Saturday, March 11

DUIT RAYA AWAL DARI SHAKLEE

Allahu Akhbar! Sekejap sangat masa berjalan kan. Bulan ni pula adalah bulan yang paling banyak keluar duit. Bertembung persiapan budak naik sekolah dan juga persiapan menyambut bulan Puasa. 

Ada yang rasa terbeban sangat disebabkan 2 perkara ini dan sebulan akan datang pula persiapan menyambut Syawal pula. Paling terkesan adalah mereka yang gajinya pada awal bulan. Ini kerana hari raya dijangka berlaku pada hujung bulan. 

Saya pun sama, cuma Alhamdulillah, bila ada bisnes Shaklee ni, buat rasa lebih tenang dalam menangani kes kes macam ni. Kebetulan pula, income bulan ni, saya akan dapat 15 April nanti. Raya pula dalam 23 April. Seronoklah ada duit lebih. 
Seronok nak belikan mak dan mertua sesuatu untuk mereka. Anak anak saudara pun dapat bahagian mereka. Terima Kasih Allah temukan saya dengan bisnes Shaklee ini. 

Bisnes yang hampir 12 tahun saya menceburinya. Insya Allah ia juga akan jadi bisnes yang diturunkan pada anak anak saya. Aaminnn. 

Tahniah juga pada semua ahli ahli Shaklee yang sama sama akan dapat duit raya awal dari Shaklee terutamanya team blogger saya MAI team Blogger


Friday, March 10

BERPUASA DENGAN SET RAMADHAN SHAKLEE

Alhamdulillah, hanya tinggal 14 hari je lagi kita akan masuk ke bulan Ramadhan 1444H. sekejap je rasa masa berlalu. Bagi yang nak ganti puasa, anda masih ada masa lagi tau. Jangan lupa untuk ganti puasa kalau tak kita akan kena bayar fidyah. 

Jadi sempena itu, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca beragama Islam . Selamat datang Ramadhan. Bulan yang mulia. Bulan yang diberkati oleh Allah. Bulan yang dinanti oleh seluruh umat Islam yang menantikan bulan mengumpul pahala berganda banyak dari malam bulan bulan lain.

Seperti tahun tahun sebelum ni, saya memang upkan pengambilan vitamin tak seperti hari hari biasa. Ini antara vitamin atau set Ramadhan Shaklee yang saya ambil. 

Boleh baca keterangan di setiap poster untuk memudahkan kita faham kenapa perlu ambil setiap produk tersebut. Jom kita tengok.

Set utama yang mesti saya sediakan untuk diri sendiri dan seisi keluarga ialah Cinch Shake, Performance Drink dan untuk anak anak, saya sediakan Mealshake.

Nak tahu kenapa saya sediakan Mealshake untuk anak anak saya? Jom baca manfaatnya 

Ini pula keterangan mengenai set set yang saya rekemenkan untuk ambil semasa bulan puasa 

Ada juga info lanjut pasal suplemen ramadhan ni di blog kawan saya. Klik je KAT SINI boleh dapat info yang lebih dalam mengenai suplemen Ramadhan Shaklee




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, February 26

BLOG MEGA SHAKLEE

Subhanallah, masa mula mula Master Norita buka projek BLOG MEGA SHAKLEE 1.0, saya terlepas pandang. Tapi bila tahu ada dibuka kemasukan tambahan untuk peserta baru, saya cepat cepat daftarkan diri. 

Bukan apa, rasanya dah lama blog pengedar Shaklee Kota Tinggi ni terbengkalai. Tak tahulah apa ntah yang disibukkannya. Jadi, bila ada peluang untuk buat sama sama dengan kawan kawan lain, saya pun tak fikir panjang. 

Kita kena join dulu, baru kita tahu kita boleh buat atau tidak. Menulis memang antara benda yang saya suka buat. Tapi itulah, ia juga dah jadi benda yang dah lama saya tak buat. 

Alhamdulillah, bila saya join projek Blog Mega Shaklee ni, saya mula seronok nak menulis balik. 

Baca blog blog kawan yang sama sama join ni pun, buat saya lebih banyak idea untuk penulisan seterusnya. 

Malah rupany saya ni kalau tak join projek atau tugasan tugasan ni, saya pun tak tahu apa kemampuan saya dan lebih rasa "terdesak" nak siapkan tugasan ni. 

Tapi dari rasa "terdesak" itu, bertukar kepada rasa "seronok" untuk teruskan buat tanpa perlu rasa " aku kena buat sebab ia tugasan". Kini, aku perlu buat sebab ia adalah untuk diri aku sendiri.


Terima kasih pada semua admin admin, Master Master Euphoria yang terlibat, berkongsi idea dan pendapat untuk memastikan kami semua peserta pogram ini dapat melaksanakan semua tugasan dengan baik. Alhamdulillah 

Saturday, February 25

KENAPA SAYA SUKA KOMUNITI SHAKLEE?

Orang tanya, kenapa saya bertahan dalam Shaklee? Tak nak cuba ke bisnes lain yang lebih mudah dapat duit?
Tak nak bisnes ke benda yang viral dan senang terjual? Tak nak join team lain ke yang marketingnya lebih hebat, lebih selalu masuk iklan tv atau radio?

Bukan tak tergoda, siapa tak tergoda dengan cerita cerita yang menarik minat untuk buat bisnes diaorang kan? Tapi, banyak sebab kenapa saya tak beralih ke bidang lain.

Saya suka dengan Komuniti bisnes Shaklee ni sebab  saling support each other. Saling mendoakan kejayaan. Saling berkongsi ilmu. Saling mengingatkan tentang agama. Sentiasa positif . Kurang bercakap tentang keburukan orang lain.

Percaya tak, sewaktu awal awal saya terjebak dengan bisnes Shaklee ni, barulah saya tau pasal solat dhuha tu dibuat bukan hanya untuk mereka yang berniaga saja. Tapi untuk yang tak bekerja, yang berkerja, pun perlu buat solat sunat Dhuha tersebut. 

Lagi malang pula, saya anggap Dhuha tu buat bila perlu saja. Sedih sungguh lah. Saya tahu tapi saya tak amalkan. Dah berpuluh puluh tahun, baru Allah buka pintu hati saya berkenaan Solat Dhuha ni. Subhanallah. 

Benda yang paling seronok juga, saya belajar yang rezeki kita dapat bukan semata mata wang ringgit saja. Tapi, punyai kesihatan yang baik juga adalah rezeki. Kalau kita tak menjaga tubuh badan kita, seumpama kita tidak menjaga amanah yang Allah berikan pada kita. 

Tubuh kita adalah amanah kita. Kita jaga baik tubuh badan kitaa ,Insya Allah banyak yang Allah akan balas kepada kita. Aaminnnn.
Selain itu, upline saya dalam group Shaklee ni sangat sangat membantu saya. Walaupun upline saya jauh nun di Miri, tapi ia sangat sangat memberi sokongan pada saya, sentiasa ambil berat pada saya dan pastinya beliau tidak pernah lokek berkongsi ilmu dengan saya. 

Seronok juga jumpa dengan sideline sideline yang tidak ada rasa ko dengan kumpulan ko, aku dengan kumpulan aku. 

Mereka semua sentiasa gembira juga kita dan mereka juga tidak lokek berkongsi ilmu dengan kita tau. 

Alhamdulillah, dapat teammate yang baik baik. Syukur. ,
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015