Pages - Menu

Saturday, February 21

ADAKAH LENDIR BEWARNA COKLAT MERBAHAYA?

Bismillah... kali ni Kak Ct nak berkongsi mengenai lendiran bewarna coklat yang keluar selepas haid. Adakah lendiran bewarna coklat merbahaya? ada juga wanita yang mempunyai lendiran bewarna perang. Namun tidak semua lendira vaginal bewarna coklat atau perang menunjukkan seseorang wanita itu mengalami masalah kesihatan yang serius.

APA SEBENARNYA LENDIRAN COKLAT/PERANG ITU?

menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam artikelnya, lendiran yang keluar melalui faraj boleh berlaku ada setiap wanita, tetapi ia jarang berlaku. Oleh itu, ia bukanlah salah satu tanda tanda yang berbahaya. Lendiran coklat ini selalunya berkaitan dengan tisu endometrial yang lama. Pada waktu haid, tisu endometrial ini luruh dan menjadi darah haid. Namun sebahagiannya lagi kekal di dinding rahim.

Setelah waktu haid habis, darah ini tidak dapat dikekalkan di dinding rahim kerana pertukaran kepekatan hormon dalam tubuh lalu luruh menjadi darah haid yang berbaki. Kehadiran lendiran seperti ini mungkin boleh mengganggu kitaran haid pada kitaran haid yang berikutnya. Namun, adakalanya ia tidak mengganggu kitaran haid berikutnya jika lendiran itu sedikit saja dan keluar untuk beberapa hari. Berbeza jika lendiran itu keluar secara berpanjangan atau selepas mengadakan hubungan intim bersama suami. Dalam kedua dua kes ini, ia lebih berbahaya.

Jika lendiran itu hadir bersama sama dengan tanda tanda seperti rasa sakit atau gatal pada alat sulit, rasa kekeringan pada faraj, rasa pedih ketika mengadakan hubungan intim dengan suami dan rasa mudah mahu kencing, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor. Mungkin ia berkaitan dengan kanser pangkal rahiim, jangkitan kuman pada pelvis, tanda tanda mahu menopaus dan berkaitan dengan vagina.


apa kata anda ambil suplemen untuk memastikan semua darah haid yang perlu keluar, akan keluar pada masanya....eh faham tak? tak faham? jom tengok video ni :)

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.



Untuk order  Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:
 Siti Noriza | ID: 852453 
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 
FB: Siti Noriza Binti Saleh 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment