korang ada pengalaman bercuti yang paling memberi kesan pada korang tak? Bagi saya yang berasal dari keluarga cukup cukup makan, tak pernah terfikir akan dapat bercuti atau melihat tempat orang lain. Ia satu kesyukuran Allah pertemukan saya dengan bisnes Shaklee ini.
Jalan yang Allah bagi "pinjam" pada saya dan keluarga melalui Shaklee, banyak impian yang terlaksana satu demi satu. Cuma menunaikan umrah belum lagi Allah makbulkan. Insya Allah, satu hari nanti, pasti Allah akan jemput ke tanah suci itu. Aminn Ya Allah Ya Mujib.
Okey, berbalik semula pada pengalaman bercuti paling memberi kesan, ialah bercuti ke Kundasang, Sabah pada tahun 2014 yang mana ia adalah pertama kali kami sekeluarga bercuti ke Kundasang, Sabah. Dan apa yang menariknya, ia adalah pertemuan pertama saya berjumpa upline saya iaitu Master Azrin Mohd setelah 2 tahun hanya mengenali secara online. berbalas email, berbalas yahoo messenger dan sms. ha ha ha. it's real guys!
https://nuriezam.blogspot.com/2014/11/jalan-jalan-ke-kundasang_4.html
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Seperti di post di atas, ini merupakan percutian pertama kami sekeluarga. Rasa teruja, rasa gemuruh semua ada. Tapi paling saya risau ialah kewangan. Sebelum pergi pun kami banyak keluarkan belanja untuk persediaan kami berempat. Dari segi pakaian, tempahan tiket, tempahan hotel, ia lebih banyak makan belanja sebelum sampai lagi.
Itu yang kami paling risaukan sebab belum termasuk duit belanja lagi kt sana kan? dahlah baru pertama kali pergi ke luar negeri, Sabah pulak tu. Tak tahu lagi cara orang orang sana berbelanja dan apa yang bakal dibeli nanti. Alhamdulillah, tiba masanya, kami pun bertolak ke sana. Kami sekeluarga bergerak awal menaiki penerbangan dari Senai Aiport ke Kota Kinabalu Airport disebabkan tidak banyak penerbangan yang ada kalau benar benar ingin mengikut initary yang kumpulan kami tetapkan.
Masa ni, umur Damia dalam 7 tahun dan Dayyan dalam 4 tahun gitu. Seronok memasing sebab dapat naik kapal terbang untuk pertama kalinya. Inilah juga sebab kenapa saya fokus buat bisnes Shaklee. Income yang saya dapat adalah untuk bahagiakan anak anak. Merekalah juga punca rezeki dan asbab saya terjebak dengan bisnes Shaklee.
see, Damia memang suka duduk tepi tingkap. Mama terpaksa mengalahlah, nak buat macamana kan? banyak sebenarnya kalau nak bercerita pasal trip pertama kali ini. Percutian ini adalah titik tolak untuk saya. Selain dari terus fokus dalam bisnes Shaklee, saya juga berazam untuk membawa anak anak dan suami pergi bercuti ke tempat tempat yang kami ingin pergi tanpa perlu berkira kira untuk mengeluarkan perbelanjaan.
Alhamdulillah. Kami dipermudahkan oleh Allah untuk merasai nikmat bercuti. Samada bercuti dengan Shaklee atau bercuti secara sendirian, tetapi dengan duit Shaklee. Banyak tempat, banyak hotel, banyak negeri yang sudah kami lawati dan kami pergi. Alhamdulillah. Memang tidak terbayang dapat menginap di hotel hotel mahal, malahan kami diberi peluang untuk "membayar" pemandangan KLCC secara berdepan di salah satu hotel berhampiran KLCC.
Subhanallah. Memang tidak disangka sangat sangat. Terima kasih Allah kerana memberi kami jalan dalam perniagaan Shaklee ini. Pelbagai pengalaman, nikmat dan peluang yang menarik yang diberikan kepada kami. Syukur Alhamdulillah. Dari hanya berangan angan sebelum tidur atau melihat orang lain merasainya, tapi Allah bagi kami juga peluang untuk merasainya.
Jom, anda kongsikan pula percutian atau pengalaman bercuti yang tidak akan anda lupakan atau percutian itu memberi 1001 kenangan kepada anda dan family anda.
💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚
SITI NORIZA SALEH
NO AHLI : 852453
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR
WhatsApp: 0137374958
Pengedar Shaklee Kota Tinggi
Kalau berminat nak join ahli, boleh wasap saya atau klik je link dibawah ini
Boleh dapat bonus juga kan?
Tapi, janji guide saya tau kalau saya dah jadi ahli!
Ye, saya guide. Nak buat bisnes pun boleh je.