Tuesday, May 22

CARA KIRA KADAR DENYUTAN JANTUNG

Anda tahu bagaimana cara mengira kadar denyutan jantung sendiri? saya rasa ia satu ilmu yang kita sendiri dan keluarga perlu tahu supaya kita lebih "alert" dengan kesihatan jantung sendiri. Jadi saya nak berkongsi pada semua bagaimana cara mengira kadar denyutan jantung anda dan anda boleh sampaikan pada ahli keluarga atau kawan kawan lain.



                                                          ehsan google

seperti gambar di atas ini ,:-

SYS - atau nama ialah systolic adalah merupakan bacaan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat dari tekanan jantung. Bacaan nya seperti ini :-

120 ke bawah - ia adalah NORMAL

121 ke 139 - ia adalah tanda awal anda ada hipertensi ( tekanan                                                          darah yang tinggi)

140 ke 159 dan ke atas - tekanan darah anda terlalu tinggi.


DIA - atau namanya diastolic merupakan tekanan semasa jantung berehat diantara waktu mengepam. Bacaanya pula :-

80 ke bawah - ia adalah normal

80 ke 89 - ia adalah tanda awal anda ada tekanan

90 ke 99 ke atas - anda mempuyai tekanan darah yang terlalu tinggi.


hah, yang tanda love ( heart ) tu ialah degupan jantung anda per minit. Bagi mereka yang berusia 18 tahun ke atas, degupan jantung per minit anda antara 60-100/min. Jadi, bacaan untuk gambar di atas ialah 128/78 adalah normal dan mungkin sedikit stress atau risau sebab nak cek tekanan darah rasanya. he he he.

ini adalah gambar rajah yang boleh anda lihat dan lebih faham bagaimana bacaan tekanan jantung itu berfungsi.
ehsan google

kalau kadar denyutan jantung terlalu rendah pun akan memberikan risiko pada kesihatan anda sendiri. Jika ada ada mesin seperti di atas, anda boleh membuat pemeriksaan setiap hari dan jika ia terlalu rendah atau terlalu tinggi, sila rujuk dengan doktor berhampiran anda.

jadi, anda kini sudah mengetahui secara asas bagaimana cara mengira kadar denyutan jantung anda sendiri. Semoga ia memberi manfaat pada anda dan keluarga anda khasnya.


email : sitinorizasaleh@gmail.com
whatsapp : 013-7374 958/013 -7065 178
fanpages : JEJAK VITAMIN
instagram : damiapitshop

kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, Johor yang aktif sejak tahun 2011 lagi.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli dengan kami, anda boleh klik ikon di bawah untuk isi maklumat anda, dan kami akan hubungi anda segera!!.


sebelum itu, anda perlu baca ini :-


Saturday, April 14

CARA ATASI MASALAH RESDUNG DAN ASMA


selalu gatal gatal hidung? mudah bersin ketika waktu sejuk? atau bersin tanpa sebab? orang kata itu tanda tanda resdung. betul ke?

saya nak share antara tanda tanda resdung yang senang kita ketahui.

  • Sering mengalami hidung tersumbat
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung
  • Mengalami jerawat di muka dan badan
  • Nafas berbau
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain
*sumber : sinar.my

nak tahu bagaimana cara atasi masalah resdung ini?  dengar perkongsian ini yang mana suami Puan Rozila ada masalah resdung dan bestnya masalah asma nya juga boleh dikurangkan tanpa disedari.





dah dengar?

suami Puan ini mengambil Alfalfa, Omega Guard dan Sr Vitamin C. ini adalah untuk menguatkan sistem imun dalam badan.


jika anda ingin mendapatkan produk ini, boleh membuat belian secara terus dengan klik ikon dibawah ini. Anda boleh membuat pembelian melalui kad debit atau kad kredit.




atau, boleh membuat pembelian melalui transfer / bank in ke akaun saya dengan menghubungi saya di talian yang diberikan. Kami juga membuat penghantaran ke rumah atau lokasi yang berhampiran dengan kami.


email : sitinorizasaleh@gmail.com
whatsapp : 013-7374 958/013 -7065 178
fanpages : JEJAK VITAMIN
instagram : damiapitshop

kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, Johor yang aktif sejak tahun 2011 lagi.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli dengan kami, anda boleh klik ikon di bawah untuk isi maklumat anda, dan kami akan hubungi anda segera!!.


sebelum itu, anda perlu baca ini :-


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Tuesday, March 20

8 RAHSIA REZEKI MELIMPAH RUAH

Kali ni, kak nurie nak berkongsi rahsia rezeki melimpah ruah dalam kehidupan kita. Rezeki ini bukan semata mata duit saja, tetapi ia adalah sebarang pemberian Allah untuk memenuhi keperluan fizikal dan spritual kita setiap hari. Rezeki itu termasuklah rezeki masa yang terluang, rezeki duit, rezeki anak anak yang baik, yang soleh dan solehah serta umur yang panjang dan kesihatan yang baik.

kredit : Google


8 RAHSIA REZEKI MELIMPAH RUAH

1)Minta Rezeki Dengan Yakin
- Kita perlu spesifikkan apa yang kita perlukan atau apa yang kita nak sangat dari Allah.
- MInta dengan yakin apa yang benar benar kita perlukan itu dengan sesungguhnya tanpa ada ragu ragu.
- Kita juga yakin Allah akan makbulkan apa yang kita pada bila bila masa kita perlukannya.

2) Perbanyakkan Syukur
- Kita perlu sentiasa bersyukur walaupun apa yang kita dapat atau perolehi itu sedikit atau kurang dari apa yang kita kehendaki
- Kita perlu tahu, semakin banyak kita bersyukur, semakin banyak Allah akan bagi pada kita.
- Malahan, kita perlu sentiasa berbaik sangka dengan apa yang Allah berikan pada kita. Jangan fikir Allah tak sayang kita, sebab tu Allah tidak beri apa yang kita perlukan.

3) Berusaha Sebaik Mungkin
- Bila kita sudah berdoa dengan yakin, kita perlu berusaha bersungguh sungguh untuk capai apa yang kita kehendaki
- Kita juga tidak boleh berputus asa sekiranya doa kita masih belum diperkenankan oleh Allah.

4) Perbaiki Hubungan Sirraturrahim Sesama Insan
- Perlu ada hubungan yang baik sesama rakan, adik beradik, saudara mara, jiran dan juga sesiapa yang berhubung.
- jaga hati orang sekeliling jangan sampai mereka mendoakan kita dengan sesuatu yang tidak baik
- sentiasa berada dalam kalangan mereka yang berfikiran positif dan baik


5) Banyakkan Beristighfar
- Ia membuatkan kita sedar yang kita banyak kekurangan dan banyak buat kesalahan
- Kesalahan itu membuatkan pintu rezeki kita tertutup dan doa kita ditolak oleh Allah
- Beristighfar dengan sepenuh hati dan dengan rasa bersalah tidak akan melakukannya lagi.

6) Meninggalkan Perkara Yang Buruk dan Jahat
- ia adalah memang perlu iaitu tidak sesekali berbuat jahat
- kita kena ingat rezeki adalah dari Allah. 

7) Berbakti Kepada Ibu Bapa

8) Tawakal Kepada Allah






Sunday, February 11

IM INSPIRED, YOUR DESIRE

Masa mula mula ceburkan diri dalam biz,  kak nurie memang buat biz untuk diri sendiri. 

Maksudnya,  nak ada duit lebih sebab nak tampung belanja harian.  Nak bayar nursery dan nak cukupkan gaji sampai akhir bulan. 

Tapi,  bila ada seseorang tu cakap dengan kak nurie "aku suka tengok ko.  Buat biz,  nampak senang, buat aku pun nak buat biz juga.  Tahulah zaman sekarang,  banyak nak guna duit".

Bila ada yang cakap macam tu,  buat kak nurie nak terus beri inspirasi pada mereka yang benar benar nak ubah kehidupan mereka menjadi lebih baik. 

Tidak meminta minta pada orang lain sebab bila kita susah,  tak semua pun akan bantu kita. Jadi,  kita sendiri kena usaha untuk bantu diri kita.  

Sebab tu,  kak nurie akan tetap sharing dan sharing apa yang kak nurie dah dapat selama ini sebagai inspirasi untuk semua. 

Lebih lebih lagi untuk mereka yang bergelar suri rumah yang tidak ada pendapatan.  Jangan rendah diri kalau kita menjual produk,  jangan malu bila orang perlekehkan kita,  ssbab hanya kita yang tahu masalah kita sendiri. 


Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015