Apakah ikan yang kaya dengan Omega 3 yang selama ini kita tidak tahu pun berkenaannya?
Dah lihat gambar di atas? hah, pasti ramai yang teruja kan?? ye betul!! ikan keli namanya. alamak, terbayang pulak ikan keli bakar masak pecal. keh keh keh, almaklumlah... orang jawakan?? opss, bukan pasal ni Kak Ct nak bercerita pasal resepi tapi nak berkongsi pada semua yang ikan keli juga antara ikan yang mempunyai kandungan Omega 3 yang tinggi tau.
Penyelidikan oleh Technology Park Malaysia (TPM), mendapati Ikan keli mempunyai kandungan Omega 3 yang lebih tinggi. Berbanding dengan ikan ikan lain seperti ikan salmon hanya 0.2gram, ikan keli pula mengandungi sehingga 0.51gram Omega 3. hah ikan kampung je tu.
Minyak ikan yang terdapat dalam ikan keli membantu mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan mengatasi masalah darah beku yang menjadi punca penyakit jantung.Akan tetapi sekiranya anda ada mengambil ubat cairkan darah, anda tidak digalakkan mengambil Omega 3 setiap hari. Ia mungkin akan menyebabkan berlakunya pendarahan yang tidak diingini.
sumber : google
Walaupun ikan keli ini kaya dengan Omega 3, anda tidak digalakkan mengambilnya setiap hari atau dengan kuantiti yang banyak. Ini kerana, ikan ini juga dikenali sebagai ikan paling kotor kerana ia makan apa saja yang ada malahan ia juga mampu hidup di kawasan yang kotor seperti longkang. Bayangkan anda membeli ikan dari tempat seperti itu??
No comments:
Post a Comment