Tuesday, June 18

JADI MUDA DENGAN ESP ( ENERGIZING SOY PROTEIN )

KENAPA SAYA KATAKAN JADI MUDA DENGAN ESP ( ENERGIZING SOY PROTEIN )?

Apakah ESP? Kenapa protien penting kepada untuk kesihatan tubuh badan?
 Kepentingan protein:
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama dalam hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ dan kematian.
Apa itu asid amino?:
Protein terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu. ESP Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehinggan kepada pengeluarannya.
ESP, energizing soy protein,

Manfaat Utama ESP 
Awet muda – asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar dll. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
Baik untuk hormon – kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol dan mencegah risiko osteoporosis serta sakit jantung.
Baik untuk prostat – genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
Kulit remaja – merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka, dan mengurangkan kesan parut.
Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baikuntuk kekal bertenaga, mecegah migrain, imsomnia dan tekanan.
Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.
ESP, jadi muda, kekal muda


Sekilas info ESP :
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
ESP ni bertindak sebagai energy booster dan bagi kita rasa kenyang. Selain tu, bagi bf moms, ESP ini sangat membantu dalam mempercepatkan penghasilan susu badan. Memang best!

kredit : azrin

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.





kami juga menerima pembayaran melalui :-


Jika anda ingin mendapatkan produk shaklee dan berada di sekitar Kota Tinggi, anda boleh mendapatkkanya dari saya kerana saya merupakan pengedar shaklee Kota Tinggi, Johor. Akan tetapi, anda juga boleh menghubungi pengedar shaklee seperti DI SINI untuk mendapatkan produk shaklee,  Mana tahu, salah seorang pengedar ini merupakan jiran anda!!!


Atau, sekiranya anda berminat untuk menjadi salah seorang dari group kami, anda boleh klik logo rasmi di bawah ini :-


Friday, May 10

SALAM CERIA!!!!




WAH....bersarang giler rumah lama ni...soh...soh...sohhhh.....Alhamdulillah...hari rasa terpanggil panggil nak jenguk rumah lama....Insya Allah, akan cuba kembali mewarnai dunia berblogging ini...cikgu bahasa melayu jangan marah ye :).

sajer nak share, masuk bulan ni, dah 4 bulan aku menjadi WAHM ( WORKING AT HOME MOTHER )...
menjalankan sepenuh masa perniagaan MLM SHAKLEE dan CLOTH DIAPERS...syukur...ia adalah keputusan yang terbaik dalam hidup aku.dan yang best, ianya di persetujui dan diredhai oleh suamiku....memang banyak kata-kata negatif yang aku terima bila nak buat keputusan ini,,malahan, adik beradik, sedara mara juga tidak berapa setuju..tapi, aku tekadkan hati, bulatkan semangat, demi anak-anak dan suami, inilah jalan untukku..

seakan petanda dan petunjuk dari Allah, zafran semakin hari semakin tidak selesa berada di nursery...dan aku juga, semakin hari semakin rasa x bestnyer buat kerja yang sama..yang tiada cabaran, yang sudah sebati dalam hidup...apa taknya, dah 10 tahun aku bekerja..itulah kerja pertama aku dan yang teakhir ( maybe ) yang aku akan buat...

tapi sekarang???? tengok perkembangan anak di depan mata, menjaga kesihatan anak-anak, buat aku rasa gembira...syukur sangat...dan perniagaan aku semakin berkembang..alhamdulillah...

Insya Allah, aku akn cuba buat 1 entry setiap hari...dah lama x blogwalking kt blog kwn2 lain...ntah ingt lagi ke tak..he heh...

bye..bye..bye..




kedai online SHAKLEE saya : Puan Siti Noriza Saleh Shaklee Independent Distributor [ID No : 852453] 013-7374 958 |
admin@damiapitshop.com 

Saturday, March 9

SUPLEMEN PENTING UNTUK TINGKATKAN KECERDASAN MINDA



Setiap ibu dan ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap kecerdasan minda yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajr dan seronok membaca. memang tidak dinafikan yang cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda, namun itu sahaja tidak memcukupi tanpa nutrisi yang baik juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa suplemen penting untuk tingkatkan kecerdasan minda dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak.



MULTIVITAMIN :-
- ia memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembang otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

VITAMIN C :-

- ia membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selsema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel-sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak0kanak yang sedang membesar.

OMEGA-3 ;-
- sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak "baik" yang juga dikenali sebagai asid lemak omega-3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam omega 3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega 3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

LECITHIN ;-
- lecitihin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotrasnmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalm sistem saraf. Akademi sains kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak.

PROTEIN BAIK ;-

- protein baik membantu untuk menyuburkan otak. asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmitter. Protein juga merupakan blok blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.

vitamin untuk kanak kanak


Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Siti Noriza | ID: 852453 

Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 

Email: sitinorizasaleh@gmail.com


 FB: Siti Noriza Binti Saleh 






jika anda berada di kawasan Kota tinggi, johor, anda boleh mendapatkan produk shaklee secara terus dari saya :) saya adalah pengedar shaklee kota tinggi, johor!!


Wednesday, February 13

TANDEM NURSING - CARA UNTUK MENJAYAKANNYA


Bagi mereka yang ingin menjayakn tandem nursing, ianya adalah satu cabaran yang sangat kuat dan perlu ditempuhi oleh ibu dengan penuh kesabaran dan komitmen yang tinggi...

Ibu perlu menjaga diri dengan makan makanan yang berkhasiat, kerapkan penyusuan, minum air dalam kuantiti yang betul dan daptkan rehat yang secukupnya. Selain itu, ibu harus menjauhi minuman berkafien dan melakukan senaman ringan setiap hari sekurang-kurangya sekali.  Ia membantu ibu tidur lebih lama dan mudah terjaga di waktu malam.

Ibu harus mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan secukupnya sejak dari awal agar dapat memastikan si manja menikmati khasiat susu ibu tanpa ada yang perlu bercerai susu. Ibu harus kuat, tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang dan paling penting, suami turut perlu mempunyai ilmu penyusuan agar mampu menyakan tandem nursing.  Ibu perlu banyak bersabar dengan karenah permata hati.  kepercayaan pada diri sendiri penting kerana semua ibu mampu menyusukan anak mereka walau berapa bilangnnya.

antara langkah langkah penting yang perlu ibu tahu :-

1) AMAL PEMAKANAN TINGGI KHASIAT
- Dalam usaha membekalkan susu berkualiti, ambil manakan sihat seperti daging, buah-buahan, sayur-sayuran , bijirin penuh dan produk tenusu.  Makanan diambil perlulah mengandungi protein, besi, kalsium, asid folik dan zink yang tinggi.  makanan ringan seharusnya dihadkan.  Juga jangan lupa minum lebih banyak air.

2)TETAPKAN GILIRAN ATAU SERENTAK?
- dalam beberapa hari pertama, ibu pasti mahu bayi mendapat khasiat susu terutamanya kolostrum yang diperlukan.  setelah susu matang terhasil, anda boleh menyusukan kedua-dua anak mengikut giliran mahupun secara serentak.

3) KENAL PASTI POSISI BERSESUAIAN
- ibu boleh mengaplikasikan pelbagai posisi.  Anda boleh memegang kedua-dua anak dalam posisi cradle hold atau football hold atau menggabungkannya. Antara lain anda boleh praktikkan posisi semi-reclined atau sambil berbaring.  Apa pun posisinya, anda tahu mana yang sesuai dan selesa untuk diri sendiri.

4) BERTENANG
- Susukan bayi dalam keadaan tenang agar ana dan anak-anak kekal selesa sepanjang sesi penyusuan berlansung.

5) MINTA TOLONG
- Mintalah pertolngan daripada suami, ibu, ibu mertua atau pembantu rumah untuk bermain dan mengalih perhatian anak yang tua sewaktu menyusukan bayi.


Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015