Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Thursday, April 9

CARA UNTUK TINGKATKAN IMUN DALAM BADAN

Musim virus Covid 19 ni pasti merisaukan semua orang. Ia adalah suatu wabak yang tidak disangka menguasai satu dunia tanpa memilih darjat, rupa, ekonomi mahupun agama. Semua terkena penangan virus merbahaya ni. 

Buat masa ni, semua pihak yang berkaitan bersetuju mereka yang mempunyai imun yang tinggi, kurang risiko untuk dijangkiti virus jahat ini. Jadi, artikel kali ni, Kak Nurie nak berkongsi cara untuk tingkatkan imun dalam badan kita supaya dengan izin Allah, kita terhindar dari mana mana virus jahat yang akan melemahkan kita dan orang sekeliling kita.

Ramai orang setuju hanya dengan pakai mask bila keluar rumah, pakai hand sanitizer akan terhindar dari virus. Bukan, itu adalah untuk mengurangkan risiko virus dari terkena pada kita. Sebab virus ni tahan lama di sesuatu tempat. Bergantung pada tempat ia berada. Tapi, dengan imun badan yang tinggi dan sihat, sel sel dalam badan akan membantu untuk membunuh virus tu dari menyebabkan badan jadi lemah. 

memula Kak Nurie nak berkongsi cara tingkatkan imun melalui pemakanan. 

Bicara Mentari: IKLAN PUNCA MAKANAN SEGERA DIGEMARI

1- kita perlu kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan msg, pewarna, bahan tambahan, perisa tambahan contohnya maggie, makanan dalam tin serta makanan ringan. Ia sememangnya tiada nutrisi dan nutriean dan bila ia masuk dalam badan, ia seolah olah menjadi hampas yang tidak diperlukan oleh badan.

Makanan Segera – “pembunuh senyap” | malaysiaboy

2 - Pemilihan makanan harian juga sangat penting. Elakkan atau kurangkan makanan berlemak dan berminyak. Lagi lagi untuk mereka yang sememangnya ada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya. Pengambilan makanan yang berlebihan akan menyebabkan imun badan menjadi semakin lemah.


Tips Untuk Kekal Sihat Bagi Orang Yang Sibuk Bekerja – TECH HARVEST

3 - cara hidup seharian yang sihat juga merupakan salah satu cara untuk tingkatkan imun dalam badan kita. Perlu sentiasa bersenam, supaya jantung akan sentiasa bekerja dan mengelakkan saluran jantung akan menjadi lemah.

10 jenis buah-buahan untuk kulit menawan | Free Malaysia Today

4 - Makan banyak buah dan sayur sayuran. lagi lagi yang mengandungi Vitamin C yang tinggi. Vitamin C diperakui salah satu vitamin yang akan meningkatkan imun dalam badan kita.

Cara paling mudah ialah memilih makanan berkhasiat bagi menguatkan imun badan kita supaya badan kita sentiasa bersedia menangkis sebarang serangan virus biasa seperti selesema. Antara makanan yang disyorkan dalam menu seharian perlulah terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna-warni dan amalan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Dengan cara ini, sistem imun badan kita akan menjadi lebih kuat.

Selain itu, Kak Nurie nak berkongsi cara lain untuk tingkatkan imun dalam badan iaitu dengan pengambilan suplemen.



Omega3 Shaklee


Kandungan EPA dan HPA dalam asid lemak omega3 penting bagi membantu tingkatkan sistem kesihatan imun dalam badan dengan penghasilan B-sel yg sihat.
Apa tu B-sel????
B-sel merupakan sejenis sel imun yg dihasilkan sebagai antibodi supaya badan kita kuat (protection) dari serangan penyakit merbahaya.
Asid lemak omega3 mempunyai sifat anti radang bagi membantu mereka yg kerap kena asma , selesema dan demam.
Bagi yg alergi kulit, omega3 bertindak menyokong sel membran yg sihat dan elakkan berlakunya inflamasi spt jangkitan kulit, ekzema dan penyakit kulit lain.
Asid lemak omega 3 juga membantu kulit dari proses kekeringan dgn cepat dan sekaligus berlakunya kekedutan pada kulit ... so bagi yg nak nmpak kulit cantik boleh ambil omega3 ni yer...
Berupaya tingkatkan sistem imun badan dan sihatkan paru2 dgan anti radang utk anak yg kerap kena asma, selesema dan demam.
Fungsi epa & dha dalam omega3 bagi penghasilan B-sel dlm badan utk tingkatkan memori dan perkembangan otak yg cerdas.
Mengawal emosi dlm perkembangan anak2 yg hiperaktif, autism dan yg alami tekanan.
Untuk meningkatkan sistem imun (pertahanan badan).
Meningkatkan selera makan.
Memastikan mendapat nutrien dan khasiat untuk perkembangan tubuh.
Bantu mempercepatkan proses pembekuan darah apabila cedera kerana vitalea mengandungi vitamin K.
Mengurangkan serangan selsema, demam dan batuk.
Memastikan anak anda sentiasa cergas dan aktif.
Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata.
Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.



Sebenarnya nutriferon ni sangat penting untuk tingkatkan imun badan selain daripada kita consume vitamin C. 
Semua peringkat umur boleh ambil nutriferon

Bagaimana interferon berfungsi? 
1. Apabila badan diserang oleh bakteria / virus, Interferon dapat MENGESAN sel sel yang diserang oleh patogen. 
2. Nutriferon akan MENGAKTIFKAN dan menghasilkan Interferon.
3. Interferon menghantar signal supaya sel imun untuk bertindak.
4. Sel imun akan memusnahkan pathogen yakni lawan bakteria / virus dan seterusnya MENGUATKAN pertahanan sel.

FUNGSI NUTRIFERON
Ia berfungsi diperingkat sel dalam dua cara iaitu:
1. Mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dengan serta merta/cepat
2. Menggerakkan “pasukan cari dan musnah’ dalam sistem imuniti badan



 vitamin C tak bunuh virus terus, tapi dia aktifkan sel imun - jadinya dorang lebih cergas & kuat bekerja untuk pertahankan badan. 

Untuk mereka yang kerap sangat selesema, demam, Vitamin C melalui sifat anti oksidan nya membantu meningkatkan sistem imun. Sebab itu Vitamin C ni penting lebih-lebih lagi badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C
Manfaat VITALEA FOR CHILDREN
melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi daripada pemakanan harian
meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf
meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat
menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang
membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga
mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal
mencegah penyakit beguk (tiroid)
meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk
mengelakkan anemia atau merawat anemia
membantu memulihkan selera makan
melancarkan proses pencernaan
membantu meningkatkan kecerdasan minda
membantu seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
membantu penyerapan zat daripada makanan

MANFAAT UTAMA VITALEA IRON
✿ Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental.
✿ Membantu sistem memori dan fokus.
✿ Merupakan pelengkap nutrisi.
✿ Meningkatkan sistem produktif terutama bagi remaja yang sedang membesar.
✿ Membantu dalam stimulasi metabolisma.
✿ Membantu melambatkan proses penuaan.
✿ Menyediakan nutrisi asas, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru.
✿ Membantu proses tumbesaran.
✿ Melindungi fungsi buah pinggang, jantung, hati.

inginkan maklumat lanjut?

boleh whatsapp admin di :-

www.wasap.my/60137374958
www.wasap.my/60137374958
www.wasap.my/60137374958

atau

www.wasap.my/60137288170
www.wasap.my/60137288170
www.wasap.my/60137288170

kami merupakan pengedar Shaklee yang aktif sejak tahun 2012.

FB : Siti Noriza Binti Saleh ( 852453 - ID shaklee )
email : sitinorizasaleh@gmail.com
fanpages : JEJAK VITAMIN
instagram : damiapitshop

kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, Johor yang aktif sejak tahun 2011 lagi.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, February 28

BELL'S PALSY


Mungkin ramai di kalangan kita yang tidak pernah dengar atau tidak pernah tahu mengenai penyakit Bell's Palsy ini.Saya sendiri baru kali pertama dengar bila terdengar ahli group bercerita pasal kawannya yang ada penyakit Bell's Palsy ini. Hari ini saya nak kongsi info mengenai penyakit ini pada semua. Semoga bermanfaat ye :)





Menurut pakar Neurologi Pusat Perubatan Tropicana Kota Damansara iaitu Dr Shalini Bashar, Bell's Palsy berlaku apabila satu keadaan yang menyebabkan otot otot menjadi lemah atau lumpuh pada bahagian muka. Ia adalah satu gangguan saraf yang biasa terjadi dan lazimnya hanya menjejaskan saraf di muka (facial nerve ).
                                   

kalau orang dulu dulu cakap, kena tampar syaitan. itu pendapat orang dulu dulu. Tapi ada juga orang cakap kena minor stroke. Hah, bila saya baca, baru tahu ia bukan stroke tapi lebih kepada gangguan saraf. Menurut beliau lagi, penyebab terjadinya Bell's Palsy ini belum dapat dikenal pasti, tapi kebanyakan kes Bell's Palsy, saraf yang mengawal otot pada sebelah muka telah rpsak disebabkan inflamasi pada saraf yang terletak di bahagian bawah telinga.


TANDA TANDA BELL'S PALSY
* terasa berat pada bahagian muka yang menyebabkan ia menjadi lemah atau lumpuh. Ini membuatkan sukar bagi kita untuk menutup mata pada sebahagian muka yang terlibat. ini adalah tanda tanda yang paling utama.
* air liur meleleh
* hilang deria rasa
* sakit di dalam atau di belakang telinga.
* rasa kebas di bahagian wajah
* sensitif terhadap bunyi
* masalah mata, seperti air mata berlebihan atau kering.

KESAN BELL'S PALSY
Tahu tak, Bell's Palsy ini tidak akan beri kesan pada bahagian lain untuk menjadi lumpuh, lemah atau kebas. Ia hanya terjadi di kawasan muka saja. Kalau ada bahagian lain yang lumpuh atau simptom lain, saya nasihatkan untuk rujuk kepada doktor untuk mengetahui sebab sebenar.

Dalam majalah Keluarga Keluaran Mac 2016, artikel mengatakan 3 dalam 10 orang yang mengalami Bell's Palsy akan terus mengalami kelemahan otot pada muka mereka dan 2 daripada 10 orang akan mengalami masalah jangka panjang yang serius. kira kira 80% - 90% daripada pesakit Bell's Palsy pulih tanpa kecacatan ketara dalam masa 6 minggu hingga ke 3 bulan. Jika masih belum pulih, dari 2-4 bulan atau lebih, kemungkinan lumpuh pada muka akan tetap dan synkineses yang lebih tinggi.

Nanti saya akan kongsikan lagi berkenaan Bell's Palsy ini pada nukilan akan datang.  sebelum tu, Maisarah nak kongsi testimoni pesakit Bell's Palsy yang sudah sembuh (Alhamdulillah) selepas 3 bulan. Puan Faiza ini konsisten mengambil suplemen VIVIX untuk memperbaiki semula sistem saraf nya.




Untuk order klik sini:




 Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR
 Siti Noriza | ID: 852453 
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 
FB: Siti Noriza Binti Saleh 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Thursday, March 12

CARA MERAWAT DEMAM DENGGI

Sudah lali atau mungkin enggan mengambil tahu. Itu yang boleh dikatakan mengenai tahap kepekaan masyarakat di negara ini mengenai denggi. Buatlah artikel atau rencana mengenai denggi, pasti tidak akan diambil peduli oleh masyarakat sehinggalah apabila mereka sudah terkena demam denggi, barulah mereka akan peduli mencari cara merawat demam denggi, Bukan itu menyusahkan?



Demam denggi kian menular sekarang ni. Lebih dahsyat, virus denggi makin bermutasi sampai pakar perubatan pun pening nak kawal. Masyarakat hanya pandai menyalahkan pihak kesihatan agar sentiasa mencari cara merawat demam denggi dengan segera. Kan lebih bagus mencegah itu dari mengubati.
Mari kita sama2 bantu bendung gejala denggi ni dengan lebih banyak sharing kebaikan produk Shaklee. Selain membantu pesakit demam denggi, kebaikan produk kita ni juga boleh kurangkan risiko dijankiti virus denggi degil ni. kalau lah denggi ni orang, dah lama kena belasah agaknya.
tapi itulah kuasa Allah/Tuhan, nyamuk kecik tu pun boleh bikin huru-hara. Di samping terus berdoa banyak2 semoga kita semua takde lah yg kena demam denggi ni lg dah, teruskan usaha kuatkan immunisasi badan.
Nak tahu,
 Apa nak buat kalau dah terkena Denggi?
 Bagaimana Shaklee boleh membantu pesakit Denggi?
 Jauh lebih penting, mcm mana kita boleh cuba elak?

kita tengok video ni. Beliau adalah Pakar Nutrisi di Shaklee :) Nasihat beliau mengenai apa yang perlu dilakukan jika kita terkena demam denggi dan cara merawat demam denggi dengan sebaiknya :)


Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu... from iReach HD on Vimeo.



Untuk order klik sini:



 Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut: 

Siti Noriza | ID: 852453 
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 
Pages : JEJAK VITAMIN
pengedar Shaklee Kota Tinggi, Johor
Pengedar Shaklee Felda Semenchu, Kota Tinggi
Pengedar Shaklee Taman Pasak Indah, Kota Tinggi


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, December 17

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN OLEH PESAKIT BATU KARANG

Penyakit batu karang selalunya di kaitkan dengan lelaki. Sebab dalam kajian, lelaki lebih mudah terkena penyakit batu karang ini berbanding wanita. Saya nak share artikel dari majalah Anis berkaitan pemakanan seimbang untuk pesakit batu karang. Tetapi kali ini, saya nak share makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit batu karang.

Batu karang atau dalam istilah perubahan "nephrolothiasis/renal calculi" adalah merujuk keadaan yang mana wujud sisa mineral halus seakan batu kristal di sepanjang saluran kencing. Saluran ini merangkumi organ seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urerta yang berfungsi menapis darah untuk membuang kekotoran yang kemudian disingkirkan daripada tubuh. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan mangnesium. Air kencing yang terlalu pekat akan menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal lalu bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.


Masalah sakit batu karang kembali terbentuk boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum air yang banyak. antara tips pemakanan seimbang untuk pesakit batu karang ialah :-

* Awasi kalsium yang berlebihan
- pengambilan kalsium yang tinggi juga bolh menyebabkan pembentukan batu karang. Pastikan anda membaca kandungan nutrisi untuk setiap hidangan terutamanya produk tenusu untuk mengetahui berapa banyak kalsium yang diambil.  JIka anda mengambil suplemen kalsium, pastikan anda tahu kandungan kalsium yang terdapat pada sebiji kapsul. Kalsium yang diperlukan untuk pesakit batu karang adalah dalam lingkungan 700-800mg sehari.

* Hadkan pengambilan protein anda
- pengambilan protein yang berlebihan akan membebankan buah pinggang yang bertanggungjawab untuk memprosesnya. Walau bagaimanapun, badan anda masih memerlukan protein untuk tumbesaran dan membantu sel di dalam tubuh berfungsi dengan baik. Secara ringkasnya, pengambilan protein yang disarankan adalah sebanyak 1g/1kg.

* Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam (sodium)
- pengambilan sodium yang tinggi juga boleh mengakibatkan pembentukan batu karang. Elakkan pengambilan makanan terproses dan makanan dalam tin

* Elakkan pengambilan makanan tinggi oksalat
- Oksalat ataupun asid oksalik adalah sebatian kimia yang bergabung bersama kalsium untuk membentuk batu karang. Antara makanan yang tinggi kandungan oksalat adalah coklat, bayam, teh, yogurt, telur, kacang, ikan, pelbagai jenis buah beri ( strawberi, beri hitam, beri biru,), serbuk kopi segera, hasil produk soya (tofu) dan minuman beralkohol.

* Awasi makanan tinggi purin
- Purin akan ditukarkan kepada asid urik dan air kencing yang berasid ini akan termendak dan hablur kristal akan terbentuk. Antara contoh makanan tinggi purin adalah organ dalaman, makanan laut bercengkerang dan daging merah.

Thursday, September 25

UBAT BERTUKAR RACUN---HATI-HATILAH


Dewasa  ini penggunaan ubat-ubatan tradisional dan komplementari (TCM) semakin mendapat kepercayaan berikutan kerancakan aktiviti penyelidikan dan kecanggihan teknologi yang digunakan pengeluar.

Ubat itu termasuk ubat tradisional Melayu dan Cina, selain rawatan ayurveda, homeopati dan akupuntur.

Bagaimanapun, bukan semua produk yang dikatakan ubat itu boleh menyembuhkan penyakit. Malah, banyak kes berkaitan ubat tradisional dan alternatif sebelum ini didapati mendatangkan mudarat.

Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 11,885 produk TCM telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) setakat ini.

Namun, pada tahun lepas, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) menerima 127 laporan kesan mudarat akibat penggunaan produk tradisional termasuk yang didaftarkan dengan PBKD.

Ujian

BPFK mengesan pelbagai produk tradisional yang dicemari dengan bahan terkawal atau racun berjadual seperti steroid, sibutramine (ubat langsing) dan sildenafil (ubat kuat lelaki).

Bahan-bahan terkawal itu berfungsi untuk menahan kesakitan selain bertindak melangsingkan badan seseorang. Ia juga didakwa mampu menambah kekuatan tenaga batin lelaki dan wanita.

Mengulas isu ini, Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Razak Lajis memberitahu, kebanyakan ubat tradisional dan alternatif tidak melalui fasa ujian klinikal bagi mengenal pasti produk tersebut selamat digunakan.

“Produk yang telah didaftarkan ini hanya melalui ujian keselamatan penting di BPFK seperti saringan steroid, logam berat dan bahan terlarang berdasarkan dakwaan khasiat oleh pengeluar atau pengedar.

“Dakwaan yang dinyatakan oleh pengeluar mungkin terhad kepada kajian ke atas haiwan, testimoni pengguna dan rujukan secara turun-temurun,” katanya.

Namun begitu, Razak menjelaskan tidak semua produk tradisional memberi kesan sampingan kepada pengguna.

“Sama seperti ubat-ubatan moden, ada yang memberi kesan sampingan dan ada yang tidak.

“Apa yang penting pengguna yang mengambil ubat ini perlu merujuk pakar perubatan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau juga mengingatkan penghidap penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis bahawa rawatan moden dan tradisional hanya berfungsi untuk mengawal penyakit tersebut dan bukan memulihkannya.

Pakar

Katanya lagi, pesakit tidak harus berhenti daripada mengambil ubat-ubatan moden walaupun mereka sedang mencuba rawatan alternatif.

“Ini kerana ubat-ubatan tersebut dapat membantu mengelakkan penyakit tersebut daripada melarat.

“Ubat moden mesti diambil walaupun ubat tradisional terbabit mula menunjukkan kesan positif,” katanya.

Ujarnya lagi, ini bagi menggelakkan sebarang interaksi bahaya antara ubat-ubatan.

“Ubat tradisional berfungsi pada bahagian tertentu dalam badan sama seperti ubatan moden.

“Jika saling berinteraksi, ia mungkin mendatangkan bahaya pada individu itu selain mendedahkan pengguna kepada penyakit seperti kerosakan buah pinggang,” katanya.

Razak menambah, status kesihatan dan penyakit sedia ada adalah faktor yang mempengaruhi keberkesanan ubat tradisional.

“Sentiasa rujuk pada label dan kandungan ubat tersebut. Jika ragu-ragu, beli ubat tersebut di farmasi berdaftar,” katanya.

Seorang pakar farmasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Aida Azlina Ali, berkata bukan semua orang perlu mengambil ubat-ubatan tradisional.

“Jika seseorang telah mengamalkan diet yang sempurna dan berkhasiat, tubuh mereka tidak memerlukan ubat tersebut.

“Ini kerana pengambilan ubat tradisional tanpa mengikut keperluan boleh bertukar menjadi toksik yang membahayakan tubuh,” katanya.

Beliau turut menasihatkan mereka yang ingin mengambil produk TCM supaya bertanya kepada pakar perubatan sebelum menggunakannya.

“Mungkin ubat itu berkesan untuk jangka masa pendek sahaja. Teliti dahulu kandungannya serta rujuklah pakar.

“Selain itu, jangan sekali-kali meninggalkan ubat moden kerana kebanyakan ubat sebegini telah menjalani pelbagai ujian klinikal sebelum diluluskan,” katanya.


Dipetik dari: http://www.kosmo.com.my/

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)

Wednesday, September 24

7 TRIK KURANGKAN MAKANAN MANIS

Selalunya kita akan tertarik dengan makanan manis atau dessert yang dihidangkan pada kita. Apatah lagi kalau kita pergi ke kedai kek. wah..rambang mata sungguh lah tengok kek kek atau dessert yang cantik cantik. Rasa macam nak makan semua yang terhidang atau dijual.

saya nak share tips trik trik kurangkan makanan manis. Lagi lagi mereka yang sedang berdiet atau ingin menjaga kesihatan.



1) cuba sedikit saja.  Kalau teringin, kudap saja sepotong cookies atau candy bar.
2) gabungkan makanan misalnya mencelup strawberi atau pisang ke dalam coklat cair.
3) Jangan terpedaya dengan produk produk berlabel "low fat" kerana kandungan gulanya masih tinggi.
4) makanlah buah buahan segar.  Produk buah buahan kering kandungan gulanya mencapai 70%.
5) kunyah gula gula getah.  Kajian menunjukkan ia mengurangkan keinginan untuk makan.
6) Makan secara teratur.
7) Jangan biarkan perut kosong terlalu lama membuat anda memilih makanan manis dan berlemak untuk mengisi perut.





 Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut: 
Siti Noriza | ID: 852453 
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 
Email: sitinorizasaleh@gmail.com
 FB: Siti Noriza Binti Saleh 


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, September 22

CARA SEMULAJADI KUATKAN JANTUNG



Penyakit jantung koroner merupakan salah satu penyebab kematian.  Penyakit jantung koroner ini disebabkan oleh tujuh faktor risiko utama.  Faktor tersebut meliputi peningkatan kadar kolesterol darah, trigliserida dan lemak lain, peningkatan darah, peningkatan kadar asid dalam darah serta gangguan metabolik, khususnya diabetis, obesiti, merokok dan kurang aktiviti fizikal.

Selain menggunakan pengubatan moden, anda boleh membantu mengatasi penyakit ini dengan beberapa sumber makanan semula jadi.  Berikut adalah beberapa sumber yang boleh anda makan :-


ALFALFA :-
Jus herba ini telag terbukti sangat membantu pada sebhahagian besar kes yang berkaitan dengan penyakit arteri dan jantung.  Untuk tujuan ini, biasanya anda hanya perlu menggunakan daun tanaman ini.  Tetapi, jus alfalfa sendiri terlalu keras jika dimakan sendiri.  Oleh itu, lebih baik mencampurkannya dengan jus lobak merah dalam jumlah yang sama, iaitu sekitar 125ml.. Dengan kombinasi seperti ini, manfaat kedua-dua jenis ini dapat ditingkatkan.



ASPARAGUS :-
Sayuran ini merupakan makanan yang baik untuk menguatkan jantung.  Untuk membantu mengatasi lemah jantung dan pembesaran jantung, cubalah mencampurkan ekstrak jus asparagus segar dengan madu.  Ubat ini sebaiknya diambil tiga kali sehari.  Pesakit jantung juga boleh mendapatkan manfaat dengan cara merebus sayur ini.




BAWANG MERAH :-
Bawang merah dikatakan amat bermanfaat dalam mengatasi penyakit jantung.  Sayuran yang satu ini bekerja mengawal kolesterol darah dengan mengoksidasi kelebihan kolesterol.  Satu sudu kecil jus bawang mentah di pagi hari dikatakan amat bermanfaat dalam kes-kes sebegini.



ANGGUR :-
Secara umumnya buah-buahan segar bermanfaat dalam membantu mengatasi penyakit jantung.  Buah-buahan ini bekerja dengan cara menguatkan jantung.  Anngur, khususnya efektif dalam meredakan rasa sakit pada jantung dan degupan jantung.

Penyakit tersebut dikatakan boleh dikawal dengan cepat jika pesakit mengamalkan diet ekslusif dengan anggur selama beberapa hari.  Jus anggur khususnya amat bermanfaat ketika seseorang menghidap serangan jantung.




EPAL :-
Buah ini mengandungi komponen yang berfungsi menstimulasi jantung.  Epal dan olahan dari sumbernya amat bermanfaat bagi pesakit lemah jantung.



MADU :-
Madu mengandungi pelbagai komponen yang berfungsi mencegah semua jenis penyakit jantung.  Madu bekerja menguatkan jantung dan melancarkan perjalanan darah,  selain itu, madu juga efektif dalam meredakan rasa sakit pada jantung dan degupan jantung.  Makan satu sudu besar madu setiap hari cukup untuk mencegah sema jenis gangguan jantung.


sumber : MAJALAH MINGGUAN WANITA SEPTEMBER 2012

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015