Wednesday, May 14

10 MAKANAN BERKHASIAT BG IBU HAMIL

10 makanan berkhasiat bagi ibu-ibu yang hamil:-

* Roti gandum tulen adalah penyediaan bagi memberi tenaga untuk jangka masa pajang kerana ia dipenuhi serat, kanji, kalsium, zat besi, vitamin B dan asid folik.

* Buah-buahan samada segar atau di dalam tin mengandungi serat dan lebih vitamin termasuklah vitamin C, mineral dan anti oksida.

* Makanan segar seperti mentega, susu dan yogurt dipenuhi kalsium, protein dan beberapa vitamin. ada sesetengah yang tinggi lemak. Oleh iu, beri perhatian pada jenis yang rendah lemak.

* Kehijauan, dedaun yang segar atau sayuran sejuk dipenuhi dengan vitamin C, serta dan asid folik.

sayuran hijau, buah buahan, berkhasiat


* Ubi kentang memberi tenaga berpanjangan dipenuhi dengan kanji, serat, zat besi, kalsium dan vitamin B. Ia juga adalah sumber utama karbohidrat.

* Daging merah yang tidak berlemak, ayam serta itik mempunyai protein, zat besi, vitamin dan mineral. Masak dengan menggunakan sedikit minyak dan juga garam.

* Buah-buahan yang kering seperti aprikot mengandungi zat besi, serat, vitamin C dan vitamin lain serta mineral.

* Ikan merupakan sumber protein yang rendah lemak dan tinggi zat besi. Cuba campurkannya dengan omega-3 yang kaya dengan minyak ikan seperti tuna, ikan air tawar, salmon atau sardin pada setiap minggu.

* Kedua-dua gandum pasta dan gandum memberi tenaga berpanjangan sama seperti serat.

* Bijirin dan kekacang adalah sumber terbaik protein dan serat. Pembelian pelbagai makanan di dalam tin menyelamatkan anda dari pembaziran.

oleh itu, bagi ibu hamil, pemakanan makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting..Bahkan, ada yang syorkan ianya di amalkan sebelum kita merancang untuk mendapat anak.


Sumber dari : majalah mami & baby ( Disember 2009 )


 saya merupakan pengedar shaklee di Kota Tinggi, Johor. Boleh dapatkan produk yang anda ingini terus dari saya samada anda ambil sendiri dengan saya atau saya hantarkannya pada anda. senangkan? Atau jika saya jauh dari anda, anda boleh klik sini untuk mendapatkan senarai pengedar shaklee lain yang berhampiran dengan anda .





 Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Siti Noriza | ID: 852453 

Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 

Email: sitinorizasaleh@gmail.com

 FB: Siti Noriza Binti Saleh 


 jika anda berminat nak join group saya, klik logo rasmi di bawah ini :_




Thursday, April 10

CARA MENGATASI EKZEMA MENYERANG KEMBALI



Ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami ekzema, pasti risau jika ekzema menyerang kembali anak anak mereka. ibu bapa pasti mencari cara mengatasi ekzema dai menyerang kembali. Bagi kanak kanak yang pernah mengalami masalah ekzema, ekzema mungkin sudah tidak kelihatan tetapi ia tetap boleh menyerang kembali jika mereka terdedah kepada faktor faktor yang boleh menyebabkan ekzema kembali menyerang anak anak.

Saturday, October 19

JANGAN BIARKAN KITA JADI ORANG NEGATIF



Hai semua... dulu sewaktu saya menjadi seorang ibu, isteri dan wanita yang bekerja, saya selalu mendengar atau membaca luahan hati kawan-kawan saya yang duduk "saja" di rumah...ada yang mengeluh boring, bosan, dan rasa rendah diri...semua aura negatif dlm diri kwan-kawan saya ini...maksud saya, mereka telah biarkan diri mereka di selubungi negatif...

tapi saya faham.adakalanya yang membuatkan mereka ini menjadi negatif kerana orang sekeliling yng mentaliti sekarang ini yang rasakan mereka yang "duduk saja" di rumah ini adalah orang yang tidak mendatangkan satu keuntungan langsung pada diri sendiri dan family serta masyarat sekeliling...

bila saya memegang status "isteri dan ibu yang tidak bekerja" orang mula memandang negatif pada saya. saya adalah orang yang akan buat suami saya x cukup duit sbb kena tanggung saya dan anak-anak..(eh, memanglah dia kena tanggung sayakan?>.ha ha ha ha)... segala pendapat dan apa yang saya luahkan sudah tidak dipandang hanya kerana saya seorang "suri rumah"...eh..mcm tiba-tiba saya jadi orang bodoh secara otomatik sebab dah x keja..ha ha ha..pandangan negatif sungguh..tak baikkan?

oleh itu, kita adalah apalah yang kita nak jadi atau apa yang diri kita nak jadik.. carilah kawan-kawan yang positif, banyakkan baca buku yang positif dan buatlah suasana sekeliling kita, suasana yang positif.


kedai online SHAKLEE saya :
 Puan Siti Noriza Saleh
Shaklee Independent Distributor [ID No : 852453] 013-7374 958 |damia_pitshop@yahoo.com 

Saturday, August 3

MINGGU PERTAMA - MINGGU KEEMPAT

Sepanjang kehamilan, bayi akan berkembang daripada satu sel sehingga menjadi janin yang kelihatan seperti bentuk manusia dan seterusnya lahir sebagai bayi yang comel dan sihat, Banyak perkara menarik yang berlaku sepanjag minggu-minggu ini. Ketahui fakta-fakta menarik tentang minggu-minggu pertama kehamilan anda.

SPERMA
- Purata pancutan air mani dari lelaki adalah sekitar 60 juta sehingga 150 juta benih. Sekiranyer kurang daripada 40 juta, lelaki tersebut menghadapi masalah kesuburan. Dan ini menyukarkan pasangannya untuk mengandung.


OVUM
- Ovum berada dalam tiub fallopio seorang wanita. Ovum ini tidak bergerak terlalu aktif kecuali disebabkan pengecutan dan pengenduran otot-otot tiub Fallopio.


MINGGU PERTAMA
- Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.


MINGGU KEDUA
- Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.


MINGGU KETIGA
- Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm, Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.


MINGGU KEEMPAT
- Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantung mengepam darah ke paru-paru dan aorta ( urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015