Showing posts with label TSUNAMI SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label TSUNAMI SHAKLEE. Show all posts

Tuesday, September 20

SUSAH KE BUAT SHAKLEE?

SENANG KE BUAT SHAKLEE?
=========================
susah tau wak...susah sangat sebab kena banyak membaca, sebab kena hantar barang pada customer,  kena pergi pejabat pos, kena komplen ngn customer sebab barang pos pagi petang tak sampai lagi, penat tunggu payment dari customer yang janji nak bayar tapi tak bayar bayar.

susah bila kena bangun tengah malam untuk update blog, schedule post di pages dan fb, kena hadap phone balas whatsapp customer yang tanya macam macam tapi beli 1 botol je akhirnya.
.
.
.
tapi, anda akan rasa biz ini susah bila tiada rasa cinta dengan biz ini. bila kita dah jatuh cinta, dah rasa sayang dan dah rasa hasilnya, pasti kita fokus dan masih nak buat shaklee. apatah lagi company yang 1 ni company yang kukuh. yang ada vitamin dah berusia lebih 100 tahun.. hebat tak hebat??? belum lagi kita kaji barisan sainstis, barisan CEO Shaklee bahkan owner nya sekali.
.
.
.
sekali anda kaji dan kaji Shaklee dengan mendalam, anda yakin produk yang dihasilkan bukan calang calang.
.
.
bila dah buat semua yang kita suka, kita senang nak pungut hasil dari susah payah kita. hari ni cod barang bernilai RM360 dari 2 customer. pos barang tadi bernlai hampir rm700. dok senang lenang upah runner beliakn barang dapur untuk adik di Kedah, dok support biz jiran jiran beli nasi bajet. senang ke susah sebenarnya biz Shaklee ni??

cumanya bila kita terjebak dengan jualan produk yang berasaskan kesihatan, kita kena rajin membaca dan membaca jurnal jurnal ilmiah dan kesihatan supaya pemahaman kita berkenaan produk dan kesannya pada kesihatan lebih mendalam. itu yang membezakan kita sebagai pengedar Shaklee yang berilmu dengan pengedar Shaklee yang ingin menjual semata mata. Jadi, jika anda ingin menjadi ahli, pilihlah mentor dan upline yang betul. Yang mampu beri anda tunjuk ajar, cara untuk menjadi pengedar Shaklee yang berilmu. 
Alah, tak payah susah susah, SAYA KAN ADA!!

hubungi je saya :

SITI NORIZA BINTI SALEH
WA : 013 7374 958
email : sitinorizasaleh@gmail.com
FB : siti noriza binti saleh


Friday, September 16

SHAKLEE EFFECT SAYA

shakleeEffect saya?
Xleh nak tunjuk gambar...tapi saya dapat kesan dari set penyusuan yang saya ambil 5 thun lepas. Syok arrr. Memula try alfalfa ..nama pun nak try kan. Jadi lepas amik seminggu, rasa seronok. Badan pun rasa ringan dan susu makin bertambah tambah. Lepas tu saya beli pulak b complex dan vitamin C sebab nak booster energy. Yerlah siang keje, malam pun tidur tak lena. Bangun kul 4 5 pagi untuk pam susu buat stok. Kekadang pam sambil tertidur. Hu hu hu. Lepas 2 minggu ambil 3 prpduk ni rasa tak penat sangat. Malam boleh berjaga jam 12 malam, bangun awal kul 4 5 pagi..eh..seronoklah.
.
Lepas tu beli pulak ESP...pulakkkk..syok aihhh... stok EBM sampai kena hantar kat rumah mak. Tumpang freezer..syukur Alhamdulillah...rezeki tu ada 3 orang anak susuan. He he he..
#tsunamishaklee
#hunt2shaklee



Untuk order klik sini: ORDER FORM Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut: Siti Noriza | ID: 852453 Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 Email: sitinorizasaleh@gmail.com FB: Siti Noriza Binti Saleh * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, September 15

PERCAYA BERJAYA DENGAN SHAKLEE

ko ni taksub sangat dengan Shaklee. Macamlah takde compnay lain yang hebat macam Shaklee?
Persoalan ini selalu ditanya oleh saya bila diaorang follow saya punya fb. asyiklah up pasal Shaklee. lepas tu kawan kawan facebook pun ramai budak shaklee. jadi, saya nak share dengan anda semua kepada saya suka dengan Shaklee.
Memula saya memang jatuh cinta dengan Shaklee sebab produknya. produk Shaklee semuanya berkesan. Tapi berkesan bukan dalam masa 24 jam!!! hah, pelik tak? patutnya saya kena suka produk yang nampak kesannya cepat. baru bestt!!! tapi yang menyebabkan produk shaklee ni tidak berkesan dalam tempoh yang sekejap, adalah bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk tersebut. bahan yang neutral, semulajadi dan diproses dengan cara yang lebih sesuai untuk mengelakkan kandungan nutrisi dalam sesuatu bahan mentah tu hilang atau berkurangan dengan terlampau banyak.
Selepas saya jatuh cinta dengan produknya, saya jatuh cinta pula dengan pelan pemasaran syarikat Shaklee ni. apa yang buat saya suka dengan pelan pemasaran Shaklee ialah ia menguntungkan bagi kedua dua belah pihak iaitu antara pengedar bebas Shaklee dan syarikat Shaklee itu sendiri. hah, nak bagitahu ni, pelan pembayaran bonus Shaklee kepada pengedar bebasnya juga telah dipaternkan jadi tiada mana mana syarikat atau MLM lain yang boleh meniru skim pembayaran bonus Shaklee ini. syok arrr. Jika dikira, hampir 40% bayaran balik akan diterima oleh pengedar Shaklee berbanding hanya 20% yang diterima oleh ahli MLM syarikat lain. besar tu tau.
selain itu, tiada had maksimum untuk pembayaran bonus kepada ahlinya. kalau dalam sebulan tu bonus yang diterima ialah RM600, 000 sebulan maka Shaklee akan tetap membayarnya setiap bulan tanpa GAGAL!!! jadi, peluang untuk mendapatkan pendapatan tanpa batas adalah di Shaklee!!
kenapa saya suka dengan Shaklee?? ada lagi sebab!!.
sebab yang ketiga ialah Shaklee ada landmark study yang mana ia dilakukan oleh pihak ketiga ( yang bebas ) tanpa terikat dengan Shaklee. kajian dilakukan selama 20 tahun yang mana pemerhatian itu dipecahkan kepada 3 golongan. Golongan orang yang makan suplemen lain selain Shaklee, golongan orang yang makan Shaklee dan golongan orang orang yang tidak mengambil apa apa suplemen.Roger Barnett ( pemilik Shaklee Corporation), sanggup melaburkan duit yang banyak semasa kajian ini dilakukan. dan dia bersedia menerima apa jua keputusan yang dapat dari pemerhatian tersebut. sebab dia ingin tahu sejauh mana keberkesanan setiap produknya bukan hanya untuk jangka masa pendek tapi juga untuk jangka masa yang panjang. ---------->>>> nanti saya buat entry khas berkaitan ini.
Sebab keempat kenapa saya suka dengan Shaklee ialah hubungan yang terjalin antara ahli dalam Shaklee. Upline, downline, sideline saling bantu membantu. Saling memberi tips tips hebat dan juga berkongsi idea bagaimana untuk memastikan produk Shaklee diterima oleh semua penduduk Malaysia. ini saya sangat kagum!!! macam tiada perasaan "eh. ko nak tahu pasal rahsia aku pesal?,., atau alah.kang aku bagitau tips aku, banyak pulak sales dia". Sungguh!! tak nampak benda tu ada dalam group kami. malahan kalau berjumpa, macam adik beradik. sungguh sungguh bersalam, sungguh sungguh nak berselfie. kih kih kih.
jadi, apa pula sebab ada tidak suka dengan Shaklee??
SAYA PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI,JOHOR
SAYA PENGEDAR SHAKLEE FELDA SEMENCHU, KOTA TINGGI, JOHOR.
hubungi saya jika anda berminat mendapatkan produk shaklee atau jika anda juga ingin join group kami yang hebat ini!!
SITI NORIZA SALEH
013 7374 958
#HUNT2SHAKLEE
#tsunamishaklee


Untuk order klik sini: ORDER FORM Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut: Siti Noriza | ID: 852453 Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 Email: sitinorizasaleh@gmail.com FB: Siti Noriza Binti Saleh * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, September 14

TIPS WAHM

masa 10 tahun saya bekerja, saya andaikan bestnyerrrr duduk rumah,,, .. enjoy baca buku, tengok tv, golek golek dengan anak anak.. keh keh keh..
tapi tapi tapi...... ia adalah angan angan semata mata.. sebab 2 bulan pertama saya berhenti kerja, saya nangis,..hampir setiap hari!!! ha ha ha...sebab apa??? sebab tak reti nak uruskan anak anak, kemas umah ( yg anak kecik kecik masa tu, umur 6 tahun dan 3 tahun yg mama kemas depan , mereka berdua kemas belakang..hu hu hu), belum termasuk nak g pejabat pos, nak pergi cod barang, mak abah soh balik ( sbb umah dekatkn), suami lagi balik bebel sbb rumah bersepah... adoyaiii,,,.. masuk bulan ke 3, mamarin tanya, sebenarnya apa yang berlaku kat ko sampai sales ko teruk sangat 2 bulan ni? kata bila dah berhenti kerja ko nak fokus?? tapi makin terukkk je??? lepas bincang dari hati ke hati, baru saya nampak apa yang sebenarnya cara dan apa yang saya perlu buat sebenarnya,.ini tips saya serba sedikit yang saya buat sebagai WAHM.
.
.
1) Jangan menjadi ibu yang terlalu "prefectionist" sangat sampai nak kena pastikan lantai berkilat 24 jam, kusyen terduduk elok ditempatnya, baju yang dilipat disusun elok.nama pun ada anak kecik kan,. memang itulah yang akan berlaku.
2) siapkan dulu makanan dan minuman untuk anak anak untuk elak mereka lapar dan mula mengamuk.
3) bangun seawalnya sebelum anak anak bangun untuk siapkan kerja rumah atau update blog/buffer atau schedule post.
4) ambil masa seminggu 2/3 hari untuk lipat kain, atau menggosok semua baju sekolah anak dan baju kerja suami. gosok juga baju dan tudung tudung kita.
5) ada masa tertentu untuk 1-2 jam fokus pada biz.
\6) jangan terlalu leka dengan siaran tv yang kekadang makan masa 3 jam - hindustanlah tu.
7) kalau jenis suami yang tak suka rumah bersepah, lgi 10 min atau 5 min suami nak sampai rumah tu, baru kemas rumah...keh keh keh ( habislah pecah rahsia)..
banyak lagi tips,tapi ini yang biasa saya buat setiap hari. nak tahu lagi tips hebat untuk mereka yang bekerja di rumah, klik je #tsunamishaklee dan juga #hunt2shaklee.
semoga ia menjadi manfaat kepada anda semua!!!


KENAPA SAYA SUKA PADA DOWNLINE SAYA YANG SORANG NI

Downline saya ramai yang saya tahu kisah mereka. Tapi dalam banyak banyak tu..eh dalm ramai ramai tu ada seorang ni saya suka skodeng life dia.
.
.
.
Dia ni nak bantu mak dia yang sakit dan dia mencari duit tambahan untuk bantuan kewangan perubatan mak dia.
.
.
Dia pilih shaklee sbb katanya senang. X yah simpan stok. X yah nak keluar modal ribu ribu. Setiap bulan dia perlukan rm500 - rm1000 duit perubatan. Alhamdulillah..keperluan seharian buat dia sungguh sungguh nak buat.

#tsunamishaklee
#hunt2shaklee


Untuk order klik sini: ORDER FORM Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut: Siti Noriza | ID: 852453 Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 Email: sitinorizasaleh@gmail.com FB: Siti Noriza Binti Saleh * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, September 13

KENAPA PERLU PILIH SAYA SEBAGAI MENTOR SHAKLEE ANDA


Mencari mentor dalam biz shaklee?
Takut salah pilih mentor??
Tak tahu apa beza mentor dan upline?
.
.
.
Saya guide anda jika anda berminat untuk keluar dari comfort zone anda.
Saya guide anda dari segala segi strategi pemasaran anda.
Saya ada kelas blog sendiri, kelas instagran sendiri.
Saya guide anda untuk berjaya dan terus berjaya
Ia akan berlaku kalau anda MEMANG INGIN BERUBAH DAN BERSEDIA UNTUK MEMBUAT DIRI ANDA MENGGUNAKAN MASA 24 JAM DENGAN SEBAIK BAIKNYA!!!.
.
.
.
Group yang sangat best!!! Upline, downline dan sideline sangat membantu selagi anda ingin dibantu!!.
.
#tsunamishaklee
#hunt2shaklee

Anda yang pilih siapa upline dan mentor anda!!!.

Monday, September 12

TIPS BIZ ONLINE

Namapun biz online kan..jadi kena buat sharing/iklan kat media sosial. Saya pilih fb, fanpages, instagram dan blog. Eh blog kira media sosial tak?
.
.
.
Tapi tapii...tak perlulah ngadap hp/laptop 24 jam. Memanglah keje lain tak siap.
.
.
Jadi rancang masa sebaik baiknya. Apa nak kena buat hr ni. Nak post pasal apa. Nak post time bila.
Bagi yang bekerja dan buat part time biz, boleh guna apps mcm buffer, hootsuite contohnya untuk schedulekan post post anda. Takdelah nak curi curi masa update post masa bekerja kan.
.
.
Selain itu, pastikan semua media sosial anda berupdate selalu. Ini untuk memastikan pelanggan menaruh kepercayaan pada anda. Bila pelanggan dah percaya, lebih mudah untuk mwreka membeli dengan kita.
.
.
#tipsbizonline
#hunt2shaklee
#tsunamishaklee


Sunday, September 11

KENAPA PERLU ADA LANDMARK STUDY


Selalunya ramai orang tak kisah pun pasal kajian keberkesanan sesuatu produk tu. Tapi, bagi pihak Shaklee ia sangat penting sebab ia adalah biz untuk masa jangka panjang. Yang mana biar semua generasi akan mendapat manfaat dari produk tersebut.

Landmark study ni dibuat selama 20 tahun oleh pihak ketiga yang mana ia diurus sepenuhnya oleh Dr Gladys Block dan kumpulannya dari Universiti California yang mana, Roger Barnett selaku pemilik masa kini perlu menerima apa jua hasil kajian dari team ini samada ianya memihak kepada Shaklee atau tidak.

Kenapa Roger Barnett berani untuk menyerahkan kepada team lain untuk melakukan study landmark ini?

sebab, beliau sendiri ingin tahu keberkesanan setiap produk yang dikeluarkan oleh pihak Shaklee itu lebih baik atau tidak dari suplemen lain. sedangkan pada masa sekarang ramai orang memperkatakan pengambilan suplemen bagus untuk kesihatan. Tapi tiada kajian yang dibuat untuk menentukan suplemen manakah yang lebih baik diambil untuk memastikan taraf kesihatan terbaik di capai.
oleh itu, shaklee telah menerbitkan jurnal penyelidikan secara saintifik. ini telah menunjukkan komitmen pihak Shaklee dalam penyelidkan dan pembangunan produk untuk memastikan keberkesanan setiap produk yang meeka ada.

pssttt.. sehingga hari ini, pihak shaklee sudah menerbitkan lebih daripada 100 jurnal penyelidikan saintifik tau.

#hunt2shaklee
#tsunamishaklee


Saturday, September 10

MACAMANA SAYA BOLEH TERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE

Dulu, beli set penyusuan shaklee. Tapi nak jadi ahli sbb nak harga murah. Keh keh keh. Saya ni memang suka daftar ahli macam macam hanya sebab nak dapat harga murah. Hampir setahun gak join shaklee tapi takdelah nak menjual sangat.
.
.
.
Sebabnya macam malu nak bagitau orang yang kita ni ahli shaklee. Dan takut nanti bila orang tanya macam macam kita tak tahu nak jawab apa. Jadi diam diam jelah. Hanya cerita keberkesanan set ni dalam blog. Masa tu takde fb lagilah. Hanya cari info pasal shaklee dari blog. Google punya google terjumpalah blog sorang acik ni. Ntahlah nape terfikir nak contact dia. Siap tanya lagi boleh ke daftar bawah dia sedangkan dia kat Miri dan saya kat johor? Then dia kata boleh je. Dia bantu nanti kalau ada apa apa soalan. Tanya sikit sikit akhirnya daftarlh saya dengan dia si cantik manis Azrin Mohd....
.
.gitulah kisahnya...takde pun orang yang ajak join ahli. Sbb th saya tak berani nak ajak Suzie Radzali join ahli gak. Ha ha ha.. tapi kini saya nak ajak semua join shaklee dengan saya....syok woooo


#tsunamishaklee
#hunt2shaklee



SIHAT DENGAN EAT CLEAN

Saya ni bab bersenam ni payah sikit. Tak de geng nak buat sama sama. Alasan kan??? Tapi betull...jadi saya cari geng yang sama sama jaga kesihatan tanpa ambil suplemen tapi dengan cara berbeza. ( dlm kes ni saya amik suplemen. Ha ha ha.
.
.
.
Saya join group eat clean anjuran kak Lailasani Ismail yang semakin slim melim tu. Jeles hokayyyy... jadi ai pun nak slim dengan cara dia. Eat clean dan bersenam!! Doakan saya slim juga macam dulu dulu..dapat jejak 50 kg pun dah hokayyy..suami janji nak bawak saya pilih barang kat habib jewel kalau berjaya!!! ..doakan saya hokay!!
.
.

#tsunamishaklee
#hunt2shaklee

Saturday, September 3

Suami support

Suami saya walaupun support biz saya.. x kiralah biz apa yang saya buat sejak dari dulu pun. Ha ha ha..dia memang tak masuk campur. Tapi yerlah..saya pun tak penah appreaciate dia dalam biz saya kn. Jadi dia pun mungkin rasa dia tak dihargai. Sehingga saya terjebak dengan Shaklee. Kes saya terjebak dengan Shaklee ni pun sebab dia asyik suruh saya beli susu formula untuk zafran. Ha ha ha..nyampah tau!!! Then saya mula menjebakkan diri dengan shaklee. Bila stok EBM saya mula je berkurangan dia akan cakap " nak beli susu formula dah ke? Stok dah susut ni".  See???
.
.
Lepas saya buat keputusan nak fokus dengan shaklee, dia takdelah cakap tak boleh..macam biasa dia buat derk je. Sehingga saya dapat award pertama saya pun dia tak layan permintaan saya nak g amik award..marah gak dalam hati..tapi masa tu saya tak tahu kenapa dia tak nak support saya.
.
.
Masuk tahun kedua, saya baru perasan yang bonus shaklee ni saya makn sorang sorang. Tak share pun dengan dia. Makan sendiri bonus tu..keh keh keh. Then saya bagitau nak benti keje. Dia kata boleh asalkan saya dapat lebih dari gaji saya dan hutang besar besar macam kereta, personal loan dah habis bayar. Setahun saya struggle nak selesai semua dan saya cakap..saya nak anto notis benti keje pada november. Ha ha ha.
..
.
.
Selepas saya share bonus dengan suami, dia mula buka mata. Rajinlah ikut kalau saya ajak.. tidur hotel ke. Gi jumpa anak cucu shaklee ke. Atau jalan jalam dengan family. Sekarang pun suami dah boleh cod vitamin pada cus, ambilkan stok di branch shaklee dan berikan saya pinjam modal kalau saya stuck.. kui kui kui.
.
.
Suami ni dia bukan tak sokong..dia sokong..tapi dia tak nak tengok kita penat atau buat macam macam tapi takde hasil dan dia rasa dia tak dapat apa apa pun. Tapi bila dia dah sokong kita, kita dsh tunjuk apa yang kita dapat, dia akan bantu sepenuh hati dia tanpa berkira. Suami kita cara dia berbeza. Tak sama dengan suami orang lain. Suami saya memanglah takkan tengok komputer untuk update blog. Apatah lagi fb. Tapi dia support dan bantu saya dari segi lain. Emosi, dorongan dia buat kita lagi kuat!!.
.
.
#tsunamishaklee
#hunt2shaklee
#nantiaibelikanukeretaremotecontrol

Friday, September 2

BETUL KE ESP NON GMO

Kenapa saya yakin yang ESP shaklee nii non gmo?
Dr Forrest Shaklee sendiri tidak percaya dengan amalan membasuh soya dengan alkohol sebab ia akan buat kacang soya itu rosak. Cara untuk menghasilkan protein soya juga dititikberatkan. Tidak mwnggunakan suhu yang tinggi bagi mengelakkan nutrisi kacang soya hilang atau berkurangan.
.
.malahan, kacang soya yang ingin digunakan untuk membuat protein soya dijaga sejak dsri awal untuk mengelakkan dari disembur bahan kimia, penghantaran ke kilang untuk pemprosesan juga di jaga sehinggalah ia keluar sebagai prpduk akhir untuk diminum.
.
.
#tsunamishaklee
#hunt2shaklee

Thursday, September 1

CANTIK DENGAN SET CANTIK

Hah...hanya orang yang pernah alami kulit bermasalah macam ni je tau apa perasaan bila dah try macam macam produk tapi takde kesan. Stress tau jadinya.
.
.
.
Ni saya berkongsi testimoni pengguna set cantik dan konsisten amalkan suplemen ni. Kalau orang cakap hah!!!! 3 tahun baru dapat kulit macam tu, taklah high class sangat prpduk shaklee ni. Hellooooooooo.... ia merawat dari dalam tau. Singkirkan sel sel mati dan suburkan sel sel baru untuk kulit jadi lebih cantik dan mulus dari sebelumnnya. Selamat sangat produk ni. Xdelah ada kesan sampingan.eh.ada...selain kulit makin cantik, badan makin sihat. Berat badan makin sesuai dengan BMI badan. Silap silap body age lagi muda dari usia tauuu..
.
.
.
#tsunamishaklee
#hunt2shaklee



Untuk order klik sini: ORDER FORM Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut: Siti Noriza | ID: 852453 Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 Email: sitinorizasaleh@gmail.com FB: Siti Noriza Binti Saleh * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015