SAKIT JANTUNG
Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus
yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan
darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara
penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah
menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak,
terutamanya "kolesterol".
SERANGAN SAKIT JANTUNG
Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang
amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar
kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas
dan perasaan takut yang keterlaluan.
Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian
sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut
tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan
jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari
otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi.
Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".
FAKTOR PENYEBAB
Asap Rokok
~ Mempercepatkan pembekuan darah
~ Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
~ Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
~ Tekanan Perasaan
~ Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya,
meningkat.
~ Tekanan darahnya juga meningkat.
~ Kandungan Lemak Yang Tinggi
Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang
tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.
Kurang bersenam
* Senaman penting untuk menguatkan jantung.
* Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung. Bersenamlah.
Darah Tinggi
* Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran
darah.
* Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk
mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
* Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang
serangan sakit jantung.
* Kencing Manis
Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat
serangan sakit jantung
Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi
Penyakit Jantung Koronari
* Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit
jantung.
* Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah
berat badan.
* Jika anda merokok.
* Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
* Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
* Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
* Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda
mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
* Jika anda kurang bersenam.
* Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
* Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?
- Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau
sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda
perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan
menjalani pemeriksaan tahunan.
- Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35
tahun.
- Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda
mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
- Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang
atau runsing.
- Digalakkan memakan daging putih "white meat"
seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging
merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain
sepertinya.
- Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
- Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh
menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan
mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan
jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.
sumber :
http://pmr.penerangan.gov.my
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Hubungi saya :-
call/sms/ whatsapp : 013-7374958 atau
email : damia_pitshop@yahoo.com
atau
add saya di fb ( siti noriza saleh )
yahoo messenger : nuriezam_040806
untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)