Pernah dengar jenis jenis diet atau cara kurangkan berat badan tanpa bersenam? Mana satu pilihan anda?
Masa saya dalam proses penurunan berat badan, saya bermula dengan diet tanpa makan apa apa kecuali sayur. Sup sayur, sayur tumis, salad, timun dan seangkatan dengan.
Yang ni saya menyerah kalah sebab saya tak suka makan sayur. Ha ha ha. Jadi diet ini tak sesuai dengan saya.
Selepas itu, saya cuba suku suku separuh. Ia berkesan untuk saya cuma saya biasa "tipu" kat separuh untuk sayur. Sayur tu macam kena makan ubat untuk saya.
Jadi saya cuba pula eat clean. Okey, kena masak dengan cara dan syarat syarat tertentu. Bagus untuk kesihatan jantung sebab tanpa minyak, garam berlebihan, cara masak ala ala barat gitu.
Cara ini salah boleh terima, cuma ia buat saya malas masak dan malas nak makan kat luar. 🤣🤣🤣 Sehinggalah saya jumpa group ini.
Ye, group Intermittent Fasting Malaysia. O, best ni. Puasa tapi boleh minum. Hmm, baik lah puasa Islam je. Puasa sunat, dapat gak pahala. ( Baca ala ala nada upin ipin ). Tapi tapi, bila saya baca dan study group ni , ohh . Ia boleh buat hari hari, tanpa kita sedari.
Boleh pilih masa yang kita nak mula puasa dan bila bila kita nak buka puasa. Kalau ada hari nak "cheat day" pun, ia menarik. Hmm, jom kita cuba!
Intermittent fasting ni kita boleh bermula dengan 12 jam. Sehari kita ada 24 jam kan, jadi 12 jam puasa ,12 jam kita dibenarkan makan. Makan seadanya je. Bukan makan melantak.
Ada beberapa cara Intermittent fasting ( IF ) ni iaitu :
6 jam puasa : 18 jam makan
8 jam puasa : 16 jam makan
12 jam puasa : 12 jam makan
20 jam puasa : 4 jam makan
Ikut kitalah nak puasa lama mana. Biasanya saya buat 17 jam puasa, selebihnya makan. Makan saya , lazy keto. Nanti kat entry lain, saya cerita pasal lazy keto lak.
Bolehlah set masa kita stop makan, dan kita set berapa lama kita nak puasa. Aplikasi akan bagitau bila masa untuk kita berbuka puasa. Simple je kan?
Boleh juga baca berkenaan Intermittent Fasting ini dari tulisan kawan saya Ida Iar supaya kita lebih memahami puasa ini.
No comments:
Post a Comment