Pages - Menu

Wednesday, August 30

DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA

Biasa orang tanya, ada doa khusus ke untuk orang yang berniaga? Bagi saya doa ni asalnya tiada yang khusus, tapi bila kita nak gunakan untuk sesuatu, contohnya untuk eratkan kasih sayang antara suami isteri atau nak anak anak dengar kata, ada ayat ayat Al quran atau doa yang menekankan bab itu.

Hari ini saya nak berkongsi mengenai doa yang bagus untuk wanita. Mana tau ada yang mencari atau selalu baca doa ini tapi tidak tahu maksud di sebalik doa doa tersebut. Insya Allah,semoga ia menjadi amalan kita bersama.


buku ni saya baru beli. Suka buku ni sebab ia lengkap untuk amalan seharian kita sebagai seorang wanita. Walaupun doa doa itu sebenarnya, boleh juga digunapakai oleh lelaki. 

Doa yang boleh diamalkan setiap pagi, ialah doa ini. DOa ini dikenali juga sebagai doa pembuka pintu rezeki pada kita semua. Boleh dibaca berulang ulang kali mengikut kemampuan kita. 



Selain itu, ada amalan amalam zikir yang boleh kita buat semasa membuat kerja kerja rumah atau pejabat. Doa dan zikir ini tidak semestinya hanya ketika di atas sejadah, tapi juga bila bila masa di mana kita berada ( tempat yang sesuai ) dan bila bila kita ingin lakukannya. 

lagi satu doa yang kita sebagai wanita, isteri, ibu dan sebagai anak, boleh juga amalkan doa ini untuk keshatan kita dan seisi keluarga. Semoga Allah hindarkan kita semua dari penyakit yang merbahaya dan jauhkan kita dari kemiskinan. 

Nak tahu doanya?

jom sama sama hafal dan amalkan. 



doa ini kalau perasan, ia ada dalam Al Mathurat yang kita baca pada waktu pagi atau pada waktu petang. Insya Allah, bila kita amalkan dengan yakin, Insya Allah, ia akan dipermudahkan oleh Allah.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment