Pages - Menu

Saturday, July 22

TIPS BISNES ONLINE DARI RUMAH

Hai, sebelum ni saya bercerita pasal bekerja dari rumah dan berkongsi sedikit kenapa saya memilih bekerja dari rumah 

Hari ni, saya nak share bagaimana atau Tips Bisnes Online.  Work From home atau Work At Home Mother pada awalnya agak janggal didengar di negara tapi. 

Tapi bila internet menjadi salah satu keperluan harian, maka istilah istilah bekerja dari rumah atau membeli belah secara online, mula digemari oleh manusia. 

Apatah lagi kalau mereka yang ada kekangan masa untuk pergi ke kedai atau terlalu jauh untuk mendapatkan barang yang diingini. 

Saya letakkan diri saya sebagai penjual dan hari ini, bisnes online antara satu cabang perniagaan yang saya ceburi sejak tahun 2011. 
Zaman sekarang, urusan jual beli semakin mudah. Hanya dihujung jari. Scroll scroll, search, dan add to chart, ada duit, terus buat pembayaran . 

Begitu juga dengan jana income. Kita pun boleh berbisnes hanya dari rumah. Tak perlu kedai fizikal pun boleh. 

Kalau kita baru nak bermula, kita kena tau apa kekuatan kita. Setelah kita ada produk atau barang yang ingin dijual, kita kena tahu platform mana yang ingin kita tempatkan barang niaga kita. 

Kalau kita suka bercakap, suka rakam video, tik tok dan YouTube adalah tempat yang sesuai untuk kita. 

Kalau kita suka menulis, suka membaca dan suka beri penerangan dalam bentuk penulisan, Facebook dan blog adalh tenpat yang sesuai untuk kita. 

Suka ambil gambar, suka penerangan yang ringkas, suka edit gambar menjadi lebih menarik, Instagram adalah tempat kita. 

Bagi yang sudah memilih untuk berniaga dari rumah, jadual sangat sangat penting. Lagi bagus kalau kita ada diari atau planner untuk pastikan semua aktiviti kita setiap hari akan berjalan lancar. 

Bagi yang sudah berumahtangga atau mempunyai anak, ini perlu perlu sangat anda bagi tumpuan. Kena betul betul bahagikan masa sebaik baiknya. 

Mungkin, bila anak anak sudah pergi sekolah waktu pagi, anda boleh Solat Dhuha, buat blog, buat poster atau coaching team anda.

Masuk jam 11.30 pagi, anda beralih untuk siapkan makan tengahari untuk anak anak balik dari sekolah. Waktu petang, anda boleh sambung aktiviti bisnes anda atau anda fokus untuk kesihatan anda atau bersenam. 

Malam pula boleh tolong anak anak siapkan kerja sekolah atau anda sendiri siapkan kerja rumah anda. 

Bila ada jadual, kita pun lebih tenang dan teratur.

Ini adalah benda yang sukar dibuat iaitu FOKUS DAN KONSISTEN! bila kita fokus, kita lebih tahu apa step atau langkah yang seterusnya untuk pastikan bisnes kita terus berkembang dan berkembang. 

Malahan, kita tidak tergoda melihat mereka yang lain bersenang senang tanpa sibuk dengan bisnes. Sedangkan kita rasa macam tak cukup 24 jam untuk uruskan semua urusan dalam sehari 

Konsisten pun sama, jangan hari ni je rasa excited, lepas tu stop sharing bisnes kita untuk 2 3 hari. Lepas tu semangat balik. 

Hah, orang lain baru nak kenal kita, baru nak support kita, tapi rasa, eh budak ni betul ke nak bisnes? Ke nak scam orang je?

Last tips saya ialah, sentiasalah upgrade ilmu kita. Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita tahu. 

Dunia sekarang terlalu banyak dan laju ilmu ilmu lagi lagi yang berkaitan dengan online ni. Contoh, kita masih terima cash atau transfer, tapi penjual lain hanya guna qr pay atau mesin atm yang swipe jw tu hah. 

Atau juga, kita masih menggunakan PowerPoint untuk buat pembentangan, tapi orang lain dah guna canva dan sebagainya. 

No comments:

Post a Comment