JENG.......
Saturday, July 3
AKU YANG RESAH
Friday, July 2
DOAKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN SAYA DAN BABY
Wednesday, June 23
LAKI ANDA BERUBAH TAK TIME ANDA PEKNEN?
Tuesday, June 22
36 MINGGU A..K.A 9 BULAN
Saturday, June 19
5 BATASAN ISTERI BERSAHABAT DENGAN LELAKI
Friday, June 11
PENUTUPAN AKAUN FACEBOOK
Thursday, June 10
LIST SEBELUM BERSALIN
Sunday, June 6
HOSPITAL SULTAN ISMAIL, JOHOR
Friday, May 7
PANTANG LARANG
Pantang larang Melayu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budayawarisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.
| Pantang larang | Sebab pantang larang wujud |
|---|---|
| Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. | Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan. |
| Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. | Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain. |
| Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak | Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak. |
| Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling. | Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta. |
| Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap. | Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan |
| Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan | Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan |
| Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul | Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung |
| Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang | Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah. |
| Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta | (a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak (b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan |
| Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangis | ini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran |
| Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua. | untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi. |
[sunting]Pantang larang sebelum perkahwinan
Terdapat 44 pantang larang kepada bakal pengantin. Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat Melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi apa-apa jika pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
| Pantang larang | Sebab pantang larang wujud |
|---|---|
| Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul. | Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. |
| Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu. | Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga. |
| Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. | Untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama. |
| Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. | |
| Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering. | |
| Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir. | |
| Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. | Terdapat hadis dalam perkara ini. |
| Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis. | Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan. |
| Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama. | |
| Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi. | |
| Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) | |
| Elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir(kaum lelaki). | |
| Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid. | |
| Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. | |
| Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. | |
| Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin. | |
| Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai. | |
| Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri. | |
| Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari. | |
| Elakkan minum minuman keras dan merokok. | |
| Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. | |
| Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin. | |
| Amalkan makan jamu supaya pada malam pengantin tidak mengecewakan. | |
| Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. | |
| Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. | |
| Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). | |
| Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak terdapat unsur jahat. | |
| Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul. | |
| Jika telah nikah gantung maka tidak boleh bersama. | |
| Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan. | |
| Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalamnya bagi mengelak dari dikhianati orang. | |
| Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi. | |
| Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. | |
| Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa agar muka nampak segar. | |
| Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. | |
| Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. | |
| Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. | |
| Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri. | |
| Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. | |
| Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding. | |
| Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. | |
| Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit. | |
| Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar. |
Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.






