Saturday, August 28

ZAFRAN SEBULAN


BERAT = 4.3KG
PANJANG = 55 CM



HARINYA AKAN TIBA

Orang dok sibuk menghitung hari nak beraya, aku lak dok sibuk hitung hari nak nek keje...ish....lg 5 hari je ...lpas ni, aku kene serasikan diri ngn jadual baru lak...dah kene bangun lg awal or mungkin utk seminggu terakhir pose ni, x tido lpas sahur hingga gi keje..( ye ke?)..hik hik..

dah mula kene set time nak kuar umah kul bape, smpai umah bbyster kul bape dan yg penting, agak2, punch card aku jejak tak angka 8 di awal pg?..hik hik hik...

bbyster dah settle dan berbincang tntg syart2 yg perlu aku dan bbyster tu patuhi....aku pun dah inform makcik tu tntg keinginan aku utk kasi susu bdan sepenuhnya kt zafran...w,pun dia agak confuse, tp dia ttp usaha utk mencuba..chaiyok makcik..he he he..

peralatan mengepam pun aku kne standby.....tmpt utk mengepam x de mslh kt opis aku..samada di pantry or surau....ok je....x pun, aku sembunyik bwh meja aku..he he e....

dan yg pastinyer, mesti aku sedih utk lpas 2 2 org anak aku kt makcik tu.....lg2 si mia...dia mesti susah nak kerasan..tp harp2, dia cept serasi ngn makcik tu...

Wednesday, August 18

BEDUNG, BAIK ATAU TIDAK UNTUK ANAK KITA

Orang muda zaman sekarang atau pun ibu muda zaman sekarang, semakin melupakan ajaran atau amalan orang-orang lama semasa pantang atau dalam menjaga bayi.

Salah satunyer perbincangan hangat tentang BERBEDUNG....ada org ckp, kalau kita bedungkan bayi sejak dr kecil, nanti bayi itu lmbat bergerak atau tidak aktif.....,...jom kita selidik apa kata pakar dari segi baik dan buruknya berbedung..

PANDANGAN PAKAR ( keburukan )

Pada segi pembangunan otak dan sistem sarafnya melembapkan pembangunan otak di tahap satu dan seterusnya;-
- Dia akan lambat menggunakan tangan dan kakinya.
- Dia akan lambat membuka genggaman jarinya.
- Dia akan lambat merasa sentuhan yang tepat, jelas dan tidak mengelirukan.

Ini kerana, bayi sentiasa ditelentangkan dan sukar untuk bergerak.....jadinya, bayi agak lmbt utk belajar sesuatu yang baru...

PANDANGAN PAKAR BIDAN/ORG2 LAMA;-

-Bayi perlu dibedung agar tidurnya nyenyak dan tidak mudah terkejut.
- Agar bayi sentiasa tenang kerana seolah-olah sentiasa dipeluk oleh ibunya.
- Bayi yang di bedung akan tidur lebih lena kerana mereka tidak cepat terkejut apabila terdengar sesuatu benda terjatuh dengan kuat.
-Bayi lebih berdisiplin kerana waktu tidur yang teratur dan bangun apabila tiba waktu menyusu.
-Anda dapat merehatkan badan kerana berpantang sebenarnya amat meletihkan dengan pelbagai aktiviti lain seperti bertungku, berurut, bertangas dengan pergerakan anda yang lebih terbatas.

PANDANGAN SAYA ( sebagai seorang ibu )

- Bila kita dlm pantang dan perlukan rehat secukupnya, baik bedungkan bayi anda agar dia tidur lena..dan masa dia tidur itu, anda boleh gunakn waktu yg ada dengan sebaiknya.nak mengepam ke, membaca buku ke,etc..
- bila dah lepas tempoh berpantang, bayi boleh dibiarkan tidak berbedung...tapi bila waktu tido or malam, elok berbdung....biar bayi terasa kehangatannya...

MINGGU PERTAMA - KEEMPAT PERKEMBANGAN JANIN

Sepanjang kehamilan, bayi akan berkembang daripada satu sel sehingga menjadi janin yang kelihatan seperti bentuk manusia dan seterusnya lahir sebagai bayi yang comel dan sihat, Banyak perkara menarik yang berlaku sepanjag minggu-minggu ini. Ketahui fakta-fakta menarik tentang minggu-minggu pertama kehamilan anda.

SPERMA
- Purata pancutan air mani dari lelaki adalah sekitar 60 juta sehingga 150 juta benih. Sekiranyer kurang daripada 40 juta, lelaki tersebut menghadapi masalah kesuburan. Dan ini menyukarkan pasangannya untuk mengandung.


OVUM
- Ovum berada dalam tiub fallopio seorang wanita. Ovum ini tidak bergerak terlalu aktif kecuali disebabkan pengecutan dan pengenduran otot-otot tiub Fallopio.


MINGGU PERTAMA
- Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.


MINGGU KEDUA
- Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.


MINGGU KETIGA
- Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm, Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.


MINGGU KEEMPAT
- Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantung mengepam darah ke paru-paru dan aorta ( urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015