Pages - Menu

Wednesday, June 21

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Kalau dah makan vitamin, tak perlu bersenam ke? kalau nak kurus, makan ubat kurus je pun dah boleh kurus kan?

biasa tak dengar ayat ayat macam ni? Atau sekadar, saya jaga makan saya. Cukup kot.

Bagi saya, walaupun dah ambil vitamin setiap hari, saya juga suka buat sesuatu yang saya suka buat tanpa terpaksa.

Saya memilih untuk briskwalk. 🤭🤭🤭 Sebab apa, sebab saya dikira obesiti dan berat saya mencecah 75-78kg! Ia, bukan berat semasa saya mengandung!

Jadi, untuk permulaan, saya memilih briskwalk dan tengoklah, 1st day saya buat briskwalk, hanya 500 meter je mampu 😅😅😅

Alhamdulillah...setelah berat mula berkurangan, jarak briskwalk saya makin jauh. Seronok sebab ia jadi satu kepuasan untuk saya dan saya anggap ia satu kejayaan untuk saya 

ia ambil masa hampir setahun, tapi ia membantu dalam proses mengurangkan berat badan saya. 

Selain ambil set Hello New You, saya anggap bersenam atau pun menjalani gaya hidup sihat, membantu mengurangkan berat badan dan emosi saya sendiri.

Akhirnya saya mencabar diri untuk join fun run! Ha ha ha . sepanjang 42 tahun hidup, inilah kali pertama saya join fun run! Merentas desa waktu sekolah tu pun kena paksa tau. 🤣😊🤣

Jommm sama sama menjalani gaya hidup yang sihat!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment