Saturday, November 26

SALAM MAAL HIJRAH & HEPY BESDAY MIA

Salam Maal Hijrah...aduhai...sekejap je masa berlalu kan....,..pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru....

dan yang pasti, tahun ni, aku smbung azam tahun lepas dan juga ada azam-azam yang lain yg harus aku perbaiki dan tambah......dan yang pasti gak, azam-azam tu bukan hanya utk kepentingan diri sendiri, tpi juga utk kepentingan rumah tangga, anak-anak dan perhubungan aku ngn orang-orang sekeliling aku...

oh ya....

hari ni, hari besday mia.....happy besday my chenta hati...dah besar dah anak mama....dah pandai mengkomplen mama dia...hu hu hu...


rindu saat-saat dia masa kecik....

4 tahun menjaga mia, time dia sakit, time dia marah, dia sihat, dia nangis, dia gembira buat aku rasa x puas nak tgok dia kecik....tahun depan dah mula sekolah...dah pandai berkawan.....apa pun, mama doakan mia agar jadik anak yang solehah, menjadik hamba yang dekat dengan -Nya, anak yang dengar ckp org tua, tetap dlm nikmat iman dan islam.....dan yang pasti, semoga hati mia tetap dengan mama dan ayah.....

Amin....



Friday, October 7

KESEDIHAN MENYELUBUNGI

Wah..lama giler tak update blog ni..ish...bersawang-sawang,......

nak cter dan saje nak kongsi cerita...

mungkin disebabkan kestressan dan kepenatan melanda aku, susu aku pun dok merajuk nak keluar.....smpai satu tahap aku rasa mcm nak stop bf dan kasi susu fomula...

tapi, bila aku dok melangut kt depan deretan susu yag bermacam-macam jenis dan brand.....satu2 aku belek tin susu tu....kejap aku pegang, kejap aku ltk....
lpas tu aku pegang yg lain...tp mata tgok yg lain....uawaaaaaaaaaaaaa aku rasa mcm nak menangis je...

dan yang pasti, aku rasa satu ketewasan buat diri aku hanya sbb aku cept menyerah kalah...

akhirnya......

AKU KELUAR DARI KEDAI DENGAN SEPAKET MILO DAN HORLICK DI TANGAN AKU KHAS UTK ANAKKU....hu hu hu

maaf kan mama dik...mama akan usaha terbaik dan berikan yang terbaik utnuk anak-anak mama.....

"Kawan-kawan...doakan saya akan dpat teruskan penyusuan ini ye...Amin...."
kunjungi kedai online saya :-http://www.damiapitshop.com/

Tuesday, August 9

RAHSIA TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU

Bagi ibu-ibu yang risau akan susu semakin berkurangan, ada tips bagi meningkatkan penghasilan susu ibu.....jom kita baca artikel dari majalah pa & ma keluaran JUlai 2011.



1) KERAPKAN MENYUSU.

- susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 - 5 jam.



2) JANGAN TUNGGU PAYU DARA PENUH

- ada ssetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahwa bayinya perlu disusukan. Itu salah!. Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahwa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain singkat.

Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi ( ketika anda beranggapan payu dara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat.



3) MENYUSU LEBIH LAMA

- jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sbelah payu dara. biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi ( hindmilk )>

- jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremlik, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesaran.



4) PENYUSUAN DUA KALI

- Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudia susukan dia kembali. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.



5) BOGELKAN BAYI

- Sewaktu menyusu, bogelkan bayi ( kecuali lampinnya ). Sentuhan kulit ke kulit membanu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian hadapan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.



6) PENYUSUAN MALAM

- amalan menyuskan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana, di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menysu lebih lama dan kerap. penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.



7) PENYUSUAN BABY SLING

- bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. jadi, gunakan baby sling di antara waktu penysuan walaupun ketika itu dia sedang tidur,..pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini, dia menyusu dengan lebih baik.



8) FIKIR BAYI, FIKIR SUSU

- ketika menysu, belailah bayi, amalan ini di kenali sebagai grooming.... langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda, cara ini akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.



9) URUTAN

- Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yanLinkg telah direndam di dalam air suam.



10) MINUM AIR

- pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan amahupun pemerahan susu, anda di gallakn minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.



credit



Thursday, July 14

GIVE AWAY 1ST......MEMORI ANAK PERTAMA




SYARAT-SYARATNYA ;-

1) menjadi follower www.damiapitshop.com dan nuriezam.blogspot.com
2) menjadi rakan di fb SITI NORIZA SALEH
3) link kan post ini di blog anda
4) sila tinggalkan url dan id anda di entry ini
5) ceritakan maksud di sebalik nama anak anda dan ceritakan kenapa anda memilih nama itu.......




HADIAHNYA :-

HADIAH UTAMA :-

2 CD SUNNY BABY BERNILAI RM54.00


HADIAH KE DUA ;-

EUPHORIA TRIAL PACK SET A


TARIKH TUTUP : SEHINGGA 15 OGOS 2011



my small shop :-http://www.damiapitshop.com/jom dapatkan trial pack shaklee di kedai saya:-http://shakleeatdamiapitshop.blogspot.com
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015