Pages - Menu

Monday, February 2

MENAMBAH BEKALAN SUSU IBU

Kekhuatiran ibu baru mengenai cukup atau tidak susu mereka untuk bayi menyebabkan banyak ibu yang berhenti menyusukan bayi lebih awal atau memperkenalkan makanan tambahan lebih awal.

Sebenarnya, amat sedikit bilangan ibu yang pengeluaran susunya tidak mencukupi untuk bayi, malah ibu yang langsung tidak mengeluarkan susu badan  adalah suatu perkara yang amat amat jarang berlaku.

Perkara yang membuatkan ibu mulai risau mengenai bekalan susu mereka ialah apabila :

BAYI MENYUSU DENGAN KERAP
sebenarnya ini suatu perkara biasa kerana perut bayi amat kecil. Lagi pun susu ibu hadam lebih cepat daripada susu formula. Menyusu sskerap 10- 12 kali dalam masa 24 jam adalah suatu perkara biasa. Malah anda sebenarnya perlu lebih risaukan bayi yang tidur terlalu lama tanpa menyusu, berbanding bayi yang kerap menyusu.

KADAR MEMBESAR
Bayi akan menyusu dengan lebih kerap ketika proses tumbesaran berlaku, iaitu sekitar 10-14 hari, pada 3 minggu, 6 minggu, 3 bulan dan 6 bulan. Biasanya mereka lebih banyak menyusu pada waktu malam sebelum tidur.

TEMPOH MENYUSU LEBIH SINGKAT
selain masa yang singkat,mungkin ( 2-10 minit berbanding 15-20 minit), bayi anda juga mungkin menyusu dari sebelah payu dara tidak lagi membengkak atau meleleh susu. Perubahan ini adalah biasa, ia menunjukkan badan anda sedang menyelaraskan bekalan mengikut keperluan bayi


No comments:

Post a Comment