Tuesday, March 20

8 RAHSIA REZEKI MELIMPAH RUAH

Kali ni, kak nurie nak berkongsi rahsia rezeki melimpah ruah dalam kehidupan kita. Rezeki ini bukan semata mata duit saja, tetapi ia adalah sebarang pemberian Allah untuk memenuhi keperluan fizikal dan spritual kita setiap hari. Rezeki itu termasuklah rezeki masa yang terluang, rezeki duit, rezeki anak anak yang baik, yang soleh dan solehah serta umur yang panjang dan kesihatan yang baik.

kredit : Google


8 RAHSIA REZEKI MELIMPAH RUAH

1)Minta Rezeki Dengan Yakin
- Kita perlu spesifikkan apa yang kita perlukan atau apa yang kita nak sangat dari Allah.
- MInta dengan yakin apa yang benar benar kita perlukan itu dengan sesungguhnya tanpa ada ragu ragu.
- Kita juga yakin Allah akan makbulkan apa yang kita pada bila bila masa kita perlukannya.

2) Perbanyakkan Syukur
- Kita perlu sentiasa bersyukur walaupun apa yang kita dapat atau perolehi itu sedikit atau kurang dari apa yang kita kehendaki
- Kita perlu tahu, semakin banyak kita bersyukur, semakin banyak Allah akan bagi pada kita.
- Malahan, kita perlu sentiasa berbaik sangka dengan apa yang Allah berikan pada kita. Jangan fikir Allah tak sayang kita, sebab tu Allah tidak beri apa yang kita perlukan.

3) Berusaha Sebaik Mungkin
- Bila kita sudah berdoa dengan yakin, kita perlu berusaha bersungguh sungguh untuk capai apa yang kita kehendaki
- Kita juga tidak boleh berputus asa sekiranya doa kita masih belum diperkenankan oleh Allah.

4) Perbaiki Hubungan Sirraturrahim Sesama Insan
- Perlu ada hubungan yang baik sesama rakan, adik beradik, saudara mara, jiran dan juga sesiapa yang berhubung.
- jaga hati orang sekeliling jangan sampai mereka mendoakan kita dengan sesuatu yang tidak baik
- sentiasa berada dalam kalangan mereka yang berfikiran positif dan baik


5) Banyakkan Beristighfar
- Ia membuatkan kita sedar yang kita banyak kekurangan dan banyak buat kesalahan
- Kesalahan itu membuatkan pintu rezeki kita tertutup dan doa kita ditolak oleh Allah
- Beristighfar dengan sepenuh hati dan dengan rasa bersalah tidak akan melakukannya lagi.

6) Meninggalkan Perkara Yang Buruk dan Jahat
- ia adalah memang perlu iaitu tidak sesekali berbuat jahat
- kita kena ingat rezeki adalah dari Allah. 

7) Berbakti Kepada Ibu Bapa

8) Tawakal Kepada Allah






No comments:

Post a Comment

Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015