Pages - Menu

Thursday, November 13

Waktu tidur si manja!!!








Suka tengok Mia time dia tido...macam ada ketenangan pada wajah dia...tapi kekadang suka kacau dia tido..sebab dia akan buka mata, tersenyum, dan mata dia akan kuyu balik...he he he....dan paling geram bila tgok pipi dia...mcm nak cium je selalu...masa dia baru2 lahir, tak risau sgt dia akan "keluar" garisan dari tilam dia..sebab kena bedungkan....so, dari dia tido sampailah dia buka mata, tetap dia baring mcm tu....tapi, bila dia dah mula nak mengiring, dia dah mula lasak...tilam yang untuk baby tu dah tak sesuai dengan dia dah...mesti tiba-tiba tgok dia dah ada kat lantai...
sekarang ni lagilah...letak atas tilam king size pun, dia boleh berpusing2 smbil tido di genap semua penjuru...dan pulak, mia ni tido sama tilam ngn ayah dan ibu dia...mula2 tido, dia mmg akan tido di hujunglah...of courselah ibu dia tido sebelah ayah dia....tapi, bila je dia dah mula bergerak, ayah ngn ibu dia pun automatik akan juga bergerak sebab nak bagi "laluan" kat tuan puteri tu tido lena...dan kekdang gak, tgh2 malam tu, dia kan merangkak ke atas perut ibu dia untuk baring di celah2 ibu ngn ayah dia....ish.ish..anak dara saperlah...sebab tuelah kalau gi mana2, kitaorng tak risau nak tidokan mia kat ne..sebabnya :
a) dia tak tido dalam buai.-(lpas kes dia jatuh dr buai, aku takut nak
tidokan dia dlm buai)
b) Kat mana2 pun dia tetap bolh tido, yg penting, kawasan
"jajahan" kena besar dan luas. ..he he he.

Dulu, mia ni susah nak tido lena waktu malam mahupun siang...dia nak main je..agaknya dia dah set dlm kepala dia, "aku nak tido kejaplah, lepas ni aku nak main lagi"..he he he..agaknyerlah...sebab kkdg makcik yg jaga dia pun selalu ckp...Mia ni aktif sangt...dlm kepala dia asyik nak main je...kawan2 dia dah tido, dia tetap main...kkdg dia yg kejutkan kawan2 dia nak ajak main...ha'ah cik..mia tu mmg cmtu..kat umah orang main je..bila bawa balik umah, dia terus bantai tido...dia boring agaknya kat umah, takder saper nak layan dia...emm..eh..dia nak minta adik ker?.kueng kueng kueng...nantilah...Insya Allah, kalau ada rezeki, adalah adik utk Mia yer...tapi kena minta persetujuan dari ayah dulu...he he he...
Tapi la ni, dia suka sgt tido...sebab bila dia dah penat berlatih berjalan, dia akan tido ngn lenanya sampailah ke pagi...kkdg bila waktu pagi kejut dia utk anto dia kat bbsyter, dia buat derk je tak buka mata..malslah tu....
fakta atau auta:-
- Definisi "tidur lena" bagi bayi biasanya adalah untuk jangka masa lima jam. Jangka waktu tidur mereka lebih pendek berbanding orang dewasa. Pada seawal usia enam bulan pertama, bayi kerap terjaga dua atau tiga kali semalam.....
- Moro refleks yang berlaku dalam tidur bayi banyak menyakinkan bahawa sistem saraf bayi anda sedang berfungsi dengan baik. Keadaan ini akan hilang ketika bayi berada di sekitar usia empat bulan. Daripada membiarkan abyi anda terlena ketika dibuai atau disusukan,,seeloknya anda nyanyikan atau bercakap dengan suara lembut sambil membelainya sehingga tertidur.

3 comments:

  1. Uhuk comelnya Mia tido...kalu Sufia tido slalu mulut ternganga hehehe..CT, add ler RSS kat blog CT..so bila CT update blog dia auto detect ada new update kat blog Mimi=D

    ReplyDelete
  2. alah..malulah mimi...tak der orang pun nak tgok blog siti ni...:p

    ReplyDelete
  3. alamak malulah pulak siti ni!!kekeke...OK kalu gitu kita follow blog siti ek=D

    ReplyDelete