Pages - Menu

Monday, April 2

VITAMIN C DAN VITAMIN UNTUK ANDA YANG JAGA KULIT MUKA



Pengambilan Nutrien yang Teratur Untuk kulit yang lebih sihat, cerah dan muda

Kulit merupakan pengukur terbaik untuk keseluruhan kesihatan seseorang.  Semua masalah kulit sama ada psoriasis, berjerawat hinggalah penuaan merupakan pengukur bagi keperluan dalaman tubuh termasuklah keperluan nutriennya.  Pendekatan dan penemuan saintifik terbaru mendapati kaitan rapat antara pemakan dengan kulit, dan kesan nutrient tertentu bagi melindungi kulit daripada penuaan, kusam dan menyokong kesihatan kulit.

Kaitan antara Vitamin C dan Kolagen
Sinaran matahari, tekanan, asap dan pencemaran menghasilkan radikal bebas yang amat berbahaya.  Radikal bebas memusnahkan kolagen, iaitu fiber yang menyokong keanjalan, tesktur dan ketahanan kulit serta menyebabkan kedutan dan tanda penuaan yang lain.  Vitamin C amat penting bagi proses sintesis kolagen dan aktiviti antioksida yang kuat yang berpontesi membatu mengurangkan kerosakan yang berpunca daripada radikal bebas.  Berdasarkan data yang dikeluarkan di American Journal of Clinical Nutrition dan yang diambil daripada National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES), wanita yang mengambil diet vitamin C yang tinggi kurang memperolehi kedutan pada wajahnya.

Karatenoid untuk Perlindungan UV dan Penghidratan Kulit.
Karotenoid baisanya terdiri daripada pigmen merah dan kuning tumbuh-tumbuhan termasuk beta karotena, karotena alfa, lutein, xeaxanthin dan likopena.  Karotenoid penting untuk perlindungan cahaya UV, penyenggaraan dan pembaikan tisu kulit.  Kekuranganya boleh mengakibatkan kulit kering dan bersisik.  Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam journal of nutrition pada 2003, para penyelidik mendapati sama ada beta karotena atau supplement karotenoid campuran mampu mengurangkan sinaran UV yang menggalakkan kemerahan kulit selepas 12 minggu berbanding placebo.  Dalam penyelidikan lain, para penyelidik mendapati supplement oral lutein dapt mengurangkan hidrasi kulit sebanyak 38%, meningkatkan keanjalan kulit sebanyak 8% dan mengurangkan oksidasi lipid sebanyak 55% jika dibandingkan dengan satu placebo selepas 12 minggu.

VITAMI E DAN ANTI RADANG
Vitamin E boleh membantu memulihkan kulti dengan cepat akibat selaran matahari.  Ianya amat penting sejak mengetahui terdedah pada sinaran matahari merupakan punca utama kedutan.  Penyelidikan menemui yang VITAMIN E paling berkesan dalam memulihkan kulit daripada selaran matahari jika diambil bersama vitamin C.  Selain itu, VITAMIN E juga boleh mencegah daripada keradangan yang menyebabkan kemerahan kulit.



TIP-TIPS KESIHATAN KULIT YANG SIHAT ;-
·         *Ambil diet yang seimbang
·         *Pastikan mendapat kandungan vitamin C, Karotenoid dan Vitamin E yang mencukupi dengan memakan makanan yang kaya dengan kandungan nutrient tersebut serta mengambil supplement antioksia, karatenid dan resveratrol yang berkualiti.
·        * MInum air yang banyak dan berterusan
·        * Memakai losyen pelindung sinaran matahari  
      * Bersenam secara teratur





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)

2 comments: