Pages - Menu

Wednesday, December 17

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN OLEH PESAKIT BATU KARANG

Penyakit batu karang selalunya di kaitkan dengan lelaki. Sebab dalam kajian, lelaki lebih mudah terkena penyakit batu karang ini berbanding wanita. Saya nak share artikel dari majalah Anis berkaitan pemakanan seimbang untuk pesakit batu karang. Tetapi kali ini, saya nak share makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit batu karang.

Batu karang atau dalam istilah perubahan "nephrolothiasis/renal calculi" adalah merujuk keadaan yang mana wujud sisa mineral halus seakan batu kristal di sepanjang saluran kencing. Saluran ini merangkumi organ seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urerta yang berfungsi menapis darah untuk membuang kekotoran yang kemudian disingkirkan daripada tubuh. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan mangnesium. Air kencing yang terlalu pekat akan menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal lalu bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.


Masalah sakit batu karang kembali terbentuk boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum air yang banyak. antara tips pemakanan seimbang untuk pesakit batu karang ialah :-

* Awasi kalsium yang berlebihan
- pengambilan kalsium yang tinggi juga bolh menyebabkan pembentukan batu karang. Pastikan anda membaca kandungan nutrisi untuk setiap hidangan terutamanya produk tenusu untuk mengetahui berapa banyak kalsium yang diambil.  JIka anda mengambil suplemen kalsium, pastikan anda tahu kandungan kalsium yang terdapat pada sebiji kapsul. Kalsium yang diperlukan untuk pesakit batu karang adalah dalam lingkungan 700-800mg sehari.

* Hadkan pengambilan protein anda
- pengambilan protein yang berlebihan akan membebankan buah pinggang yang bertanggungjawab untuk memprosesnya. Walau bagaimanapun, badan anda masih memerlukan protein untuk tumbesaran dan membantu sel di dalam tubuh berfungsi dengan baik. Secara ringkasnya, pengambilan protein yang disarankan adalah sebanyak 1g/1kg.

* Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam (sodium)
- pengambilan sodium yang tinggi juga boleh mengakibatkan pembentukan batu karang. Elakkan pengambilan makanan terproses dan makanan dalam tin

* Elakkan pengambilan makanan tinggi oksalat
- Oksalat ataupun asid oksalik adalah sebatian kimia yang bergabung bersama kalsium untuk membentuk batu karang. Antara makanan yang tinggi kandungan oksalat adalah coklat, bayam, teh, yogurt, telur, kacang, ikan, pelbagai jenis buah beri ( strawberi, beri hitam, beri biru,), serbuk kopi segera, hasil produk soya (tofu) dan minuman beralkohol.

* Awasi makanan tinggi purin
- Purin akan ditukarkan kepada asid urik dan air kencing yang berasid ini akan termendak dan hablur kristal akan terbentuk. Antara contoh makanan tinggi purin adalah organ dalaman, makanan laut bercengkerang dan daging merah.

1 comment: