Pages - Menu

Wednesday, August 18

AMALAN SEMASA MENGANDUNG

Ketika mengandung, seorang wanita itu haruslah mengerjakan segala perintah Allah.....Disamping itu, perlu melakukan amalan2 yang baik agak zuriat yang dikandungnya juga merupakan insan yang sentiasa dlam glongan orang yang beriman.

Antara amalan-amalan seorang wanita itu ialah :-
1 ) BANYAKKAN BERTAUBAT - kita perlu bertaubat atas segala dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan...ini adalah utk supaya zuriat yang akan dilahirkan itu nanti mampu menjadi insan yang bertaqwa hendaknya.

2) MENUTUP AURAT - agar hidup menjadi berkat dan diredhai Allah serta menjauhkan kita dr fitnah manusia.

3) MEMPERBANYAKKAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN DAN SURAH2 YANG TERTENTU:-
* Membaca surah Al-FATIHAH dan Ayat KURSI.
* Membaca surah YASSIN hingga akhir.
* Membaca surah AT-TAUBAT hingga akhir.
* Membaca surah YUSUF hingga akhir - agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna.
* Membaca surah LUQMAN - agar anak yang diperolehi anak yang taat.
* Membaca surah MARYAM - utk peroleh anak yang sabar dan taat.
* Membaca surah An-NAHL ayat 78 - memudahkan perjalanan mengandung dan bersalin.
* Membaca surah AL-A'RAF ayat 189 - memudahkan bersalin.

No comments:

Post a Comment