Sunday, November 17

TIPS BUAT KITA SENTIASA RASA BERSEMANGAT SETIAP HARI

Pernah tak kita bangun setiap pagi dan kita rasa lesunya pagi ni. Nak bangun malas, nak pergi kerja malas, nak buat apa apa pun rasa malas. Rasa macam nak baring seharian je. Walaupun hari tu bukan hari Isnin! yelah, kan ada istilah monday blues kan?

Kali ni, saya nak share tips buat kita sentiasa rasa bersemangat setiap hari. walaupun dalam minggu tu adalah minggu paling sibuk dan paling memenatkan bagi kita. Tips ni ada yang saya ambil dari tips kawan kawan lain atau pun tips dari mereka yang pakar, tapi juga tips dari saya sebagai rakyat marhaen yang buat 2 3 4 kerja sekaligus. Gitu...

TIPS YANG BIASA ORANG CADANGKAN.

- Tidur lebih awal dari kebiasaannya. iya, ramai yang cadangkan kalau kita dah penat, kita perlu tidur lebih awal. Supaya esok pagi kita bangun lebih cergas dan cerdas. Supaya badan lebih banyak masa untuk berehat. 

- Makan yang teratur dan on time. Ada sesetengah orang, bila dia terlepas waktu makan dia, dia akan mula rasa tak menentu. Nak tidur tak selesa, nak buat kerja tak selesa. Jadi emosi dia akan mula rasa tak stabil. Rasa macam ada je yang tak kena pada dia hari tu. Bila dah jadi macam tu, mulalah mood hilang kan. Semangat nak buat kerja pun rasa terganggu. 
Jadi, anda perlu jaga pemakanan anda seharian untuk mengelakkan mood anda ke laut.

- Mandi sebelum tidur. Ye, bila badan dah letih seharian, sebelum anda tidur, pastikan anda mandi dan bersihkan badan anda.  Paling best, jangan lupa pakai sabun yang mengeluarkan bau bauan yang menyegarkan anda sebelum tidur. Kalau anda juga bauan Lavender, belilah sabun mandi atau shampoo yang ada bauan tersebut. ia bantu anda tidur lena dan dapatkan tidur yang berkualiti


dan ada pelbagai tips lagi yang boleh anda baca di blog QASEH FIRDAUS ni. Atau anda juga boleh blog walking ke blog blog yang banyak memberi tips motivasi untuk anda. hah, sekarang Nurie ( nama panggilan sayalah kan ) nak bagi tips cara Nurie pula.



TIPS SAYA BERSEMANGAT SETIAP HARI.

kerja saya memang penat. Saya buat 2 3 kerja sekarang ni. Banyak "topi" yang saya pakai setiap hari. Ye betul, bila badan letih, minda letih, kita rasa burn out. Tapi kita kena teruskan hidup kita selagi kita hidup dan selagi banyak hutang hutang yang perlu kita bayar. Betul kan?

Nak bersemangat hari hari, memang susah nak dapat kecuali kita tergolong dalam golongan orang yang :-
1) Banyak duit
2) Tiada hutang yang perlu dibayar
3) Tiada masalah yang perlu difikir
4) Kita dapat apa yang kita dapat

Tapi betul ke bila semua tu ada dan cukup, kita akan bersemangat ? Hanya mereka yang berada di situasi berkenaan je tahu dan alaminya. 

Okey, saya ada terbaca yang otak kita ni, bila dah biasa buat benda yang sama berulang ulang kali, otak akan jadi tepu dan ia buat minda kita rasa tak tercabar. Sebab tiada yang perlu otak ni berfikir secara berlainan dari hari hari biasa. 

Jadi, bila kita cuba sesuatu yang baru, otak mula bekerja dan buat adreline kita akan mula rasa "seronok" untuk memulakannya atau membuat benda yang baru tu. Contoh, kita tak pernah belajar pasal AL atau berkaitan dengan ilmu baru. Kita mula meneroka ilmu tersebut dan rasa seronok bila apa yang kita explorer tu menjadi. Kan sekarang ramai orang mula membuat gambar gambar dari AL ini dan menghasilkan gambar gambar yang menarik.

Kita rasa teruja dan rasa ingin buat lagi dan lagi. Apatah lagi, bila hasil yang kita dapat tu membuatkan orang puji hasil kerja kita dan bila diberi peluang, ada yang berminat dengan hasil kerja kita. Maka, ada rasa "sesuatu" yang buat kita rasa seronok dan excited apa lagi yang kita boleh dapat dari ilmu tersebut.

Sama juga konsepnya kalau kita bekerja benda yang berulang ulang. Kita akan mudah rasa bosan dan rasa ooo semua sama je setiap hari. Apa apa pun boleh handle dan buat. Benda dah jadi rutin kan? kalau makan lauk yang sama hari hari pun, akan rasa bosan. Rasa macam, hmmm tak mencabarnya hidup aku hari ni.

Tapi bila setiap malam atau setiap pagi, kita dah set yang hari ni kita nak buat sesuatu yang lain, kita akan rasa teruja. Benda yang simple pun, boleh buat kita bersemangat. Contoh, oo hari ni aku nak beli nasi lemak kat tepi kilang aku tuelah. Then aku nak bagi kat makcik cleaner kat opis.  benda kecil tapi impaknya besar pada kita dan orang lain. Apatah lagi lihat makcik jual nasi lemak tersenyum ada orang beli jualan dia, then makcik cleaner rasa bersyukur dapat rezeki nasi lemak pagi tu.

Benda simple, tapi impaknya besar untuk kita. Hanya dengan senyuman dari orang lain, buat kita rasa gembira dan bersemangat. 

yang pasti, bersyukurlah dengan apa yang kita ada atau kita hadap, sebab berpeganglah pada ayat :

APA YANG KITA MILIKI HARI INI, ADA ORANG LAIN YANG BERHARAP UNTUK MEMILIKINYA









* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, October 28

PENGALAMAN BERCUTI PALING MEMBERI KESAN

korang ada pengalaman bercuti yang paling memberi kesan pada korang tak? Bagi saya yang berasal dari keluarga cukup cukup makan, tak pernah terfikir akan dapat bercuti atau melihat tempat orang lain. Ia satu kesyukuran Allah pertemukan saya dengan bisnes Shaklee ini. 

Jalan yang Allah bagi "pinjam" pada saya dan keluarga melalui Shaklee, banyak impian yang terlaksana satu demi satu. Cuma menunaikan umrah belum lagi Allah makbulkan. Insya Allah, satu hari nanti, pasti Allah akan jemput ke tanah suci itu. Aminn Ya Allah Ya Mujib.

Okey, berbalik semula pada pengalaman bercuti paling memberi kesan, ialah bercuti ke Kundasang, Sabah pada tahun 2014 yang mana ia adalah pertama kali kami sekeluarga bercuti ke Kundasang, Sabah. Dan apa yang menariknya, ia adalah pertemuan pertama saya berjumpa upline saya iaitu Master Azrin Mohd setelah 2 tahun hanya mengenali secara online. berbalas email, berbalas yahoo messenger dan sms. ha ha ha. it's real guys!


Ia bermula apabila, salah seorang ahli team kami memberi idea untuk membuat getaway di Sabah. Jadi kami offer kepada ahli team untuk sesiapa yang berminat untuk join. Beramah mesralah kononnya gitu. Jadi kami apa lagi. Bila dah set semua, bincang, booking hotel,, booking tiket kapal terbang, booking kereta sewa dan sebagainya, maka semua persediaan dibuat.

https://nuriezam.blogspot.com/2014/11/jalan-jalan-ke-kundasang_4.html

Seperti di post di atas, ini merupakan percutian pertama kami sekeluarga. Rasa teruja, rasa gemuruh semua ada. Tapi paling saya risau ialah kewangan. Sebelum pergi pun kami banyak keluarkan belanja untuk persediaan kami berempat. Dari segi pakaian, tempahan tiket, tempahan hotel, ia lebih banyak makan belanja sebelum sampai lagi. 

Itu yang kami paling risaukan sebab belum termasuk duit belanja lagi kt sana kan? dahlah baru pertama kali pergi ke luar negeri, Sabah pulak tu. Tak tahu lagi cara orang orang sana berbelanja dan apa yang bakal dibeli nanti. Alhamdulillah, tiba masanya, kami pun bertolak ke sana. Kami sekeluarga bergerak awal menaiki penerbangan dari Senai Aiport ke Kota Kinabalu Airport disebabkan tidak banyak penerbangan yang ada kalau benar benar ingin mengikut initary yang kumpulan kami tetapkan. 


Masa ni, umur Damia dalam 7 tahun dan Dayyan dalam 4 tahun gitu. Seronok memasing sebab dapat naik kapal terbang untuk pertama kalinya. Inilah juga sebab kenapa saya fokus buat bisnes Shaklee. Income yang saya dapat adalah untuk bahagiakan anak anak. Merekalah juga punca rezeki dan asbab saya terjebak dengan bisnes Shaklee.



see, Damia memang suka duduk tepi tingkap. Mama terpaksa mengalahlah, nak buat macamana kan? banyak sebenarnya kalau nak bercerita pasal trip pertama kali ini. Percutian ini adalah titik tolak untuk saya. Selain dari terus fokus dalam bisnes Shaklee, saya juga berazam untuk membawa anak anak dan suami pergi bercuti ke tempat tempat yang kami ingin pergi tanpa perlu berkira kira untuk mengeluarkan perbelanjaan. 

Alhamdulillah. Kami dipermudahkan oleh Allah untuk merasai nikmat bercuti. Samada bercuti dengan Shaklee atau bercuti secara sendirian, tetapi dengan duit Shaklee. Banyak tempat, banyak hotel, banyak negeri yang sudah kami lawati dan kami pergi. Alhamdulillah. Memang tidak terbayang dapat menginap di hotel hotel mahal, malahan kami diberi peluang untuk "membayar" pemandangan KLCC secara berdepan di salah satu hotel berhampiran KLCC. 

Subhanallah.  Memang tidak disangka sangat sangat. Terima kasih Allah kerana memberi kami jalan dalam perniagaan Shaklee ini. Pelbagai pengalaman, nikmat dan peluang yang menarik yang diberikan kepada kami. Syukur Alhamdulillah. Dari hanya berangan angan sebelum tidur atau melihat orang lain merasainya, tapi Allah bagi kami juga peluang untuk merasainya.

Jom, anda kongsikan pula percutian atau pengalaman bercuti yang tidak akan anda lupakan atau percutian itu memberi 1001 kenangan kepada anda dan family anda.

πŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’š


SITI NORIZA SALEH
NO AHLI : 852453
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR

WhatsApp: 0137374958
Pengedar Shaklee Kota Tinggi

Kalau berminat nak join ahli, boleh wasap saya atau klik je link dibawah ini


Boleh dapat bonus juga kan?


Tapi, janji guide saya tau kalau saya dah jadi ahli!

Ye, saya guide. Nak buat bisnes pun boleh je.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, October 20

Kesan Banjir Terhadap Kesihatan Mental: Mengatasi Trauma dan Stres

Hujung tahun sekitar bulan Oktober, November, Disember sehinggalah awal tahun 2025, musim banjir pun bermula. Walau macamana sekali pun, persediaan manusia, kuasa Allah mengatasi segala galanya.  Adakah kawasan anda juga terlibat dengan musibah ini?



Ini antara banjir yang berlaku di Perak pada kali ini. Rata rata mereka yang pernah menghadapi situasi banjir ini, sudah mula membuat persiapan awal awal lagi. Tapi, ada juga sesetengah kawasan yang tidak pernah di landa banjir, tiba tiba dilanda banjir.

Saya ada ramai kawan di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Tapi saya teringat satu kisah semasa saya mengikut kawan satu politeknik dulu pulang ke rumah nya. Satu daerah di Kedah. Rumahnya 2 tingkat. Tingkat bawah rumah batu mana kala tingkat atas rumah kayu. Kiranya separa batu dan kayu. Rumah kawan saya ni dikelilingi sawah padi atau bendang. Namapun negeri Jelapang Padi kan, jadi kawasan kampung kebanyakannya mempunyai sawah padi.


Pertama kali sampai di rumah kawan saya tu, saya terus tertanya tanya, kenapa rumah tingkat bawahnya kosong? hanya ada meja makan dan dapur. Tiada sofa atau almari sebagai penghias ruang tamu. Tetapi, bila ke tingkat atas, lengkap dengan sofa, television, langsir, bilik tidur dan sebagainya. 

Bila ditanya, barulah faham. Rupa rupanya, kawasan penempatan keluarga dia tu, memang kawasan banjir. Setiap kali musim banjir, rumahnya antara yang terlibat dengan banjir. Mengenangkan kerugian yang selalu dialaminya setiap kali banjir, maka dia sekeluarga membuat keputusan untuk membiarkan tingkat bawah kosong tanpa ada perabot. 

Dan pula, bila je masuk musim hujan atau banjir, mereka tidak kelam kabut untuk mengalihkan perabot atau barang barang ditingkat bawah untuk dibawah ke atas. Memikirkan juga ibu ayah yang sudah tua untuk memikirkan barangan di tingkat bawah itu. 

Ini antara salah satu persiapan jangka masa panjang bagi kawan saya untuk menghadapi tempoh tempoh atau musim banjir. Anda bagaimana pula?

Dalam posting kali ini, saya nak berkongsi dengan semua, cara untuk memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga dan terkawal semasa musim banjir ini. Saya mungkin tidak pernah mengalami banjir, tapi saya ingin berkongsi cara cara kita mengatasi trauma dan stress semasa banjir. 

Bagi yang pernah terlibat dengan pogram pasca banjir, saya nampak, emosi mereka ini sangat sangat tidak stabil. Ada yang baru pertama kali terlibat, sangat tertekan . lagi lagi memikirkan kerugian dan kehilangan yang mereka hadapinya. Rumah rosak, perabot rosak, dokumen dokumen yang tidak sempat diselamatkan, barangan keperluan harian, buku buku sekolah anak dan sebagainya.

Apatah lagi, bila ia berlaku semasa awal persekolah anak anak. Semua persiapan telah musnah dengan sekelip mata saja. Hilang semua duit yang terkumpul selama ini. Anak anak sedih, emosi anak anak bercelaru malahan ada yang hilang gaji disebabkan tidak boleh keluar bekerja. 

Mangsa banjir boleh mengalami pelbagai kesan dan trauma, baik dari segi fizikal mahupun emosi. Berikut adalah beberapa kesan yang sering dihadapi oleh mangsa banjir:

1. Trauma Emosi dan Psikologi:

Tekanan dan kebimbangan: Kehilangan rumah, harta benda, atau ahli keluarga boleh menyebabkan tekanan yang teruk. Mangsa mungkin sentiasa bimbang tentang keselamatan diri dan keluarga, serta masa depan mereka.

Post-traumatic stress disorder (PTSD): Ramai mangsa banjir mengalami PTSD, di mana mereka mungkin menghadapi mimpi buruk, kilas balik (flashback) kejadian, atau rasa takut yang berterusan.

Kehilangan keyakinan diri: Selepas kehilangan harta benda atau sumber pendapatan, mangsa mungkin rasa tidak berdaya atau kehilangan tujuan hidup.


2. Masalah Kesihatan Mental:

Kemurungan: Tekanan hidup selepas banjir, termasuk kesusahan untuk mendapatkan bantuan atau membina semula kehidupan, boleh menyebabkan kemurungan yang berpanjangan.

Isolasi sosial: Mangsa mungkin merasa tersisih atau tidak disokong oleh masyarakat atau kerajaan, menyebabkan perasaan kesunyian dan putus asa.


3. Masalah Kesihatan Fizikal:

Penyakit: Air banjir yang tercemar boleh membawa pelbagai penyakit seperti leptospirosis, kolera, dan demam denggi. Mangsa juga mungkin terdedah kepada jangkitan akibat kecederaan yang dialami semasa atau selepas banjir.

Kecederaan: Banjir boleh menyebabkan kecederaan fizikal seperti patah tulang, luka yang serius, atau lemas.

Kekurangan makanan dan air bersih: Ini boleh menyebabkan masalah pemakanan dan dehidrasi, terutamanya di kawasan yang sukar mendapat bantuan segera.


4. Kesan Ekonomi:

Kehilangan harta benda: Mangsa mungkin kehilangan rumah, ladang, atau tempat perniagaan, yang memerlukan masa dan kos yang tinggi untuk dipulihkan.

Kehilangan pekerjaan: Banjir yang melumpuhkan infrastruktur boleh menyebabkan kehilangan peluang pekerjaan, terutamanya di sektor pertanian dan perniagaan kecil.


5. Gangguan Hubungan Keluarga:

Ketegangan dalam keluarga: Kehidupan dalam keadaan sukar, seperti di pusat perlindungan sementara, boleh menyebabkan ketegangan di antara ahli keluarga, terutama jika ada kekurangan makanan atau ruang peribadi.

Kehilangan ahli keluarga: Kehilangan ahli keluarga akibat banjir boleh membawa kesan jangka panjang dari segi emosi dan psikologi.


Kesemua ini menunjukkan bahawa trauma akibat banjir bukan hanya terhad kepada kerugian material, tetapi juga membawa kesan mendalam terhadap kesejahteraan mental dan fizikal mangsa. Bantuan psikologi dan pemulihan yang berterusan sangat penting untuk membantu mangsa pulih sepenuhnya.

Jadi, kita perlu menjaga hati antara kita sesama kita dan saling mengambil berat dengan mereka yang terlibat dengan banjir. Apatah lagi kanak kanak atau mereka yang terkesan dengan banjir ini. 


KITA JAGA KITA


SITI NORIZA SALEH
NO AHLI : 852453
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR

WhatsApp: 0137374958
Pengedar Shaklee Kota Tinggi

Kalau berminat nak join ahli, boleh wasap saya atau klik je link dibawah ini


Boleh dapat bonus juga kan?


Tapi, janji guide saya tau kalau saya dah jadi ahli!

Ye, saya guide. Nak buat bisnes pun boleh je.






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, December 22

MULTIVITAMIN TERTUA DI DUNIA

KEPERLUAN HARIAN
NUTRIEN PENTING UNTUK KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN YANG OPTIMUM

Vita-Lize diformulasikan untuk menyokong kesihatan lelaki dan wanita.

Setiap hidangan iaitu 2 tablet membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk tubuh badan yang sihat, termasuk:
• Vitamin C • Kalsium • Zat besi • Vitamin B • Asid folik

Multivitamin dapat memberikan pelbagai manfaat dalam kehidupan seharian, antaranya:

1. **Menyokong Kesejahteraan Am:** Multivitamin menyediakan pelbagai nutrisi penting yang membantu mengekalkan kesihatan secara keseluruhan, termasuk vitamin dan mineral yang mungkin kurang dari diet harian.

2. **Pemenuhan Nutrisi:** Dalam kehidupan yang sibuk atau dengan diet tertentu, seseorang mungkin sukar untuk mendapatkan semua nutrisi yang diperlukan dari makanan harian. Multivitamin membantu memastikan keperluan nutrisi asas terpenuhi.

3. **Menyokong Sistem Imun:** Beberapa multivitamin mengandungi nutrien yang dapat menyokong sistem imun, seperti vitamin C, vitamin D, dan zinc.

4. **Tenaga dan Vitaliti:** Nutrien dalam multivitamin juga dapat membantu dalam pengeluaran tenaga dan menjaga vitaliti harian.

5. **Kesihatan Tulang dan Gigi:** Kandungan seperti vitamin D, kalsium, dan magnesium dalam multivitamin dapat menyokong kesihatan tulang dan gigi.
 
Ini adalah MULTIVITAMIN Shaklee dikenali sebagai VITA-LIZE. dah berada lama di pasaran dan merupakan multivitamin pertama yang dihasilkan. 

Nak dapatkan produk ini?

Boleh je hubungi saya. Saya merupakan pengedar Shaklee yang sah sejak tahun 2011. 
Siti Noriza Saleh
No ahli : 852453

WhatsApp: 0137374958
Pengedar Shaklee Kota Tinggi

Kalau berminat nak join ahli, boleh wasap saya atau klik je link dibawah ini


Boleh dapat bonus juga kan?


Tapi, janji guide saya tau kalau saya dah jadi ahli!

Ye, saya guide. Nak buat bisnes pun boleh je.


Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015